Pages

Thursday, September 27, 2012

I am Novelis - Meet the People of Novelis



Tiba-tiba makcik rasa bangga..
I am part of Novelis..
Berangan "Hi.. I'm Linda.. I am Process Engineer Novelis Malaysia"

Thursday, September 13, 2012

Hidupku Bahagia Jika..

Bakul Baju Kotor

Kosong

Bakul baju yang menunggu untuk dilipat
Kosong

Penyangkut Uniform Keje
Penuh

Bagaimana anda menguruskan pakaian keluarga anda?
Saya basuh baju ikut level bakul. 
Bakul kecil tu baju anak2.
Kalau dah oenuh means da kena basuh.
Bukan soal tak cukup muatan dalam washer machine tp space untuk sidai baju agak limited.
So kalau da basuk baju anak-anak baju dewasa kena tunggu lain hari.
Unless for weekend kami dirumah boleh sidai baju di pagar kalau hujan ke boleh angkat.
Kalau hari bekerja kena sidai dikwasan berawning.
Nanti saya share gambar penyidai baju saya yang kreatif idea dr saya sendiri dan diperli oleh akak belakang rumah.

Melipat baju.
Baju anak2 memang lipat sebab senang nak ambil bila nak sediakan beg nursery.
Baju dewasa pula semua hanger.
Seluar dan kain di lipat.
Kenapa tak hang semua?
Jawapannya : Limited space juga.
Hati puas tengok bakul kosong drawer baju penuh.
Bahagianya hidup.

Seterika / Iron / Gosok Baju


Saya tak suka..!!!
Pernah mention dalam entry sebelum ni [Link]
Kerja rumah yang paling saya tak suke.
Salah 1 punca konflik keluarga.
Saya perlukan masa 2 jam untuk iron baju stok seminggu.
Uniform saya spesis susah iron,
Fabrik tahan api.
Setiap minggu ini adalah fasa paling menyampah.
Beberapa posting kat FB meluahkan masalh iron baju ni 
(Saya mmg spesis susah update FB melainkan bila saya hilang pedoman)
Buat research diinternet cmner nak iron baju senang.
Tanya akak2 kat ofis cmner dorang iron baju.
Survey iron baju paling best.
Dan latest : Tengah cari kedai dobi yang boleh ku hantar uniform2 keje ku ini (Budget lebih lah)
Mana lagi penting kesejahteraan keluarga atau duit?
Huaaaa.. Memang mood stress bab iron baju.

Apa2 pun dalam menguruskan hal rumah tangga, wanita itu perlukah ikhlas.
Bila ikhlas hati kita tenang dan gembira melakukan tugasan itu kerana kita tahu Allah tengah memberikan ganjaran atas khidmat kita kepada suami.
Niatkan sebagai ibadah.

Ayat pujuk diri sendiri sebab bab iron baju memang saya tak ikhlas.
Dari saya teruskn tanpa keikhlasan, pahala tak dapat, stress moncong ngan suami baik antar dobi kan?

Tuesday, September 11, 2012

Pembantu Rumah Diperlukan

Bukan iklan.
Tapi saje nak buat tajuk gempak.
Kenapa issue pembantu rumah ini timbul?


Masa balik kampung raya hari tu,
pegi beraya rumah jiran lama.
Kami berjiran masa saya umur 5-6 tahun, 
tapi kami still keep in touch sebab dalam waktu yang sama dia juga guru tadika saya.
Banyak kenangan kami sekeluarga bersama.

So dalam borak-borak tu, keluar soalan "Anak-anak sapa jaga? Orang gaji?"
Jawapan biasa kami "Antar nursery"
Lepas tu borak ngan En Suami, kita ni nampak cam loaded sangat ke sampai nak pakai maid?

Then, saya ada amik leave sebab anak2 sakit.
Then borak ngan bos, keluar soklan "Awak takder plan nak amik maid ke?"

