Pages

Monday, May 31, 2010

GIVEAWAY Besday PapaZakwan

Hohohoho..
For the first aku join GIVEAWAY ni.

Dengan ini diistharkan MamaZakwan sebagai Giveaway pertama yang saya join.
So akan tertulis dalam sejarah.

Hohoho.



Hepi Besday PapaZakwan dan tahniah sebab ada wif yang best. Semoga Bahagia ke akhir hayat.

Jalan-jalan to I-City

Hohoho..
Keje banyak..
Tapi nak post 1lg N3.
Pasni aku buat keje la..


Hohoho.

Ari jumaat malam ari tu aku g I-City Shah Alam ngan budak2 gedik (adik2 ipar) and ibu mertuaku.
Cantik la tempat tu.
Macam2 lampu yang di shapekan.
Punya la ramai orang time tu.
Ktrg smpai dlm kol 9 kete da berderet da.
Al-maklum la masuk peri (free) so ramai la y g.
Yang aku perasan org dtg ngan camera yang gempak2.
Sapa y nak test skill photograpy sesuai sangat la.
So bg sapa y guna camera hp je cm aku wajar segan.
Sbb tu la tak banyk gabar aku amik.
Hohoho.
Kasehku yang comot tu plak.
Dalam banyak2 hari, hari ni jgak la dia nak melotop (Uk-uk)
nasib baik la dia tak meragam.
Siap leh tido lagi dlam keadaan y bising dan lampin tak ditukar tu.
Anakku..anakku..
Sempoi je dia cam mak dia.
Hohoho..

So sesiapa yang nak beriadah jalan2 bersama keluarga sesuai sangat la.
Tapi klu siang apa pun xder kat situ.
Dapat tengok jentolak, mesin bancuh simen dan kawasan underconstruction.
Dalam kegelapan malam aku leh nampak apa y disorok.
Hohohoho.. Kantoi..






Biar Betul Sampai 2 Tahun???

Hohoho..
Kisah penyusuan aku xder la adventure mane.
Suami ku memang support bila aku nak BF.
Mertuaku pun support tapi cam tak yakin yang bleh secara xclusive sebab aku keje.
Soooo..
Aku buktikan la.
Sekarang Kaseh da 3 bulan.
Tiap kali balik umah mertuaku mesti dia tanya "Susu cukup?"
Aku mesti jawab dengan bangga "Cukup".
Lagipun aku nak buktikan kat adik ipar aku yang wanita moden dan berkejaya tak salah BF anak.
Sbbnya anak dia BF dlm pantang je.
Habis pantang terus stop katanya susu dia da kuar darah.
Ermmm...
Aku tak salahkan dia sbb myb dia kurang pendedahan.
Nanti aku citer pasal anak dia kat next N3.

Yang aku nak citer ni pasal tanggapan suami ku tentang BF.
Weekend hari tu aku tercakap la kat dia yang Kaseh da 3bulan,
so da balik modal aku beli BP aku.
Sbbnya sblum ni aku ckp klu kasi FM lbh krg RM150 sbln budget yntuk susu.
Klu BF kuar modal skli je untuk BP da 3 bulan da blk modal.
Pastu saje la tercakap lak yang klu la pasni nak kena kasi FM rasa cm tk yakin sbb dapat nak kasi yang terbaik kat Kaseh.
Nak tau tak suamiku ckp per
"Susu soya kan ada klu xnak kasi susu lembu" (FM ada base lembu and soya)
Terkezut aku.
Aku jawab la xdernya suma baby leh terima susu soya sbb ada kes alergy protein soya.
Tau tak apa dia jawab??
"Habis tu takkan nak susukan dia sampai besar? Tak elok. Nanti anak susah nak pisahkan. Takleh berdikari"
Gurlppppp... Terkedu aku.
Slama ni aku tak pernah tanya xpectation dia psl aku nk BF ni.
Hooooo.
Last2 aku jawab "Dalam islam suruh kita susukan anak sampai umur 2 tahun"
Dia pun bersetuju aje laaa.

