Pages

Tuesday, April 30, 2013

Awatif 13 Month

She is my chenta hati forever.
Senyum dia, rajuk dia (Dah pandai merajuk hokey), jalan dia.
Semuanya menjadi igauan mama (Kecuali merengek)

Dah mula betul2 berjalan masa 2 minggu sebelum birthday Awatif.

Pertama kali berkasut diluar rumah.

Sekarang apa je yang Kakak Kaseh buat dia nak buat.
Tengok lah 2 beradik ni bermaharaja lela kat rumah.

Ada masa sorang nyanyi sorang angguk2 konon menari lah.



 Dah pandai jerit Nak..Nak.. kuat-kuat.
Bingit je bunyinya.


Sesiapa sahaja yang ada pengalaman jaga Awatif macam Ummi kat sekolah ke selalu cakap,
"Awatif ni budak baik, senang semua benda, makan, tido, main ke tak banyak kerenah. Kalau suruh bawak balik pun Ummi nak"

Nenek pun ada cakap "Elok je dia main sendri kalau nenek masak. Siap boleh dok diam-diam tengok nenek siang ikan, cuit pun tidak"

Tapi apsal kalau ngan mama Awatif selalu merengek?
Manja terlebih ke apa dengan mama.
 Haiss.. kadang-kadang siap tak bleh buat keje lagi dia dok pegang kaki.
Tak per la nak.
Senyum mu jadi ubatnya.


Saturday, April 27, 2013

Cobaan Kaseh Ber "Gwiyomi"

Sekarang tengah trend Gwiyomi.
Macam-macam ada.
Tapi saya suka yang budak main gitar tu.
Cute yang real dan nampak sopan sikit.

Makcik pun gigih la tunjuk kat Kaseh.
salah x?
Erm.. zaman sekarang ni kan kalau ada fenomena baru mesti disusuli dengan cerita-cerita ada pengaruh tak elok la, menghina itu ini lah.
So saya dah go through maksud lagu ni dan saya rasa sesuai untuk kanak-kanak.
Ke ada cerita lain disebalik tu?

Anyway so far makcik rasa ok untuk kanak-kanak.


(Adakah gambar gelap? Amatur lagi nak upload video ni)

Awatif pun dah pandai dah tujuk 1 jari letak kat pipi.
Ihikss rasa nak geget.

kaseh lebih excited bahagian guitar je.
Samapi terbalik guitar tu.
Hiburan dari anak-anak untuk kami.
terima Kaseh anak-anak kerana menghiburkan mamam.
Love you my princess.

Friday, April 26, 2013

Mak, Ma dan Ayah

Disebalik keghairahan, kesibukan, kebimbangan dan macam-macam perasaan lagi dalam membesarkan anak-anak.

Jika dulu semasa kecil saya dijaga.
Bila sudah besar dan mempunyai kehidupan sendiri, membina keluarga sendiri dan sibuk menjaga.

Saya tidak lagi perlu dijaga oleh ibu bapa saya.
Dan sekarang saya perlu menjaga anak-anak saya.
Macam ibu bapa menjaga saya dulu.

Itu adalah kitaran hidup.
Dulu kita dijaga ibu bapa.
Dan sekarang saya adalah ibu bapa dan perlu menjaga anak-anak saya.
Itu peranan yang di set diminda saya.

Tapi saya lupa satu lagi peranan...
Peranan anak untuk menjaga ibu-bapa yang tua.
Jika 10-20 tahun lepas ibu bapa bergerak ke sana-kesini bekerja membesarkan anak-anak.
Semasa itu saya hanya lah seorang anak yang perlu "dijaga"

Bila saya tidak perlu dijaga lagi sekarang, saya menganggap ibu bapa saya itu mempunyai kehidupan mereka semakin senang kerana tidak perlu menjaga sesiapa.
Saya lupa..
Saya alpa..
Itu 20 tahun dahulu..
Setelah masa muda dan gagah mereka dihabiskan untuk membesarkan anak-anak.
Sekarang yang tinggal hanya saki baki kederat untuk membawa diri sendiri.
Itu yang dikatakan "ringan beban" mereka.

Beban yang tinggal untuk menghabiskan sisa hidup mereka.
Saya tidak sedar.

Jika sekarang sesekali balik kampung saya mengharapkan ibu menyediakan masakan kerana inginkan "air tangan" ibu.
Buat permintaan itu ini.
Saya lupa..
Mereka sudah tidak seperti dulu.
Saya tidak perasan semua itu selama ini.