Sekali lagi isu maid ni timbul.
Ermmm.. wujud lah satu topik baru dalam kepala ku ini untuk difikirkan dimasa lapang.

Saya perlukan maid ke?
1. First thing y timbul adalah "Mampu ke bayar?"
Kalau dikira2 boleh aje nak selit2 bajet tu kalau terpaksa.
Tapi tu la belum "terpaksa" lagi.

Tapi kalau anak da 3,4,5, 6 atau 8 mungkin berbaloi amik maid jaga nak2 kat rumah dari hantar nursery.

2. Rumah teres 2 tingkat yang dihuni oleh 2 dewasa dan 1 kanak-kanak dan 1 bayi, belum banyak benda yang boleh dilakukan oleh maid saya.

3. Strangers in the house.
Huahh. Sangat tak comfortable.
Sekrang ni apa sahaja aksi dirumah hanya kami sahaja yang tahu.
Aci tak kalau Cik Maid tu dok je dalam bilik bila kami ada dirumah.

4. Bila Cik M datang and anak pulak terbuang dan minta ditukarkan diapers,
terdetiklah "Kan best kalau ada orang tolong setelkan?"
Huaaa.. orang lain pegang montot anak aku seumur hidup babynya.
Kalau sekarang siang aje, and malam boleh lah membelek parut ke, tanda lahir ke, luka ke.
kalau ada main? So dalam keterpaksaan bangun jugak la untuk uruskan sendiri.

5. Anak ku hafal siaran TV.
Dok rumah?
Tengok TV la ye?
Tunggu masuk tadika baru kenal A,B,C 1,2,3.
Nak harap mak dia ajar 5 minit je la.

Hoooo..
Conclusionnya saya tak perlukan maid buat masa sekarang.

Tapi kalau yang macam ni pun OK jgak.
Datang buat keje bila diperlukan sahaja.

Dah lama terpampang fridge ni tapi tak pernah call. 
Saya suke dok kat rumah dan kemas rumah jika tiada schedule diluar.
Tapi 1 satu keje rumah yang saya cukup pantang dan saya mengaku mmg tiada pahala atas kerja rumah ini.
Apa dia?
Lain hari kita crita.

Monday, September 10, 2012

Awatif 5 Bulan

Sudah Cik Lynd.
Bayar hutang dulu.
Heee.. dok tengah "Tonton" youtube, search mengenai simple excersice y boleh buat kat rumah.
Dan search juga pasal maintainance badan ku ini.
"Beauty Freak kah saya?"
Harap tidak. 
Dok tengah surfing tanpa tujuan dengan kelapangan waktu ini,
tiba-tiba teringat hutang Awatif Development.
Da 5 bulan anak dara saya yang sorang ini.

Pada pandangan saya, dia masih anak yang tenang.
Boleh beraktiviti sendiri.
Saya boleh tinggalkan dia untuk masak, mandi, sidai baju dll.
Tapi kena selalu jenguk sebab budak ini sudah boleh menjelajah 1 rumah dengan gerak "menggolek".
Kejap aje letak dia di satu tempat. 
Lepas tu kena cari dia terceruk kat mana2.
Lagi2 klu dia jumpa kertas / plastik di dalam golekkannya.
Dia akan diam bermain.


Kalau nak dia diam kasi lah plastik / kertas.
Tapi kertas xbleh lama sbb kejap je masti hancur.
Da beli softbook yang ada bunyi plastik, playgym juga ada bunyi tersebut.
So kasi je dia main benda2 y berbunyi mesti dia diam.


Dengan Nouri.


Sebagai contoh gambar ni.
Terpaksa tutup pintu sebab bimbang dia tergolek keluar rumah.
Lokasi asal adalah atas karpet lain yang tak kelihatan dalam gambar pun.
Awatif juga pernah tergolek sampai ke dapur.
Masa tu saje je nak tengok dia sampai mana dia boleh pegi.

Sekarang dia da boleh berda dalam posisi merangkak just belum melangkah.

