Pages

Thursday, November 29, 2012

Engineering Development Program

Berakhir sudah.
19-23 Nov 2012.
Lesson 4 Wave 1.

Satu-satunya yang dibuat di Malaysia.
Next lesson 5 bulan May akan dibuat di Korea lagi.
Ini termasuk dengan graduation.

Averall untuk sesi ni agak relax.
Means tak too pack the program even sy ualang alik.
Tak sanggup tido hotel tanpa anak2.

HR sedaya upaya unyuk meperkenalkan budaya Malaysia kepada peserta Korea.
(20 Korea - 5 Malaysia)
Terutam mengenai makanan.
Tapi ada pekerja hotel tanya "Orang Korea ni memang tak makan banyak ke"
Sebab dia tengok makan yang dihidangkan masa tea break tak pernah habis.
Klau training untuk orang sini gerenti licin.
Feedback mereka,
makanan Malaysia agak oily (Yup makan mereka memang minimum minyak,)
Terlalu banyak break and makan (Biasa lah sarapa-morning break-lunch- evening break- dinner- supper)
Kalau di Korea, mereka sediakan biskut dan minuman 3in1 dlm bilik training dan boleh buat bila2 masa.
hanya 5 minit break untuk ke tandas.

Yang kelakau, g Port Klang untuk sea food dinner.
Sementara tunggu dinner time, ada yang panjat pokok kelapa dan gigih pecahkan sebab nak minum air kelapa.
Sekali diluahkan balik sebab tu kelapa tua.
Saya explain dia cakap "What don't you tell before i take the coconut"
Heee.. mane la makcik tahu korang nak minum.
Then masa dinner ktrg orderkan lah air kelapa.
Kat sana takder pokok kelapa ye sebab tu dorang agak excited bila tengok pokok kelapa.

Ada yang bertanya mana nak dapatkan coklat tempatan yang murah.
So explain la yang Malaysia tak glamer dengan coklat klu nk dibuat buah tangan.
So mereka nak dried fruit tropica macam betik dan mangga.
Mesti dalam pack proper sebab polisi Korea xbleh bawak masuk makan dalam pack y ikat getah tu je.

Then masa buat plant tour, kantin hidangkan kopi.
So sibuk la yang bertanya itu kopi apa.
FYI, orang Korea memang suke kopi Malaysia.
Terutama Kopi Ali Cafe Tongkat Ali.
Saya pernah tengok dekat airport ada y bawak berpacket2.

So saya just bwak drg g 99 Mini Mart je masa ada 1 dinner tu.
Terkejut orang 99 apa ke hal drang borong banyak2 mangga kering tu.
  

Masa sesi Debrief dengan MD Tom Boney.

(Tinggi dia 7ft 8in)
Yang paling terkesan kata2nya.
"If you have problem stay with it, because it will the most value thing for you"
Yes, aku baru terfikir macamana nak lari/elak dari masalah tu.
Heee... Thank you Tom sebab bagi kata2 semangat tu.

Suasana dalam bilik training.


Ni lah kumpulan saya.


Nama2 ahli group saya yang satu pun saya tak ingat.
(bermasalah nak pronounce nama mereka sebab dorang macam "telan" perkataan mereka)


HeeJung.
HR dari sana.
Umur lebih 30 tahun belum kahwin sebab dikata gemuk.
Gemuk?????
Kalau kat Malaysia orang letak dalam almari kaca sebab sayang nak cuit.
Tinggi dan melepak.
Obses nak mengurut sebab dia kata kat Malaysia murah.
Sudahnya saya call Kak Ros, tukang urut saya masa dalm pantang datang hotel dan urut dia.
Sukenya dia..


Ok guys.
See you next year in Seoul, Korea.

** Saya sengaja pakai bajuu kurung bila xder aktiviti luar sebab waktu lain xder peluang pun nak pakai bju kurung.

Wednesday, November 28, 2012

Home Organising : Kitchen - Cabinet Arrangement

Assalamualaikum.
Jumpa lagi kita.
Ok. Kisah kelahiran cabinet dapur sudah selesai di entry sebelum ini.
So kisah susun atur didalamnya.