Saya baru sedar.
Mereka sudah tua.
Mereka perlu dijaga.
Status "anak" bukan selama-lamanya perlu dijaga.
Sampai masa mereka perlu menjaga.

Allah.
Terima Kasih kerana membuka mata mata ini.
Walaupun sudah terlambat.
Tapi aku masih bersyukur kerana masih diberi peluang untuk memainkan peranan "anak yang menjaga"





Mak, Ma dan Ayah..
Maaf kerana lupa dan leka dengan kehidupan sendiri.




Thursday, April 25, 2013

Jom Mengemas : Pengurusan Makanan Basah

Mula-mula ingat nak tunggu dulu sebab nak tambah beberapa perkara lagi.
Tapi hati ini meronta-ronta nak update jugak.
Haissss.. Sudahnya... Update je la.

Dan kali ni saya nak share macamana saya uruskan barangan basah / stok barangan mentah kat rumah.
Macam ikan, ayam dan lain2 la.

Saya beli barang-barang tu setiap hari selasa.
Ada pasar malam.
Saya suka pegi pasar tu sebab murah (mungkin sebab kira kawasan kampung juga lah) dan juga banyak pilihan sayur-sayuran.
Dan selasa petang lah memang waktu yang paling ngam untuk saya buat stok.

Kalau tengok blog2 organising memang dah ada senarai menu untuk sepanjang minggu kan?
Tapi saya takder la buat senarai2 gempak.

Just pikir apa yang nak masak sepanjang minggu dan beli lah lauk.
Sebagai contoh minggu ni saya rasa nak masak tomyam, kari ikan dan paprik.

So roughly saya dah tau la nak beli apakan.
Selain barangan utama, penting jugak beli bahan sampingan lain.
Nak masak tomyam kena lah ada serai, nak masak kari letak bendi pon sodap.
So secara kasarnya saya dah rancang.
So saya tak perlulah bila nak masak kena singgah kedai semata-mata nak beli  1 barang kan?

Then dah bawak balik rumah, masukkan dulu dalam sinki.
Cuci semua barang tadi then rancang siap-siap setiap bekas tu untuk nak masak apa.

Contoh, ayam ni saya nak masak tomyam dan paprik.
So saya dah asingkan ikut portion yang saya nak masak.
Ayam saya beli suku je. 
Kalau sekor memang sebulan lah tak habis.

Sama jugak udang.
Pun saya asingkan kepada 2 bahagian.
So keseluruhannya begini lah.

Kebaikan kita nak asingkan siap-siap adalah :
1. Kalau dah simpan dalam amount yang kecil, nanti balik keje nak cairkan ais tu cepat. Kalau kedebuk besar memang lambat lah boleh masak.

2. Menjamin kesegaran.
Kalau dah cairkan semua sekali dan bekukan balik baki nya nanti kesegaran bahan2 ni dah kurang.

So bila dah siap asingkan..
Apa lagi masukkan lah dalam fridge.


Tak cantikkan?
Sebab bekas tak seragam.
Ermmm... Nanti saya akan cari alasa untuk buang dan beli 1 set yang seragam.
Hehehehehe...

Wednesday, April 24, 2013

Keputusan telah diambil..

Assalamualaikum rakan-rakan ku.
Ingat tak entry ini..
Pasal samada nak buat blog baru khas untuk Home Organising atau campur adukkan dengan blog Kasehku Hidupku ni.

Keputusanya......

Atas permintaan ramai..
Saya akan stick pada 1 blog ini sahaja.
Saya akan Label kan.

So ini juga announcement untuk anak-anak mama.
Nanti kalau nak tahu cerita family kita, anak-anak click je kat label yang berkaitan ye.
Mama tetap dedikasikan blog ni untuk anak-anak mama, tapi kisah-kisah Ho juga mengenai perjalanan hidup mama dalam menguruskan kamu sayang.
Dan ketahuilah sayang mama berkecimpung dalam dunia HO ini juga secara secara tak sengaja kerana kamu.
Mama cuba belajar bagaimana menguruskan kehidupan mama dalam menguruskan kamu.
Mama mahu yang terbaik untuk kamu sayang.

Ok.
Dah.. cukup warkah untuk anak-anak.
Ermmm.. saya selalu terfikir umur berapa nak anak-anak saya akan baca blog ni untuk mengikuti kisah hidup mereka.