Mulutnya bising jika masa bergolek tersangkut kat mana2.
Dinding ke, meja ke, kerusi ke.
So klu tengah masak mmg jenguk la kejap tgok budak kecik ni tersangkut kat mana.
Bising juga kalau berjaya angkat badan.
Mungkin geram sebab tak pandai melangkah.
Sabar sayang.
Sikit2 la.

Sudah mula bangun menyusu malam.
Senang urusan mama mu ini, tak payah bangun mengepam.
mungkin sbb spnjg bulan puasa tidak tido di baby cot so bila terjaga ada bau mama so dia nak menyusu la.
Alhamdullah menyenangkan kerja saya.

Sosial.
Sudah kenal orang.
Dengan some strangers dia akan menangis macam kena cobet.
Dengan Kakak plak, macam ada tarikan magnet.
Klu Kaseh ada berhampiran, suka sangat dia menarik2 rambaut atau apa sahaja yang boleh dicapai pada Kaseh.

Tahun pertama raya dengan Awatif.


Tertido dipagi raya.
Gigih papa nak anak dia y baru 4 bln lbh masa tu pakai baju kurung.
Diselongkar bju kurung lma Kaseh.
Besar skit la tapi boleh la buat syarat tangkap gambar.

Lagi 3 minggu Awatif akan mula solidfood.
Bermula lah 1 fasa baru dalam hidup awatif.
Budak ini sudah 7.2 kg dah makan lenguh la tangan mama nak dokong.

 
Budak tenang ini selalu mengundang saya untuk mengerjakan dia.
Sengehannya membuatkan saya hilang pedoman.
(Belum berjaya snap gamabr sengeh menyeringai dia)


Kelipan matanya melambai2 minta dikerjakan.

Bila fikirkan kamu, mama rasa cam cepat2 nak terkam dan cayang pipi gebu gebas kamu yang bisa menutup lubang hidung mama bila dicium.
harap Awatif dapat terus membesar dengan sihat dan tenang.
I Love U HannahDamiaAwatif

Friday, September 7, 2012

Result Medical Check Up

Alhamdulillah..
Syarikat tempat saya bekerja sekarang dan sebelum ini, 
ada memberikan benefit untuk pekerja melakukan medical check up setiap tahun.
So untuk company sekarang ini adalah kali pertama.
Nak cerita pasal result saya.

Saya antara orang terakhir yang buat medical check up bagi kalangan management.
Sepatutnya saya buat masa saya tengah maternity leave.
So saya join 2nd batch la.
Base on result kawan2 yang lain macam2 ada cholesterol tinggi, gula tinggi, uric acid tinggi.
So i think that i should be around that la because i'm not so good in controlling my diet.
I baham almost all.

Urine and blood sample diambil right after i'm coming back from my maternity leave, around June la.
And the xray, lung test, weight and another few test on the same day i pegi ambil result, it's around 3rd week of bulan puasa.
The best thing is my weight is reduce a few kg during fasting month.
ohooooo.. but still over weight base on my BMI calculation 
(Over for a few points only)

Others are OK.
Cholestrol, BP,Urine, glocose etc.

Except for my Uric Acid.
Normal range is 155-359 for female,
but my score are 437.

Banyak tu lebih.
Actually my a few years pass result also same uric acid high.
Ohhhoooo..
The doctor advice is i need to control my diet.
Too high of uric acid will cause gout.
Which means sakit and bengkak sendi.
One of young man in my office suffer the gout.
He same age with me and even he 1 day older than me.
Waa... make me scared.
My Hot Buddy Chinese Guy, Lee also have same result high uric acid.
U introduce the ikan keli to me punyer pasal la..!!!
Heee.. No lah even before i eat ikan keli also i have uric acid high.

(Apsal aku taip omputih ni??)
So saya tanya pakcik google makanan yang patut dielakkan bagi mengawal tahap uric acid.