Suamiku tu jenis yang tak yakin ngan aku.
Sebabnya aku ni jenis "hangat2 tahi ayam"
Tu yang masa aku nk beli Bp dulu dia kata jgan simpan lak nnt.
So aku ckp la y aku akan buktikan at least smpai balik modal.
So dia ingat aku nk BF5-6 bulan untuk balik modal BP tu la.
Hohohoho.
Tak dinafikan mmg perangai aku klu takder target mmg tak jalan.
Soooo, tak leh salahkan dia bila dia jugde aku cam tu.
hohohoho.

Nota untuk SUAMI-ku :

Papa, Mama akan bf Kaseh kita tu sampai dia 2 tahun tauuuu.
Tungguuuu dan tengokkkkk.
Papa tak bleh rampas keakraban kami.
Huhhhh.
Papa cari cara lain nak pikat hati Kaseh.
Kaseh akan cari mama jgak walau dimana dia berada.
Kaseh cayang mama kan?
Nak nenen mama kan??
Papa xder nenen tak xbleh dok lama2 ngan papa.

Thursday, May 27, 2010

Hasil Tenusu ku Da Berkurang

Hoooo.
Klu baca tajuk tu dulu kat SI.Com aku ignore je sbb aku pikir tak kan jadi kat aku.
Tapi Kasehku baru nak masuk 3 bulan aku da rasa kesannya.
Hoooo..
Kaseh perlukan 15 Oz 1 hari.
Tapi aku leh produce dlm 10 - 12 oz je 1 hari.
Asik korek stok je.
Da la nak bulan puasa ni.
Hohohoho.
Apa y aku perasan klu coti je malas nak pam.
Dan klu dulu sblum tido pam klu tak pam nnt bju basah.
Tapi bila da skip pam badan da stop produce susu so da kurang la.
Waaaa.
Sorry my body..
I nak kena tuning balik setting body ni.

Langkah pencegahan untuk mengelak masalah ini berterusan :
1. Pam setiap 1.5 - 2.00 jam sekali.
2. Pam waktu malam atau bila2 y sesuai.
3. Xder coti2 pam.
4. Say Nooo to ice.

Cayyyyokkkkkkk.
(Aduis!!! Nenen ku berdenyut2 ni nak tunggu turn nak masuk port. Da gap 2 jam ni)
Nak g pam dulu. Kita tengok hasilnyaaaa!!!!

Friday, May 14, 2010

Kisah KasehKu 2 - Kaseh Masuk NICU

Salam Kaseh..
Ni kisah Kaseh yang ke 2.
Kaseh tau tak yang Kaseh penah msuk NICU masa kaseh umor 3 hari?

Masa hari ke-3 kita da balik rumah dan nurse datang rumah untuk check.
Pastu nurse suruh g Klinik Kesihatan sbb nak check Joundice ngan blood pressure mama.

Bila g sana Dr check temperature sekali.
Dr terkejut sbb temperature kasih mas tu 38.2.
Tinggi sangat.
Dr. buat surat untuk antar g hospital sbb untuk baby ynga less than 1 month kalau demam panas is abnormal.
Dr. suruh mama basahkan tuala dan lap badan Kaseh.

Masa dalam kete nak balik amik barang Kaseh nangis teruk sangat sampai tak keluar suara.
Mama masa tu da tak tahan.
Mama nangis.
Mama takut sangat masa tu.
Mama tak sanggup kehilangan Kaseh.
Lepas je dilap ngan kain basah Kaseh terus diam.
Kaseh pandang je mama sepanjang perjalanan ke ospital.
Mama rasa sayu sangat.
Sampai kat ospital Kaseh dibawa ke bahagian separa kecemasan.
Masa tu ngan mama y still baru 3 hr bersalin tak mampu jalan sendiri.
Mama kena tolak ngan wheel chair.
Bila temperature baru Kaseh diambil da turun 36.8.

Dr. bgtau maybe sbb Kaseh dibedung tebal2 tengahari buta.
Mmg tak dinafikan.
Kaseh dibedung 2 lapis.
Tengok la gmbar Kaseh seblum dibawa ke klinik.