Anyway terima kasih kepada yang beri pendapat dan pandangan pada entry yang lepas.
Saya sangat hargainya.

Saya juga harap saya akan terus bersemangat untuk organise hidup saya dan share dengan pembaca sekelian.
Biasanya saya eksited nak share compare to nak buat.
So disebabkan semangat nak share jadi saya kena la buat.
Tak gitu?

Ihiksss.. Anyway teruskan organise hidup anda.

Tahi Lalat or Bintik Hitam Pada Pakaian

Saya tak pasti apa nama saintifiknya.
Rupanya macam ni.
Nampak x?

Saya panggil tahi lalat or petik sawo.
Huaaa.. Hamik ko.

Saya manghadapi masalah ni.
Dari dulu lagi.
Mostly pada baju anak-anak.

Orang kata ini berpunca dari baju yang lembab di peram lama.
mungkin sebab baju kotor dari nursery masuk balik dalam beg kotor.
dan diperam sampai balik.
Atau kalau mama datang angin kus-kus, pagi esoknya baru keluarkan dari beg.

Tanda ni memang xbleh ilang eak dengan basuhan biasa kan?
Sayang kadang2 baju elok lagi dah ada ni.
Pastu nampak comot dah.

Camner nak hilangkan eak?
Ada ada tips or petua x?


Tuesday, April 23, 2013

Blog HO Atau Campur Adukkan

Dilema.
2-3 menjak ni berkobar-kobar nak update pasal rumah.
And saya rasa dah dekat 2 minggu langsung takder pasal citer anak-anak.
Bukan apa gambar anak2 mostly kat HP so kabel kat rumah ni dah ilang.
Transfer pun kat opis tp lupa nak copy bawak balik.
Objektif asal blog Kasehku Hidupku ni adalah kisah anak-anak, keluarga n parenting.
Tapi kalau dah dekat 2 minggu xder update tak ke dah lari objective.
Nanti anak-anak baca blog dah hilang fokus plak, ni kisah kami anak-anak ke kisah rumah mama.

So i'm was thinking to create 1 lagi blog khas untuk Home Organising.
Mampukah saya manage?

Apa pendapat anda?





Monday, April 22, 2013

Jom Mengemas : Almari Anak-Anak

Assalamualaikum  Sohabat.
Dan salam isnin.
Berkobar-kobar.
Nak kongsi aktiviti weekend saya yang lepas.
Jika minggu lepas saya kemas dapur.

Boleh refer sini dan sini.

Minggu ni saya kemas almari anak-anak pulak.
Timenya macam biasa. 
Tengah malam selepas anak-anak tido.

Adakah ada yang tertanya "rumah makcik ni bersepah sangat ke sampai tiap-tiap minggu kena mengemas?"
Jawapannya YA..!!!
Ihiksss..

Sebenarnya ni kira overhoul rumah la.
Selongkar, asingkan yang mana boleh buang (Huh..Tu je lah keje makcik) dan susun balik.
Sepatutnya aktiviti ni kena buat setiap 3 bulan ke, 6 bulan ke or setahun sekali.

So saya rasa dah sampai masa untuk almari anak-anak ni di overhoul sebab, Bila nak masukkan baju2 yang dah siap lipat terasa macam dah tak muat dah. Nak kena beli almari baru ke?
Tambah lagi sejak Kaseh dah besar ni dah pandai pilih nk bju mana. Xberkenan campak balik dalam almari.
Same goes to papa.
Haisss... Sudahnya gini lah rupanya..


Memang cik kak Mama Lynd ni xmalu tunjuk kebersepahan rumah dia.
Ihiksss..
Ni kira low inventori sebab weekend memang kebanyakkan baju berstatus mesin basuh, ampaian or longgok bakul.

Ok, step by step apa saya buat.

Langkah 1 : Longgok dan kosongkan.


Keluarkan semua isi dalam drawer.


dan longgokkan.
(Yang mana masih elok berlipat tak perlulah nak bukak ye)
Saya buat by drawer.
Supaya tak pening.
Drawer kaseh ada 2 level so kosongkan 2 level tu.
Jangan campur dengan baju Awatif.

Langkah 2 : Categorikan.

Kategori yang perlu dipertimbangkan

In Used 
(Kegunaan sekarang)


Transfer 
(Kaseh dah tak muat bleh kasi Awatif)

Xder gambar.

