Pages

Thursday, February 24, 2011

Cerita dari Suri Rumah

Lupakan segala kekecewaan.
Apa yang ada kita terima.
Allah sedang menguji kita.
Terima je la apa yang ada.
** I'm talking about line tenet y sellow**

Nak update life ku sebagai suri rumah.
First of all, ku nak lafazkan MINTA MAAF kepada semua suri rumah seluruh dunia.
Sebelum ini ku anggap jadi suri rumah ni senang.
Tiada alasan untuk tidak menyelesaikan urusan rumah tangga.
Tapi tahukah anda, 1-1nya pekerjaan yang memerlukan komitmen 24/7 adalah surirumah.

Sebelum ni ku dok terpikir, nape la akak belakang rumah ni dok mesin kain pagi2 buta.
Padahal dok kat umah je, nape nak kena bangun awal-awal basuh baju,
sambil berperang dengan anak?

Huuuu.
Sekarang ni rasa cam nak g mintak maaf sambil cium tangan dia.
Meh nak citer pasal akak ni skit.
Akak ni ada 3 anak dan tengah pregnen.
Anak paling kecik pun umor 3 tahun.
Dia juga jaga baby orang lain y sebaya dengan Kaseh, disamping beberapa anak orang lain jugak.

So hidup dia aku taktau la macamana dia manage.
Ak yang anak sorang ni pun tunggang langgang.
Masalah utama aku, aku tak kenal anak aku sendiri,
Dengan ertikata directnya, AKU TAK PANDAI JAGA ANAK.
Ku ngaku, selama ni anto g nursery je, petang amik yang da siap kasi makan dan mandi.
Salin lampin pun malam sebelum tido je.
Hal rumah tangga?
Makan luar je, weekend je la klu nak masak pun.
tu pun aci kelat lari rumah mak mertua.
Makan kat sana.

Sekarang?
Cabaran tol menguruskan masa anak supaya kita leh buat keje rumah.
Dan bukan itu sahaja.
Hal perkembangan anak.
Fully loaded on me.

Semua orang nak anak bijak, bersifat baik.
Yang aku risau, Kaseh sepenuhya dalam jagaan aku.
Bila 1 hari nanti dia boleh bercakap, apa yang akan dia sebutkan?
Baik kah? Kasar kah? Sopan santun kah?
Semua itu merupakan cermin diri kita.

Mencabar bila jadi ibu sepenuh masa ni.

Aktiviti lain ku?
Last week ku g Kursus Penyusuan Susu Ibu - 20jam.
Anjuran Persatuan Pakar dan Penasihat Laktasi Malaysia,
yang bertempat di Hospital Kuala Lumpur.

Kenapa ku g kursus ni?
Setelah beberapa insiden orang mempersoalkan SIAPA AKU yang layakkah bercakap mengenai breastfeeding.
Ku amik keputusan untuk g kursus ni.
Berlaku jga insiden yang aku tak tau jawab bila orang tanya soklan mengenai masalah mereka.
So sewajarnya aku mendalami ilmu penyusuan susu ibu ni.
Perceritaan ku adalah berdasarkan HANYA pengalaman.
Aku manusia yang kerdil, aku sedar diri yang ilmu yang ku ada ini adalah bak
sebutir pasir dipantai.
Terlalu Kerdil dan tak disedari pun.
Pada ku, "My head is part of the world not the world is part of my head"

Ku suka bercerita mengenai Breastfeeding, tapi kadang2 ku sendiri tak tahu maksud yang ku katakan.

Contohnya, "Antibodi pertama bayi adalah colustrum."
Kenapa antibodi pertama bayi adalah colustrum ?
Bagaimana ia berfungsi?

Seronok bila segala persoalan ini dijawab.
Antara persoalan lain yang ku baru tahu,
Bagaimana skin to skin semasa selepas bersalin?
Kenapa kita tidak boleh dikasi air masak sebelum 6 bulan?
Apa hak kita sebagai ibu yang bersalin dihospital rakan bayi?
Dan banyk lagi.
Nanti ku kongsikan dalam N3 yang akan datang.

Antara pengalaman yang paling menyentuh perasaan adalah berjumpa dengan ibu-ibu yang baru bersalin.