Sian Kaseh.
Bila Dr. check skli lg temperature Kaseh da 37.2.
Tu consider demam panas jugak.
Kaseh kena tahan NICU.
Mama je yang bleh masuk dan jaga Kaseh sebab mama kena susukan Kaseh.
Sian Kaseh kena cocokkan jarum sbb nak masukkan antibiotik.
Tiap kali masukkan ubat Kaseh nangis.





Tak sanggup mama tengok.
Bila malam mama jaga Kaseh sorang2.
Masa tu mama tak pikir lain. Mama nak jaga Kaseh je nak nenenkan Kaseh je.
Ada skli Kaseh nangis tengah malam nurse datang bawak susu formula.
Dia cakap susu mama tak cukup. Mama kata nanti mama kasi. Padahal tak pun. Kaseh mama dapat bertahan. Kita dok hospital 2 malam walaupun Kaseh da sihat sbb nak kena habiskan antibiotik.
Ni antara gambar Kaseh kat NICU dengan baju ospital.
Mama minta maaf sayang. Mama tersilap. Mama tak pandai jaga Kaseh. Mama akan pastikan yang terbaik untuk Kaseh lepas ni.

Wahai Isteri..Mampukah aku jadi begini..

Aku dapat email dari seorang rakan.
Ermmmm.. Wujudkah Isteri sebegini di dunia ni.

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah.

Rutin hariannya,mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya Kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.
Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat diabersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.
Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?""Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi.

Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.

Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya."Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

~~Kepada:Asraf Mukmin,Suami yang tersayang...~~
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abg yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.
Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...
Abg yang disayangi,Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah...Aliyah sayangkan Abg. Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni.Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.

~~Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd Hazery~~

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

Mama kena hari ni..

Malas tol nak keje.
Aku rasa hari2 aku malas.
Sbb sok hari sabtuuu..
Rindu nak main ngan Kaseh.

Pagi td Kaseh buat surpise.
Huhuhuhu
Ad da masukkan barang dalam kete, da idupkan enjin kete,
tinggal pakai kasut je.
Suami ku kuar tanya ada susu tak?
(sbbnya biasa dlm kol 5.30 pg aku pump dan simpan skit kat luar klu Kaseh bangun awal sbbnya aku g keje dulu and suamiku y akan anto Kaseh g skool)
Tapi hr ni aku ponteng pam so xder stok.
Ada y kat dlm peti ais je.
Lgpun Kaseh da nenen banyak la gak sblum aku bersiap td.
(Tp xheran suami ku tu asal nanges je katanya nak nenen wlupun br lepas nenen)
So aku pun naik balik la nenenkan dia.
Tapi dia xnak so aku main la ngan dia jap.
Tiba222222...
Aku tengok muke dia merah.
Dalam kpala pikir " Cam nak uk-uk je muke dia"
Skali aku dengar letusan y kuat kuar dari anakku.
(Bayangkan kuatnya sampai suami ku yang mandi pun bleh dengar)

Huhuhuhu. Ku pikir biar la nursery y tukar (mama y pemalas) dan biar aku je yang antar pg tu.
Ku pun letak la dia kat katil sbb nk betulkan baju aku dulu.

Tiba2.......
Ropa2nya Kaseh punyer letusan dah bocor and kena uniform ku dan cadar katil ku.
Aku terjerit "Tidakkkkkk"
Anak aku tu bleh gelak.
Dia buat muke lega.
Geram aku nak bit dia.
Terpaksa la k tukar lampin and baju dia skli and bju mama skli.

Pastu da lega mulut dia bising bercerita.
Pandai Kaseh goda mama.
Berat je hati nak g keje bila tengok dia.
Biasanya dia blum bangun.
Tapi ku gagahkan jugak, kol 7.15 am aku baru gerak.
Bawak kete cam samseng jalanan la..
Heheheh

Rindu Kaseh le.
Tak sabar nak balik main ngan Kaseh.
Sok kite main 1 hari eak Kaseh.
Mama sayang Kaseh walaupun Kaseh dah uk-uk kan mama.