Store / Donate
(Simpan sebab nak derma..Anyway saya dah ada penerima..Faktor lain yang excited nak kemas tu)



Dan feveret saya.....
Dispose
(Baju dah lusuh sangat takkan nak kasi orangkan.)


Yang dalam plastik tu yang nak buang.
Dalam bakul yang nak hangkut naik tingkat atas.
Yang mana dah xpakai la.

Hasilnya?

Jika sebelum.


Selepas

 Drawer pertama yang menempatkan baju yang dah siap dengan pasangan masing-masing.
Biasanya baju untuk stok nursery.
Lapang sebab yang lain masih dalam proses pendobian.


Level 2 : Baju tanpa pasangan.
Mean baju mix and match.
Kalu baju pasang untuk nursery dah habis baru la belek-belek drawer ni.


Lapang oooo.. Tak payah beli almari baru.
Dah siap ruang untuk menerima stok2 baju yang bakal dilipat nanti.

Ni Awatif punyer.
Awatif memang tak banyak baju sebab saya lebih suka dia ber rompers. 
So space untuk penyimpanan xbanyak.

Sebenarnya saya pernah cerita pasal kid's closet ni.
Boleh refer kat sini.
Divider Cosway tu masih practikal untuk saya guna.

So apa yang anda overhaul minggu ni.
Jom la share..jom la.. jom la..

Nota Kaki :
Boleh tak entry ni jadi entry penyertaan untuk GA SusunAturSioca

Sunday, April 21, 2013

Blog Walking And Comment

Diselubungi rasa bersalah 2-3 hari ni.
Sebab kebizian melanda menyebabkan saya tak sempat nak blogwalking secara detail.
Hanya sepintas lalu.
Aptah lagi untuk meninggalkan jejak dan komen.
Kalau sempat pun guna hp so sekadar baca jela.

Lagi rasa bersalah bila saya tak balas komen rakan-rakan.
Huaaa... ada yang datang balik ke komen tersebut untuk tengok jawapan saya?
Ada ke?

Bersalah sungguh rasa diri ini bila saya menghampakan rakan-rakan.

Jika dulu aktiviti online saya seperti blogwalking dan jawab komen semasa mengepam susu selepas balik keje.
So kat situ dah setengah jam jugak paling kurang untuk saya online.
Tapi sekarang asik balik lamabt dan tak kejar sesi mengepam lagi, so waktu peruntukan itu dah hilang.

Kalau entry-entry informasi or update anak-anak biasanya malam minggu.
So saya akan schedulekan untuk publish weekdays.
Tapi kalau entry meraban hilang pedoman tu biasanya on the spot.

So tengah fine tune balik jadual hidup ni.
Blogging adalah antara ME time yang paling saya sayang and hargai.
Harap lepas ni dapat kembali ke asal.

At the same time ada beberapa aktiviti di dunia online yang menarik sedang berlangsung.

1. GA Creative By Two 
It's Giveaway Time Creative By Two


2. GA dari Susun Atur Sioca

Giveaway Istimewa Mei "Jom Kemas Rumah Bersama!"



3. Soalan kaji selidik dari Susun Atur Sioca


Jom kita join ramai-ramai.

Love U Kasehku-Hidupku
Love the readers also.

Thursday, April 18, 2013

Alhamdulillah... Saya Sibuk

Saya Sibuk.
Alhamdulillah.

1. Semakin berkatlah rezeki saya kerana masa saya digunakan sebaiknya untuk bekerja dan bukan buat keje lain yang tak sepatutnya.

2. Saya masih punyai pekerjaan.

Memang diselubungi kesibukan kerja.
Sampai tahap bangun kol 4.30 pagi nak siapkan report and presentation untuk    MD.
Housss..
Office hour sibuk dengan hal production.
Since dah tukar bos ni agak sibuk.
Bos baru belom kasi arahan tambahan tapi dia masih dalam transition period.
So banyak benda saya kena decide and buat sendiri.

Dengan masalah productivity and quality.
Gigih nak selesaikan
Wlaupun kompom bonus bulan 6 ni xder.. 
Ihikkss.. Bukan rezeki, makcik pernah rasa xder bonus langsung kat company lama.
Kat tempat sekarang at least 1 bulan mesti dapat nnt bulan 12.

2-3 hari ni asik balik ngam-ngam amik anak kol 6.30 ptg.
Balik ngan tangan macam ni.