Selesai je pemasangan memang saya tak sempat nak susun elok-elok terus.
Masuk je terus barang.
Lebih kurang 3 minggu juga "terbiar"
Semangat nak susun tu ada tapi nak cari idea, nak cari barang dan cari masa.
So last week macam nak bayar hutang la.

So reveal time for isi dalam plak.
Masih belum puas hati.
Tapi akan diupdate dari masa ke semasa.




1. Pinggan Mangkuk.
Bahagian yang makcik paling suka.
Sebab makcik rasa berjaya..!!!
Heee..

Sebelum


Selepas

Ruang ni consider untuk semua pinggan mangkuk dan gelas / jag.
Kat sini adalah untuk yang akan digunakan.
Yang lain letak dalam almari display.
Jangan salah faham.
Saya bukan jenis y suka beli pinggan mangkuk tapi semua tu hadiah kahwin.
Sampai saya terfikir nak buat apa la dengan semua tu.
Kesian si pemberi jika saya tak gunakan.

Organiser ni sangat berguna.


Saya jumpa kat Daiso.
Pinggan yang warna brown ni asalnya mak saya kasi.
Just pinggan nasi ngan pinggan lauk je.
Lepas tu bila saya jumpa mangkuk nasi, mangkuk sambal, mangkuk sup saya beli la sikit-sikit.
2-4 pieces je.
Sebab tujuan saya murni, taknak membazir bila tak digunakan.
Heeeee.. sebenarnya ada je yang jual secara cataloge.

Then bahagian atas.

Untuk jag and gelas air sejuk tu hadiah kahwin.
Jag air panas je beli.
Cup and source tu hadiah jugak.
Semoga diberkati si pemberi itu.
Organiser y macam kerusi tu agak berguna untuk stacking barang.
Kat Daiso ada y jenis besi dan plastik.
Saya beli kedua-duanya tapi saya rasa yang besi lagi best sebab tinggi sikit dari yang plastik.

2. Pantry

Issue utama saya mengenai pantry ini adalah bekas.
Jenuh saya cari bekas 4 segi, warna putih dan plastik.
Tesco, Giant, Mr DIY dan Jusco.
Sudahnya saya jumpa di Daiso.

Sebelum

Selepas
Masih belum berpuas hati sebab mungkin nampak tak "fit"
Mungkinkah sebab bekas tu terlalu besar?
Atau bekas2 tu kosong?

Then bekas2 itu tak berlable.
Satu bila saya pilih transparent sebab nak tengok isi dalam dengan senang.
So masih ada ruang lagi untuk improve.

3. Ruang Atas Dapur

Saya letak minyak masak, rempah dan bawang.


Tiada gambar sebelum sebab memang tiada perubahan dari awal ruang ini wujud.
Masih mencari idea macamana nak susun segala macam repah yang seciput tu.

4. Electrical Equibment

Saya letak oven dan toaster.

Before

After
Masih belum puas hati sebab ada bekas besar y terisi macam-macam.
Masih belum finalise lagi.
Kenapa saya tak letak kat table top?
Perkakas ni jarang sangat guna so lebih baik disorok sedikit.
So lapang sikit la.
Yang terselit2 tu shopping bag.
Bag untuk g pasar bagi mengurangkan penggunaan beg plastik.
Enviroment friendly lah katakan.
Masih mencari idea untuk improvement.

5. Ruang atas fridge.

Makcik letak segala bagai racun ke, bahan pencuci ke, plastik tong sampah dan lain2.

Masih mencari runag untuk improvement untuk lebih organise.

6. Stok Makanan

Takder la stok makanan apa pun.
Stok susu Kaseh, gula dan tepung masih belum dibuka.
Gula tu sebab MIL kasi tu y ada stok.
Kalau tak 1 kilo tu boleh tahan 3 bulan xdernya nak simpan stok.

7. Drawer

Cutlery


Plastic Container


Drawer lagi 1 masih kosong.
Pun masih perlu improvement.

Maner letak besen2 dan periuk/kuali?
Masih ditempat lama.
Rak bawah singki.
Akan update ruang ni entry lain ye.