Wednesday, May 12, 2010

Kisah KasehKu 1 - 020310

Walaupun da lbhkrg 2 bulan Kaseh Melissa Lyana dilahirkan kat dunia ni,

still segar dalam kepala ku sgala pengalaman sepanjang mengandung, bersalin dan berpantang.

Sebenarnnya tujuan ku create blog ni salah satunya adalah untuk jadi tempat aku bercerita segala pengalaman aku dengan KasehKu.


Nanti bila Kaseh da besar, da pandai baca, Kaseh bleh baca blog ni dan Kaseh akan tahu segala apa yang Kaseh lalui dengan Mama.


Tau tak apa yang jadi masa hari Kaseh dilahirkan?


Pagi 02-03-10, dalam kol 7.00 pagi papa kejut mama sebab papa dah nak g keje.

Masa tu kami tido kat ruang tamu je sebab mama tak larat nak naik malam tu.

Papa tanya " Ada rasa lain macam tak?"

Mama kata tunggu dulu sebab ada rasa memulas tapi takut nak ukuk.

Mama g toilet dan mandi, still tak hilang sakit.

Mama cakap kat papa jom je la g ospital Sg Buloh.

Asalnya mama plan nak lahirkan Kaseh kat Umra Seksyen 13, Shah Alam.

Tapi da 3 kali Kaseh acah-acah nak kuar tapi tak jugak kuar.

Kaseh nak tau tak papa da 2 minggu tido tak lena nak tunggu Kaseh kuar.


On da way nak g Sg Buloh tu perut mama sakit lagi ketara dan kerap.

Masa tu mama pun tak sure lagi.

Bila da register, mama tunggu Dr. datang check sakit lagi ketara.

Tiap kali sakit datang mama baca ayat Kursi.


Dan bila Dr. cakap bukaan da 3cm, mama seronok sangat.

terus hilang rasa sakit.

Dalam kepala mama masa tu "Yea!!! Aku da na bersalin"

Masa tu lebih kurang kol 9.00pg.

Dr suruh mama rehat, nanti kol 1.15 pm Dr check lagi.


Mama baring je la.

Bila sakit mama baca ayat kursi.

Ilang sakit mama tido.

Mama serah semuanya kat Allah.

Tu yang dipanggil hipnosis kot.

Dalam separuh sedar.

Sambil2 tu mama sms papa kat luar bgtau keadaan mama.

Sumenya lancar.

Mama dapat tahan semua kesakitan tu.


Sampai la kol 2.30 pm, nama mama dipanggil.

Masa tu mama jalan separuh je pastu da xleh jalan sebab sakit sangat.

Nurse tanya kenapa, mama just jawab sakit.

Drg terus check, bukaan dah 8cm.

Sume orang kelam kabut.

Mama didudukkan kat wheel chair.

Ditolak ke Labour Room.

Tapi LR penuh, mama ditolak balik.

Dalam keadaan sakit tu ada sorang nurse yang baik tenangkan mama.


Sampai la ada LR yang kosong mama diangkat ke katil.

Dorang suruh mama push.

Mama tak pandai.

Mama kena marah.

Antara ayat yang mama ingat,

"Apa awak rasa bila hidung awak tersepit"

"Awak nak ke anak awak tak cantik"

"Awak teran muke, awak kena teran sembelit"

"Jangan angkat punggung, nanti koyak banyak"


Dalam kekekalutan tu ada sekali mama mengalah.

Mama cakap "Tak Boleh" sebab mama da kehabisan tenaga.

Sume orang jerit "Boleh"

Dengan semangat yang tinggal mama cuba lagi.

Dan pada 2.58pm, Kaseh selamat dilahirkan dengan berat 3.52kg.

Masa mula2 mama tengok Kaseh mama terpandang mata Kaseh.

Mama terus terfikir, "Sepetnya mata dia".

Hehehehehehe.

Kaseh pandang mama masa Kaseh diletakkan di dada mama.

Bahagia sangat masa tu.


Tak lama lepas tu papa masuk.

Papa Qamatkan Kaseh.