Pakai glove tu boleh itam camtu jugak,
Hihihi.. pastu basuh beras.
memang gerenti bersih lah pastu.

Rehat pun kol 2 saya dah terpacak kat opis or machine balik.
Takper.
Rezeki lebih berkat.

So kepada pembeli storage EBM tu, sorry saya masih belum berkesempatan nak g post office.
Jumaat tengahari mungkin line clear.
Saya minta maaf.

Blogging and approve comment pun kat hp je,
sebab tu xreply comment kat blog.
Ni pun baru siap buat report.
Kol 8.30 jap lagi nak present kat Tom Boney.
(Wish me luck ya..)
Malam masa anak jaga mmg xbleh ngadap laptop.
Nak blogging petang sebelum amik anak pun dah asik balik lambat je.
Kesian tengok comment citer dapur saya tak berjawab.
Ok.
Pasni saya jawab.

Anyway.
Selamat bekerja dan semoga rezeki yang kita perolehi diberkati.

Tuesday, April 16, 2013

Cerita Dapur Lagi - Spice Rack

Sambungan cerita dapur semalam.
Kalau refer entry ni,


Saya ada mention saya masih tak puas hati pasal cabinet yang ni.


First sebab tempat garam agak tinggi dan agak terjengket2 saya nak ambil.
Then saya letak spice, garam dan serbuk kunyit di rak ini.


Beli kat IKEA kirim ngan Lea.
Saya masak memang kurang pakai rempah ratus ni.
So takder la banyak mana pun.
Yang ada dalam botol tu pun baru sekali pakai sebab cuba resepi baru then sampai sekrang dah tak pakai.
Buat perhiasan je.
Ihikk..

So apa jadi dengan cabinet tadi.
Ini lah jadinya.


Sebelum ni saya letak segala bagai sos kat dalam fridge.
Tapi saya perasan bila nak pakai susah mengetuk sos-sos tersebut sebab keras.
So saya decide nak letak kat luar fridge je.

Itu gambar sebelum kemas.
Saya cukup menyampah bila nak amik 1 barang tapi kena alih barang2 lain.
So saya susun botol2 ikut keutamaan.

Bahagian yang paling dalam saya letak barang-barang untuk stok.
Means masih belum bukak seal.


Bahagian depan saya letak sos yang saya kerap guna.

Tersusun dan masih ada ruang lagi.

Itu baru sebelah.
Sebelah lagi, saya letak bekas bawang, stok makanan kering seperti beehoon dan makaroni.

Sesuai ke letak bawang kat dalam cabinet?
Sebab saya perasan cabinet ni ada bau bawang.

Hah.. nampak tak botol minyak mask yang belum bukak kat belakang tu.
kalau perasan dalam cabinet semalam minyak tu ada kat situ.
Sebabnya sebelum kemas tak muat nak letak kat sini.
tapi bila dah susun elok-elok, muat je.
Itu pentingnya susun elok-elok Cik Lynd.

Hahh.. satu lagi faktor susunan yang saya ambil kira.
Cer tengok gambar ni.


Apa yang anda perasan?
Untuk mengambil minyak dan sos saya hanya perlu buka sebelah pintu.
Nampak remeh tapi sangat membantu.
Kalau pembahagian area tidak betul contohnya botol minyak kat tengah sangat, bukan ke kena bukak 2 belah pintu.
Saya pernah hadapinya dan saya rasa terganggu.
So that's why saya pastikan pembahagian area ngam-ngam.

Ada yang dibuang x?
Ada.
Rempah gulai darat yang dah membatu.
Dah setahun kot tapi last guna 6 bulan lepas.
So buang.

So hasilnya.

Kawasan ni agak senang nak maintain kemas sebab setiap barang ada tempatnya sendiri.
Just lepas pakai letak balik.
Senang.

Bagaimana anda merancang susunan barang kerja anda?
Jom Kongsi.