Ada 1 kes ni, anak yang ke-3,
2 anak sebelumnya ada G6PD, so maybe yang baru ni pun ada.
Anak dia juga ada jaundise.
Masa kami tengah borak2 tiba2 datang nurse nak bawak anak dia ku NICU.
Masa tu dia tenga cuba nak susukan anaknya sebab anak dia tido.
Dia kucup dahi anak dia sebelum diserahkan ke nurse.
Air mata kau bergenang.
Ya Allah, ku tahu perasaan ibu itu.
Anak yang sepatutnya dipangku dikucup ketika itu diambil untuk rawatan.
Tapi kita harus bersyukur, ada orang lain yang anak mereka ada pelbagai lagi penyakit kronik.
Haaaa... Sesak nafas ibu menelan perasaan.

Ada kes lak, si suami tak sanggup tengok Doktor pegang anak dia.
masa di labour room, selepas baby keluar dia tengok doktor pegang anak dia.
Kasar katanya, dia keluar.
even masa nurse datang nak inject anak dia pun dia tak tengok.
Yang membuatkan dia istimewa, dia boleh mengaku yang dia tak sanggup tengok.
Setengah orang malu nak ngaku.
Even dia letak anak dia pun dia leh tanya aku "Ok ke leka cam ni?"
Hati seorang bapa yang tulus.
Dan dia xcited suruh isteri dia tanya kami macamana nak xclisive BF.
Bertuah anak itu.

Adakah aku akan menjadi Lactation Counselor?
InsyaAllah.
Impian kearah kebaikan.

Panjangnya cerita suri rumah.
Sampai sini dulu.
Doakan kelancaran tenet di rumahku ini supaya aku boleh berkongsi cerita lagi.
Assalamualaikum..

Rindu Sangat

Ya Allah.
Tuhan je yang tahu apa yang bergejolak kat dalam dada ni.
Bercampur baur.

Rindu sangat...
Nak bersiaran.
Banyak benda nak dikongsi.
Rindu saat-saat bila ada idea je terus taip.

Sekarang streamyx ku still xleh connect.
status skrg dok tunggu lampu DSL and Data kat modem nyala.
Almost 1 month da. thap kesabaran da menipis.
Tapi still xtau nak buat apa-apa.
Ada sesapa ada pengalaman?

banyak rancangan ku tergendala akibat streamys yang hampeh ni.

Thursday, February 10, 2011

Nursery / Baby Sitter dan EBM

Apa yang babysitter / Nursery perlu tahu dalam pengurusan EBM?
Rasanya mereka tidak lah perlu tahu terlalu banyak atau detail.
Sebabnya mereka nak tolong handle EBM pun da kira syukur.
***Jangan terkejut sebab ada BS / Nursery yang menolak untuk amik baby y bf***

1. Pemanasan EBM

Perlu diingatkan.
EBM tidak boleh dipanaskan secara terus atau menggunakan microwave.

Ada 2 kaedah,
Pertama : Meletakkan botol susu kedalam bekas y berisi air panas.
Ke-2 : Gunakan warmer.

Lebih afdhal kita sediakan kelengkapan yang secukupnya kepada pengasuh.
Tapi klu tak cukup budget untuk beli warmer takper. Bawak berbincang dengan pengasuh.
Kadang-kadang ada gak pengasuh ynag nak save budget letrik so standby air dalam termos je la.

2. EBM yang sudah dipanaskan...

BOLEH..digunakan dalam masa 1 jam sahaja selepas dipanaskan.
TIDAK BOLEH.. Disimpan semula ke dalam peti ais
TIDAK BOLEH .. Dipanaskan semula.

3. EBM tidak perlu digoncang.
Perasan tak, kalau nak buat susu formula, pas tambah susu ngan air panas,
kita akan goncang botol untuk melarutkan susu.
Tapi untuk EBm tidak perlu buat macam tu.
Untuk mencampurkan 2 lapisan lemak dalam botol cukup la sekadar goyang2 manja je.
Ada terbaca yang tidak elok menggoncang susu ibu terlalu kuta.
Sori lupa baca kat mana.

4. Yang beku dahulu.
Jika ibu membekalkan susu ibu secara kaedah optimum.
Yang ada bercampur frozen EBM dan Chilled EBM.
harus diingatkan Frozen EBm yang telah dicairkan mesti digunakan dalam masa 24 jam.
So bagi mengelakkan kes susu semalam ada lebih dan pakai lagi hari ni,
so harus diingatkan pada pengasuh gunakan yang beku dahulu.
Ada lagi baik ini-ibu sekelian labelkan pada botol.