NO NO if You Have GOUT or High Uric Acid:
  • The NUMBER ONE on my list is ALCOHOL!!!!
  • Anchovies
  • Gravies
  • Herring, Sardines
  • Mussels or Tahong
  • Internal Organs like liver, kidney
  • Dinuguan, Chicharon Bulaklak
  • Mackerel
  • Patis and Soya Products
  • Bacon and scallops
Use in Moderation:
  • Crabs, Oysters, Shrimps, and eel
  • Poultry and Meat incluidng soup and broth
  • Oatmeal
  • Certain Veggies like asparagus, spinach, mushroom and cauliflower
  • Legumes like beans or lentils

Sumber : Link


Recommended foods to eat -
  • Fresh cherries, strawberries, blueberries and other red-blue berries
  • Bananas
  • Celery
  • Tomatoes
  • Vegetables including cabbage and parsley
  • Foods high in bromelain (pineapple)
  • Foods high in vitamin C (red cabbage, red bell peppers, tangerines, mandarins, oranges, potatoes)
  • Low-fat dairy products
  • Complex carbohydrates (breads, cereals)
  • Chocolate, cocoa
  • Coffee, tea



Ermm.. Kena watch out my diet la before too late.
Muda-muda lagi da macam ni,
anak baru 2 macamana nak wresling dengan anak kalau da masuk 4-5-6-7-8-9-10.. Anak kucing.. Heeeee



Thursday, September 6, 2012

Play Room Anak-Anak

Assalamualaikum.
Pembaca blog kecil yang disayangi..!!!!
(Kenapa mood excited sgt ni?)

Ohooo.. sebenarnya nak reveal "Rumah Kaseh"
Ok.. Rentetan dari entry nak create ruang aktiviti anak-anak disini [Link]
Sabtu lepas, secara tak sengaja termengemas bawah tangga.
tanpa disedari bwah tangga clear.
Padahal belum decide lagi nak buat playroom tu kat mana.
Tapi as i mention secara tak sengaja.
Sedar2 bawah tangga da clear.
Heee..

Kalau dulu ruang bawah tangga ni macam ni.



Selepas diclearkan, jadilah begini..

Lapang hati ku.
Tapi semak fikiranku dengan idea nak mengisi ruang ni.
Mak yang terlebih xcited dengan anak2 yang tak berapa paham dengan suami yang dok fikir "apahal plak bini aku bz semacam ni"

So hasilnya adalah..


Makcik sukeee..





Anak makcik yang sudah tengok hasilnya terus mewartakan kawasan itu "Rumah Kaseh"



Muke budak terlebih xcited.
Mak bapak dia pun tumpang baring.
Tapi si anak bertanya "Eh, kenapa mama duduk rumah Kaseh?"

Apa yang saya perasan, dengan terciptanya kawasan ini, senang nak ajar Kaseh kemas barang2 dia.
Dia tahu mane nak parking basikal, lori, kete dia.
Dia tahu segala baby2 dia nak dok mane.
Tu objektif utama.
Biar dia tahu dimana tempat barang2nya.

Semua barang y ditempatkan disitu adalah barang2 lama.
Tiada 1 pun yang dibeli baru.
Semua yang disorok dikeluarkan balik.
So tiada modal diperlukan selain modal kederat yang mengangkat kotak2 naik ke bilik atas.


So seperti yang dinyatakan dalam entry sebelum ini,
just nak ganti carpet tu kepada playmat dan letak meja n kerusi.
Bila bab nak kena beli2 tu yang lambat sikit.


Tambah 1 lagi nak cari something mcam ni



Atau Storage Stools 


Nak letak toys kecik2 and ingat nak belikan lego so kena ada storage dulu.
Makcik yang pemalas ni mmg la sangat mengharap anak2 dia tahu tempat yang betul.

Suke idea ni juga.
Ohooo.. Idea melimpah ruah tp tak terbuat je.

Apa2 pun makcik tahu princess makcik ni mmg suke rumah baru dia.
(Makcik pun suke sbb bwah tangga ni sejuk rupanya)

Sampai malam pun dia ajak tido rumah dia.