Masih banyak lagi tugas perlu dilakukan untuk improve susun ataur dapurku ini. 
Idea masih mencari ruang untuk masuk ke kepalaku yang sesak ini.

Apa anak-anak buat masa mama kemas dapur?
Ada..

Tolong mama juga.

Tuesday, November 27, 2012

Home Organising - Kitchen Reveal

Assalamualaikum.
Ok. Reveal time.
Setelah dipertimbangkan dan setelah hilang pertimbangan,
birthday present untuk diri sendiri adalah cabinet kitchen.
(Kepada sesiapa yang mengikuti kisah Kasehku ni akan tahu)
Ok la.. klik sini untuk ceritanya --> Link

Setelah dibelek-belek, dikemas-kemas, disusun-susun,
makcik tak tahu mane nak mula kisah kitchen cabinet makcik ini.

Nak mula dari kisah kelahiran kitchen cabinet ni atau terus ke susun atur dalam kitchen cabinet ni.

Ermm.. 
(Berhenti menaip beberapa ketika untuk buat keputusan)

OK.

Setelah hilang pertimbangan, terus google mengenai kitchen cabinet dan buat survey di beberapa kedai.
Everage yang saya nak kalau ikut spesifikasi yang saya nak budget dalam RM6000 minimum.
Concrete top and aluminium laminate.

Setelah pertimbangan dibuat,
saya dapat contrator dari online.
Consider murah dan tengok review macam OK.

Terus call dan En Cabinet pun datang untuk tujuan ukur dan bincang.
So setelah confirm ukuran dan design y saya nak,
2 hari lepas tu En Cabinet datang lagi untuk tunjuk design dan decide material.

So keluarlah design ini.



Decide bahagian sinki dikekalkan hanya tambah pintu sahaja.
Serius saya sangat menyayangi nilai sentimental singki itu.
Saya ada cerita sebelum ni tapi maaf saya tak jumpa link tu.

Sorry, harga agak confidential.
En Cabinet tu pun saya tak rasa nak reveal sebab saya tak rasa ia terlalu bagus untuk dipromote.
Kenapa saya cakap begitu?
Sebab ada ketika dia agak susah dihubungi, ada 2 no tapi kadang2 2-2 tak dapat dihubungi.
Saya agak particular pasal waktu, kalau janji pukul 6.30ptg tapi datang pukul 8.30mlm, saya tak suka.
Janji pukul 10pg muncul pukul 12tghri.
So saya agak tidak berkenan.

Hasil keje?
Ok la. Saya kasi rate 8/10.
Tapi dalam ketidakberkenan saya terhadap En Cabinet tu saya memang agak mengagumi tahap kesopanan dia dalam bercakap.
Sangat sopan.

Ok. Back to cerita dapur saya tadi.
Apa saya buat dengan cabinet dapur lama saya?
Saya jual di Mudah.com.my
Asalnya nak kasi kat mertuaku, tapi nampakanya ruang di rumah dia dah xder.
So cuba nasib la jual kat mudah.
Mengujakan.
Ramai yang call nak beli tapi bermasalah nak datang amik,
sebab memerlukan lori.
Setelah lebih kurang 1 minggu dingdong dan negotiate dgn lebih kurang 10 org dan 3 org dalam pending list.
So saya decide sapa datang ambik dulu dengan lori dia y dapat.
So cabinet tu dijual kepada pembeli dari Rawang.
Datang amik dengan lori ais.
Memang beruntung la tu saya kasi 2 cabinet sekali saya betul2 nk kosongkan rumah sebelum tarikh pemasangan.
(Ada amik gambar tapi tak jumpa save kat mane)

Hasilnya?



(Abaikan barang2 yang masih bersepah)

Kemasan yang baik.
Tapi agak tak puas hati sebab rasa macam salah pilih warna.
Masa pilih ni tak consider warna lantai.
So warna pintu tenggelam dek warna lantai.

Layout rumah agak bermasalah. 
Sebab ruang antara singki dan dinding 1 lagi dipisahkan dek pintu so xbleh nak buat L Shape.
So cabaran seterusnya adalah, macamana nak organise barang2 dalam cabinet ni.

Jumpa di entry akan datang.

