Pages

Thursday, July 12, 2012

Pengurusan EBM ke Nursery

Assalamualaikum.
Entry berinformasi.
Saya nak kongsikan bagaimana saya menguruskan EBM Awatif ke nursery.
Saya mengamalkan pengurusan EBM secara optimum.
Supaya Awatif menerima khasiat susu ibu seoptimum mungkin.

Bagaimana?
Apa maksudnya?
Ok.. begini..

Awatif perlukan 10 - 12 Oz sehari di nursery.
Disebabkan saya sudah packing EBM antara 5-7 oz untuk 1 plastic liner,
so saya perlu berikan 2 plastic liner sehari.

So bagi memastikan Awatif mendapat khasiat yang optimum dari susu ibu,
saya akan setkan 1 plastic liner (6 oz) adalah EBM yang saya pam sehari sebelum atau pagi sebelum sayapergi kerja.
Dan 1 lagi plastic liner adalah frozen EBM.

Saya pastikan yang Awatif masih memperolehi susu ibu yang fresh dan bagi mengelakkan stok frozen melapuk saya berikan juga yang frozen 1 plastic.
Kalau kita kasi sepenuhnya yang frozen khasiat tidak optimum.
So kita kena pandai adjust la.

Cara saya uruskan.
Sebelum tidur saya rendam frozen EBM dalam bekas yang berisi air paip begini.

Kalau guna botol pun prinsip yang sama juga.
Tapi kebaikan plastik liner adalah EBM cepat cair.
Even kalau terlupa nak cairkan sebelum tido, 
bila bangun tidur pun masih sempat.
Setengah jam pun da cair.

 Saya hanya hantar EBM ke nursery hanya dalam bekas begini.

Sebab jarak nursery mmg terlalu dekat.
So tak perlu isi dalam cooler bag.
Tapi pastikan kita masukkan EBM ni last sekali sebelum kita keluar rumah.
Jangan lak masukkan dlam beg siap2 baru gi pakai tudung bagai.

Bagi mengelakkan frozen EBM terekpired,
cara susunan EBM dalam freezer juga penting.
Bagi pengguna fridge 2 pintu macam saya ni,
penyusunan dalam fridge sangat penting supaya kita tak tertinggal EBM yang sudah terlalu lama dan memastikankita boleh susun EBM semaksimum mungkin.

Ini cara saya menyusun EBM di dalam fridge 2 pintu saya.

Cara saya susun supaya tak tertinggal tarikhnya adalah.
Bagi yang dalam bekas biru tu adalah separuh dari bulan awal JUNE.
Yang beratur cantik tu yang awal bulan May.


Bagi yang ini pulak.
Yang bawah bulan April (harus dihabiskan secepat mungkin)
Dan yang atas adalah bulan July.
Yang dok menyewa di rumah mertua ku lagi da kompom habis April.
So ada yang May dan June sahaja disana.

Sebelum ni saya pernah bekalkan 15 Oz ke nursery sebab nak cepat sikit habiskan frozen April.
Tapi bila hari jumaat saya nak bawak balik susu sebab Sabtu Awatif xgi skolah,
nursery pulangkan balik yang saya bekalkan hari tu 3 plastik.
Rupanya yang hari2 sebelum itu memang tak habis.
So tak boleh jadi.. Nanti drg kasi susu frozen pulak.
udahnya saya kasi ngam2 12 Oz.

Satu keburukan guna disposal plastic liner ini adalah kita tak dapat tahu kegunaan anak kita sebab platik itu dibuang.
Klu botol kita boleh tahu berdasarkan botol yang dipulangkan.
Tapi nak pakai botol malas nak membasuh dan space penyimpanan tak maksimum.
Heeee.

Ok ini sahaja perkongsian ilmiah kita hari ini.
***Tiada unsur menunjuk disini, harap tiada yang salah sangka, seikhlas hati sekadar berkongsi tips, harap maaf jika ada yang tersalah sangka**



4 comments:

EllyEllies said...

nice..elly salin letak dlam botol for every feeding dari liner tu..senang nak check gune banyak mane..sb kdg2 nursery xreti nak bajet bnyak mane nak bagi skali minum..huhu

Siti Rohayah said...

kalo gune plastik.. slalu mcm ada sisa mcm lemak bhgian atas.. btol x? sy x suka bekukn ebm tp kalo x beku mcmana nk simpan lama btol? utk ank kedua ni sy try bli botol byk2 supaya ebm dpt isi dlm botol n gune botol mcm mudahkn skit kerja even mmg kena gune byk space tp sng nk bg ank susu... ye ke.. ank sulung sy berjaya bf sampai dia setahun 6bln je pastu sy pregnant.. skang mcm xde susu dah tp dia still nk isap.. huhuhue..
sori la komen pjg2 lak.. nice n3 :)

Mama Lynd said...

Elly : Malas basuh botol..!!! Pengakuan jujur..

Mama Lynd said...

Siti Rohaya : Klu guna botol pun berlemak kat bahagian atas. Tp klu guna plastik kita boleh gosok plastik tu unutk keluarkan lemak. Kalau guna botol mmg susah and sayang lemak tu terbuang. Tah niah kerana berjya menyusukan permata hati..