5. Mencairkan EBM yang beku.
Bleh alirkan dibawah air paip.

So far tu je yang terlintas.
Apa yang penting ibu kena pastikan pengasuh ffaham dan ikhlas dalam menguruskan EBM anak kita.
Paling penting aspek label kerana takut ada kes tertukar susu atau tarikh.


Pssstt : Perkongsian melalui pengalaman.

Wednesday, February 2, 2011

Memberi Kabar

Salam bersiaran.
Just want to update sejak ku berstatus suri rumah.
Masih dalam mode menyesuaikan diri.
Terutama dalam hal nak menguruskan Kaseh.
Trust me, menguruskan Kaseh adalah cabaran paling besar yang aku terpaksa tempuhi.
I am a real mother right now.

Selama ni 70% masa Kaseh adalah kat nursery.
Bila weekend my husband always with me.
Ku nak mandi ke, masak ke apa ke En Suami y amik turn jaga Kaseh.
Pernah jadi suami ku OT hari sabtu, ku mmg tak mandi tak makan la sampai En Suami balik.
Sekarang mmg challenging la.
Tapi until now bergelar housewife for just 7 days ni the real one punyer cabaran blum ada.

Apa ku buat, masa En Suami nak g keje ku bangun la and mandi siap2.
Untuk memastikan ku bangun, ku tak iron baju en suami awal2.
So nak tak nak ku kena bangun la.
Pas ku mansi biasanya ku akan tewas la.
Tido sama ngan Kaseh.
Heeee.

Tapi baru minggu ni je aku jaga Kaseh.
Last week still hantar kaseh ke nursery sementara nak habiskan bulan ni.
tu pun semalam half day je ku jaga kaseh sorang.
Kaseh tak sehat so en suami halfday pagi antar Kaseh gi klinik.
Kaseh demam pakej skli ngan selsema and batuk.
Paed cakap tekak Kaseh da agak teruk.
Ermmm...
Mama akan jaga Kaseh sebaik mungkin.
Pasni da takder alasan berjangkit kat nusery ke apa.
Everuthing is in my hand.

Perkembangan Kaseh ku akan citer dalam next entry coz today Kaseh da genap 11 bulan.

Citer mama kat rumah plak.
baru berjinak-jinak nak berkenalan dengan jiran2 yang suri rumah.
Mostly orang belakang rumah aku la.
Selama ni kurang bertegur sapa sebab kuar belakang ruumah jarang2 je.
Tu pun sejak letak washer machine kat luar selalu jugak la kuar kat blakang.
Tambah lagi sekarng da tak keje sidai baju kat belakang so baju cepat kering skit.
Dulu sidai kat depan so bila redup lambat kering tapi selamat tak kena hujan.

Sonok gak sambil-sambil sidai baju berborak.
Mostly citer pasal anak dan masak-masak.
ku mmg tanpa segan silu ngaku tak pandai masak.
So jumaat hari tu g pasar beli ketam konon-konon nak masak special.
Skali tak pandai siang.
Hehehe.
Ngan akak belakang tu la aku tanya camner nak siang dan camner nak masak.
Hehehehe.
Kena bantai gelak ngan akak tu.
Poyo je beli ketam tapi tak pandai masak.

So jadi la ktam masak lemak resepi akak tu.
En suami tanya "Ni sendiri masak ke orang belakang yang masak?"
Hehehehe.
Tandanya ku masak sedap la tu.
Nak cakap direct malu.
Hahahahah.

Citer pasal internet di rumah ni.
Ku tengah pasang streamyx.
Hangen la gak.
Banyak sangat poblemnya.
Skrg ni bersiaran pakai Digi broadband.
Sellow macam milo.
Nak laju time2 gini la.
Da tongah malam nak ke pagi.
Ni pun tak brani nak upload gambar.
Cepat la En Streamyx oooi.
Den raso cam dipulaukan kat pulau terpencil je,
tanpa jaringan internet ni.
da terbiasa nak cari no tepon apa pun tekan kat google je.
skrg ni jari dok gatai je.
Terbantut segala program.

Apa-apa pun ku tak sabar nak kembali ke dunia blogging ni.
Wait for me kawan2.

Love U all.

Psssttt : Tengah download hormon keibuan secara fulltime.