Monday, November 26, 2012

Salam Isnin

Assalamualaikum.
Salam Isnin.
Harap minggu ini bermula dengan baik dan doakan apa yang kita bakal hadapi nanti diharap kita dapat sentiasa tenang dan membuat pilihan yang tepat.

Selesai sudah training Engineering Development Program EDP.
(Akan diupdate kemudian)
So semangat agak membara untuk menempuh rutin harian minggu ini.
It's seams like a "reset button".

Sudah sedia maklum akan masalah / cabran yang akan ditempuhi.
Jika sebelum ini saya lebih berfikir ke arah "lain" bagaimana untuk menghadapi cabran ni.
Tapi selepas training, segala input dari orang2 y positive so agak clear sikit la what should i do.
Bagai ada suntikan semangat.

Bagi melengkapkan input positive dari segi minda,
selepas je training tu tamat selepas lunch time, 
terus menuju ke input nafsu.
Heeee... melangsaikan hutang hati.
Mula2 ke Daiso Setia City Mall untuk melengkapkan project organising,
then dalam kol 2.30 pm nak buat appointment untuk facial di Herbaline Setia Alam, so just ada kol 5pm.

Ke Tesco Setia Alam dulu.
Lepas je mengepam di surau, ternampak Spa Manjakaki.




So masuk just nak urut kaki je la kot sebab tengok iklan sesi setengah jam Rm20.
Tapi bila masuk tertanya package 1 badan RM50.00 untuk satu jam.
Murah tu...
Rembat la sesi mengurut ala bali oleh wanita dari sabah kot.
Best.. terutama bahagian kepala.
Sampai tertidur.
Katanya badan saya banyak angin dan dia nasihatkan elakkan mandi tengahmalam.
Heeee.. itu biasa terjadi sebab balik lewat and selesaikan urusan rumah dlu baru mandi.

Then, tak sempat da nak shopping kat Tesco, terus ke Spa Herbaline.
Saya ambil package untuk kurangkan parut jerawat dan rawatan untuk kulit berjerawat.


Review mengenai herbaline ni,
saya pernah pergi ke Herbaline Puchong (Di IOI), Herbaline Kota Kemuning dan Herbaline Setia Alam.
Saya paling suke Puchong sebab mungkin suasananya.
Antara ke3-3 tempat ni kat Puchong paling gelap, paling sunyi dan paling pekat bau herbanya.
Memang saya akan terlelap masa sesi facial sebab suasananya tenang.

Herbaline Kota Kemuning plak disebabkan ia terletak dibangunan sendiri,
so suasananya tak cukup gelap, even ia ada tingkap nampak ke luar.


So agak mengganggu.
Tapi ada foot spa fish free.

Kalu yang Setia Alam ni, biasa2 je.
So teringin nak g tempat lain tapi taktau nak g maner.

Weekend, selesaikan hutang organising.
Walaupun tak semua siap tapi saya akan cuba update by progress.

Semua benda da buat last week.
So hope this week will be the start of a wonderfull life.

So, stay positive in what ever you do and focus in what you want.
Love you readers.




Friday, November 23, 2012

Sesuai tak letak carpet di dapur?

Dok menghitung / cari idea.
sekarang kat dapur ada beberapa kain lap kaki
 y saiz standard. kat depan singki n depan toilet.
Tp masalahnya nampak messy sebab asyik  bergerak2 je. 
So tfikir nk cari lapik kaki y panjang.
So bolej cover dr singki smpi pintu toilet.
ada ke? 
Terfikir y panjang jenis carpeta je kan?
Sesuai ke karpet kat dpur?
Dok consider nk letaka kt depan dapur memasak juga sbb minyak terpercikkaman buat lantai berminyak.

Tp hatuslah dari material y senang basuh.
Ermmmm sesiapanada idea x?

Thursday, November 22, 2012

Bathroom Ala Hotel

This week saya training di Grand Dorsett Hotel, Subang Jaya.
Dalam banyak2 benda y saya perhatikan bila saya ke hotel-hotel adalah tandas / bathroom / toilet.
Tak tahu nak guna term yang mana supaya bunyi agak best.

Antara yang saya suke konsep pili air.