Monday, April 15, 2013

Cerita Rumah - Reset The Kitchen

Salam Isnin Yang Bersemangat.
Setelah sekian lama tak buat citer pasal rumah, jom lah kita share entry-entry berinformasi.
(berinfomasi ke? Apa info yang kalian boleh dapat dari rumah makcik yang tunggang langgang ni? Abaikan soalan iti Cik Lynd.. Teruskan syok sendiri)

Dah dekat sebulan saya mengabaikan rumah ni.
Hanya sekadar maintain rutin harian supaya flow harian lancar.
Seingat saya selepas balik kampung kenduri adik yang dah nak dekat sebulan.
Since itu jugak kot rutin harian saya di dapur terganggu.
Mana taknya, lepas je minggu yang balik kampung tu, kami sekeluarga kena food poisoning.
Kena 3 hari wei, nak recover balik total seminggu jugak.
Then asik balik keje lambat je ngam2 amik anak kol 6.30.
Sibuk dan kelam kabut kesan dari MC 3 hari di awal bulan.
Keje kat opis berlambak dengan projek2 baru yang tiada penghujungnya.
Menyumbang lagi kepada kekelamkabutan hidup ini bila dah 2 minggu kami tido kat hall.
So lagi la tunggang langgang hall tu.

Then weekend lepas nekad nak reset balik kehidupan.
Tenung-tenung nak mula dari mana, kita mula dari dapur lah.
Di saat orang lain dibuai mimpi makcik selongkar kitchen cabinet makcik.
Kenapa dapur dulu?
Sebab dapur adalah jantung rumah.
Nak kembali beraksi didapur semua peralatan perlulah tersusun.
So makcik nak start reset dari dapur.
Lagi pun kat dapur banyak barang nak buat time anak2 jaga memang 2 hari tak siap la.

Untuk update ni saya share yang mana dah complete setakat ni je lah eak.

Overall cerita pasal susun atur dapur saya boleh refer kat entry ini


First saya mulakan dengan salah 1 cabinet yang bercampur aduk.
Pikir 2 kali nak share gambar sebelum ni.
Tapi xper la buat muka tak malu je.


Hah.. Hamik ko.
Cabinet lain boleh dikatakan agak tersusun dan fix jugak la tujuannya.
Cabinet ni dikenali sebagai cabinet lambak je.
Semua dilambakkan.
Saya decide nak buat sesi pelupusan.
Nak buang je apa yang tak pakai.
Taknak sayang-sayang lagi.
Dimulakan dengan botol-botol EBM ni.

Yang MLO tu dari zaman Kaseh lagi.
So kita dispose.
Termasuk juga botol-botol lama dan penutup yang tiada status.
Buang semuanya.

Next, Periuk ni.


Terasa kejam pulak.
Tapi impian makcik nak berperiuk vision jadi kenyataan so makcik taknak lah simpan sesuatu yang menyebabkan high inventory.
Lagi pun periuk ni dah terlalu lama dan kalau guna pun dah tak stabil duduknya.
(Sudah la cik Lynd alasan nak buang memang seribu)

Besin ni pun makcik buang.

Dah tak pakai.
Dah buruk sangat.
So buang.
(kejamnya ayat)
Kalau korang buang x?

Yang ni makcik tak buang.


Set senduk sudip ni.
Tapi makcik tak suka simpan.
Makcik beli tahun lepas masa baru pasang KC ni.
Konon nak letak kat top la sebelah dapur.
Senang capai dan dengan harapan nampak cantik lah.
Tapi bila balik, hakikatnya makcik tak suka letak apa2 peralatan kat atas table top.
Terasa sempit.
Nak selapang-lapangnya.
Then makcik letak la kat tempat biasa letak senduk2 lain.
Bila nak guna terasa tak best.
Macam tak puas nak kacau makanan tu.
Adakah sebab sudip baru so tepi2 masih tajam?
(Adakah ini alasan seorang rakan yang dia kata lebih suka guna barang lama)

So makcik letak dalam KC.
Tak belh dirikan lak tu sebab terlalu tinggi.
Sudahnya dibaringkan.
Tak suka..!!! Nampak bersepah.
Lagi2 stand tu.
Apa nak buat?
Buang?
Jual?
Kasi Free?
Sapa nak?
Sila email.

Sudahnya... hasil buangan..

Banyakkan.
Semua dalam gambar saya buang kecuali yang dalam kotak botol EBM tu.
Dan hasil selepas di clearkan adalah..


Sudah lapang tapi masih tak tersusun.
Banyak benda yang saya dah buang.
Dan ini tanpa pengetahuan suami saya.
Kalau ikut suami saya semua benda nak simpan.

Huis.. dah panjang nampaknya entry ni.
Next Cabinet saya sambung next entry la eak.
Baca panjang2 pun pening nnt.

Disebabkan saya tak malu tunjuk dapur saya yang tunggang langgang why not korang pun share lah sama.
Jom-jom buat entry, tak perlu segan kerana dapur saya lagi bersepah.