Rasa lega sangat dan penuh kesyukuran.


Ni la gambar kaseh masa masih lagi di LR.



Pumping Port

Ni first N3 ku pasal BF.
Aku start keje balik on 03 May 2010.
Dan aku da kena transfer department dr PQA ke Engineering.
Maksudnya opis pun tukar.
Opis lama dekat je ngan klinik port biasa untuk bonda2 yang pumping.
First week masuk keje aku g klinik lg tapi jauh sangat nak kena pusing.
Yang bagusnya kilang aku ni drg benarkan ktrg guna inhouse klinik untuk pump.

Biasanya aku lepas pam aku terus g surau sebab malas nak ulang alik
bawak beg avent ku lalu 1 kilang.
So masa kitaran aku lebih krg 1 jam untuk setelkan pam dan solat.
Dengan beg lagi.
Last2 aku jumpa port budak2 Engineering ni.
Patut la aku xpenah tgk dorang kat klinik.
Ini la port baru aku....


Dan ini lah ruang sempit dan gelap operasi ku..




Kunci store ni orang yang pam yang pegang.
Sebab penah jadi kes yang bila clerk yang pegang ada orang nak amik barang
dikasinya kunci.
Maka terjadi la adegan yang tak diingini.

Store ni skali ngan pantry so bila beroperasi aku just on lampu pantry.
Tapi kadang2 ada warga prihatin dorang tolong off lampu.
Dorang xtau y ada orang dalam store.
(Dulu ku pun salah sorang yang tukang off lampu pantry. So ku da paham kenapa kdg2 bila xder orang lampu on..hehehehe)
So continue pumping dengan bercahayakan handphone.
Tambah lagi store xder kipas.
Tapi OK la.
Store tu bersih dan kemas.
Agak memuaskan hati la.

Aku Kasi 5 bintang

Thursday, May 6, 2010

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya.
Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."
Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar.
Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah.
Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang.
Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham.
Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit,"
Bisik saya kepada emak.
Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya
" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"
Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu.
Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....
Tapi kerana tidak mahu menghampakan harap ayah dan ikutkan cadangan emak,
saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya.
Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut
bas dalam perjalanan pulang ke kota.
Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit.
Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit.

Geli hati mengenangkannya.
Begitulah selalunya tahun demi tahun.
Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah.
Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan.

Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan
kepada ayah setiap kali pulang kampung.
Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan
wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah.
Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima.
Tidak kira berapa jumlahnya.
Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran.
Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang.
Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya.
Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu.
Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar.
Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya
pulang dengan kereta milik sendiri.
Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil
Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.
Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya.
Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan
dalam kocek anak saya.
" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara.
Ekonomi keluarga sudah agak stabil.
Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu,
tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah.
Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya.
Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya.
Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan
kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya.
Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa
melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah.
Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.
Di samping menulis, saya menjadi penerbit.
Perniagaan semakin rancak.
Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya
sudah membeli MPV utuk kegunaan harian.
Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak.
Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu.
Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya
telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!
Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya?
Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat.
Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda).
Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.
"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri.
Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula.
DOA MEREKA MUSTAJAB.
Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan.
Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,
keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."
Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat.
Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan.
Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA.
Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?
Memberilah kepada sesiapa sahaja.
Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

FinancialKu

Dilema ku dalam pengurusan kewangan adalah "Fail to Save"
Walaupun aku rasa kadang2 aku rasa gaji aku more than enough tapi
bila akhir bulan licin.
Kenapa aku cakap "more than enough"
Sbbnya bila ada kes2 tertentu macam ada kena bayar bukan perbelanjaan bulanan
ku still bleh survive.
And even xder kena bayar apa2 pun duit ku licin gak.
Kemana hilangnnya duit tu????
Ermmmmm???
Nak kata aku ni kaki shopping tak jugak.
Tapi kemana????
Huhuhuhu..

So aku rasa the best thing is assume as you have emergency every month.
Huuuuu..
Ni azam aku for next month.
Lagi pun gaji aku da naik la skit bulan ni.
Lagi la kena berjaga2.

Gudluck to me.. Ganbatte Lynd..