Yang macam ni banyak tempat di tandas2 awam di shopping mall pun ada y jenis camni.
Klau pasang kat rumah ok x?
Just maybe alirannya kecil la kot.
Tapi saya suke konsep sangkut muncung pili tu. Sangat organise.

Singki / Bathroom cabinet.
Singki yang "kukuh" sebab attach skali dengan cabinet.
Cermin pun besarrrr dan bersih.
Boleh nampak parut n bintik hitam.

Aroma terapi.

Bau mint.
Bestnya.
Tapi kena suasana beraircond je ke yang sesuai?

Toilet bowl

Ok.
I x snap gambar toilet bowl ni google je.
Heeeee..


Toilet bowl ala -ala Johnson Suisse
Means semuanya dari seramic.
Nampak Classy.
Klu y standard biasa dapat dari developer biasanya plastic kan?

Overal i suke konsep macam ni.


Ni ambil dari blog
http://iheartorganizing.blogspot.com

Ni menunjukkan kat rumah pun boleh buat konsep begini.
Tapi kena asing lah tempat shower and toilet?
Ermmmmm... Merialisasikan?
Sikit2 boleh kot.
Project ni masuk dalam waiting list je 17.
Anyway, dalam toilet pun boleh dapat idea HO.

**Ada beberapa project Home Organising untuk diselesaikan dan di reveal tapi belum siap2 lagi. So tunggu..**


Wednesday, November 21, 2012

Selamat Bertunang Adik 16112012

Last week balik kampung sempena adik bungsu saya bertunang.
Just buat kecil-kecilan disamping masjlis sarung cincin dan paginya majlis khatam al-quran.

So it's better layan gambar je.

Pagi, majlis khatam al-quran.
Ada jubah graduation oooo..


Sebenarnya saya baru tau camni rupanya majlis khatam al-quran kat kampung ni.



Lepas zohor, rombongan belah lelaki sampai.
Apa lagi, upacara sarung cincin lah.

Yang lelaki pun nak jugak sarung cincin.

Bakal total keluarga kecil kami.

Apalagi, yang lain tumpang bergambar lah kat pelamin nan indah ni.

Kami anak beranak tumpang ekcited.
Masa ni Awatif tido so xcukup korum.

Kami nan ber-3 beradik.
Semua sudah berkeluarga sendiri.




Ok fine, i mengaku yang I tumpang excited.


Bersama moyang Kaseh and Awatif.


Awatif baru bangun.


Closing.

Makcik suka pelamin ni.
Rasa berada di alam lain.
Heee.. Tu y makcik tumpang excited tu.


Tuesday, November 20, 2012

Cerita Hp Ku..

Terasa nak buat tracking sejarah handphone2 yang saya pernah pakai.

Handphone Pertama

Arcatel.
Tak pasti model apa.
Yang pasti, warna biru yang cantik, charger stand, 
ada entena (Trademark arcatel?)
Memang sebijik yang macam dalam gambar tu.

Ayah kasi beberapa hari sebelum exam SPM tahun 2001.
Senang nak call mak.
Tapi masa tu org yang ada HP berapa kerat sangat.
So bukan main bermasej dengan classmate lelaki.
Nak arrange apa2 melalui saya sebab saya ada handphone so senang nak berkomunikasi.
Ada juga berlaku penyalahgunaan kemudahan.
Lama guna HP ni.
2001 - 2004 kot.
Guna sampai bateri da xbleh charge. 
Spare part xjual.
Masa ni da zaman Nokia.
Sampai ke UKM guna hp ni, malu ngan org sbb mane ada org pki hp berentena lagi.

Then saya tak ingat da hp apa yang saya guna lepas tu.
Tapi saya pernah guna hp Motorola ni.


Sangat buruk.
Hinge flipnya da bergoyang.
(Jahat.. Ni ayah aku kasi hp lama dia)
Malu nak keluarkan samapi pernah terfikir nak spray hp ni sbb nak kasi nampak baru.

Apa yang saya ingat pasal hp ni, sms alertnya keluar gambar sampul surat bergolek.
Yang kelakarnya HP ni, antara 1 sms ke sms yang lain xder pemutus.
Atau boleh dikatakan bersambung.
So pernah berlaku tersalah hantar ke orang lain sebab main reply je sms tanpa tangok kita reply kat sapa.

Then dah tak ingat sequent da yang mana saya guna.
Pernah guna Hp Nokia Butterfly.


Warna biru.
Beli 2nd hand by boypren masa tu.
(sekarang da jd suami)

Nokia
Yang ni guna masa da keje kat JVC.


Beli dengan harga Rm2++, 
sebagai ganti Hp yang hilang sebab tertinggal kat mamak.
(Huaaa.. penat dok cuba mengingatkan HP apa yang hilang kat mamak tu, just ingat Sony Erricson je)

Then Sony Erricson 


Hp ni banyak berjasa dalam dunia blogging ni.
Gambar yang saya snap hasil hp tu lah yang saya tempek kat blog.
Beli sebab En Suami beli hp so dia taknak saya terkebil2 tengk hp baru dia, so dia belikan juga la hp ni untuk saya.

Tapi hp ni hilang.
Saya ada buat entry disini
Hp ni adalah antara kesayangan saya.

Then sakit hati dengan kehilangan hp Sony Erricson tu.
Saya terus gi beli Hp yang konon gempak.
Gempak la sebab harganya cecah riban masa tu.
Nokia E72


Sayang sangat kat dia sebab boleh dikategorikan paling ergonomic.
Nak taip sms laju berdesup dari segi nak pilih contact name, typing dan dll.
Camera yang best.
pernah kena gilis ngan kerete sendiri sebab tercicir n org jumpa and dia nampak semasa HP ini digilis.
Pernah kena rendam ngan susu Kaseh.
Pernah kena hantar service center sbb button keypad hilang sbb kena gigit dengan Kaseh.
Tapi sekarang da dekat 2 bulan rosak.
Mula2 lampu skrin lansung tak nyala.
Then antar repair dgn org kat tempat keje.
Dia just bukak board and cuci2 je kat dalam.
Di pulangkan keypad pulak ada yang tak function.
Hantar skli lg kat dia.
Then dia kata kena tukar board and ntah bila dapatnya.
Buat sementara tu saya guna Nokia C6,
yang sebaya dengan hp saya.


Hp suami ku.
Touch skrin dimana mmg menyampah and tak suka konsep touch skrin sbb sy lasak.

Then selepas tunggu2 hp ku direpair tak siap2 so amik keputusan beli hp baru. 

Da niat sebelum pegi beli tu and da pesan kat En Suami,
nak yang bawah 1ribu, and nak nokia biasa2 je.
Sekali beli g ke Plaza Alam Central yang beratur dalam cermin kaca tu Samsung, Black Berry, IPhone.
Saya tanya pasal Nokia, apek tu tersenyum sinis.
"Sekarang Nokia tadak lagi la kak"

Lorrr.. Yeke.
Sekarang ni da musim 3 brand tu je.
So apa yang saya rembat?
Simpan dalam hati. 
Heeee..

So summary kepada kisah hp2 ku,

1. Bertukar hp baru disebabkan hilang hp lama adalah 2 kali.

2. Pernah beli hp 2nd hand.

3. 4 hp terakhir yang dinyatakan diatas adalah mengikut kronologi yang betul. Yang sebelum tu dimana digunakan semasa belajar tak ingat sangat.

4. Hp Arkatel masih tersimpan dirumah bondaku. Dan teringin nak guna balik tp bateri xder ganti. Secara kosmetik HP tu masih cantik.

5. Semua HP yang dinyakana merupakan tali pengikat kasih antara saya dan suami saya. Kami bermula dengan SMS sehinggalah sekarang kami beranak 2.

6. Saya tanya kat kedai Hp C6 tu dia nak ambil berapa, pun dgn sinis dijawab "HP ni da xder org mau". Ok fine saya redo.

7. Sya tak suka diawal penggunakan HP baru sebab terkial2 nak guna.

8. Pun kami dengan sehati sejiwa saya rembat HP En Suami pun tak ketinggalan. Sebab kena hasut dengan saya sebab saya nak murahkan hp saya. Heeeee..