Pages

Thursday, September 30, 2010

Status 30 Sept

Hari terakhir dibulan September bagi 2010.
Sok da oktober.
Lagi 3 bulan 2011.

Hari ni ku pening.
Nak muntah.
Check blood pressure kt inhouse klinik 90/60.
Konsider rendah.
Nak kata tak cukup tido malam tadi tido awal.
11.30pm.
Bangun kol 5.30 am.
Pening.
Rasa cam nk tongkat je kepala ni.

Keja kat opis ni banyak.
Jangan la tak sihat.
Minggu depan nak kena bersarang kat supplier.
Aduihhhhhh..

Hasil tenusu kurang memberangsangkan.
Stok zero.
Hari2 production kena fully supply untuk kaseh nursery.
Klu short?

Ya Allah.
Kuatkan la semangat ku.
Peninggggggg.....
Nak Tumbanggggggg.

Imaan Da Setahun GiveAway

Imaan da Besar.
Da Setahun da permata hati Zarip ngan Lea ni.
Ibu Imaan buat GA sempena besday permata hati drg ni.
Sila la melawat Imaan09 untuk keterangan lanjut.


Hepi Besday Ruhil Imaan binti Mohd Zarif.
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilimpahi rahmat,
diberikan kesihatan yang baik dan dijauhkan dari segala keburukan.

Amiin Ya Allah.

Kepada Ibu dan Bapak Imaan,
Tahniah kerana berjaya menjaga anak comel ini dengan baik.
Dan gudluck untuk membesar dan membentuk Imaan hingga akhir hayat.

Tuesday, September 28, 2010

Dari Ibu ke Ibu

N3 ni berikutan N3 Imaan09 dalam hal mendidik anak2.
Sapa lah saya nak menasihat apatah lagi memberi pendapat tapi just sharing info.
Bleh kita sama2 amalkan.

Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba......

bestkan jadi seorang ibu....

Monday, September 27, 2010

Selamat Hari Raya


Toing..Toing..
Ku timbul kembali.
Setalah sekian lama menghilang.
Ku tak ilang.
Ada je kat sini.
Just bukak pintu rumah.
G jenguk rumah orang pastu blah.
Tak masuk pun.
Apatah lagi nak bagitau yang aku ada kat rumah?
Ada orang cari aku ?
Hahahahahahah..
Ada orang kesah ke?
Apa benda la yang aku melalut ni.

Sorry la kawan-kawan.
Mood nak buat N3 ntah tercicir kat mana.
So just jd silent reader blog kawan2 je.

Kan best klu terpikir je nak bt N3 apa secara automatik sume da publish.
Ni nak kena pikir ayat, menaip tu yang xmai tu.

Apa2 pun kami sekeluarga mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA
DAN
MAAF ZAHIR DAN BATIN ATAS SEGALA KETELANJURAN KATA DAN PERBUATAN KEPADA KAWAN.
(Quite late but Late is better than never)




Friday, September 3, 2010

Telepon ku Hilang

Seperti yang dinyatakan di atas.
Itu lah dia.
So skrg den xder tepon.
Hilang malam tadi.
Dimana dan bagaimana...
Usah la dicerita.
Akan mengundang kehampaan.
Apa yang ku nak citer.
Kenangan bersama telipon tu.
K770i
Credit to Pakcik Google

Tepon ni En Suami ku yang kasi lbh krg setahun yang lepas.
Asalnya dia nak beli hp dia je.
Tapi dia mybe sedih tengok aku pandang je HP baru dia.
So dia belikan jugak la untuk aku.
I lap u bebez.
Aku beli hp ni time bulan puasa hilang pun bulan puasa.

Aku suke hp ni sbb camera dia bleh la dikatakan best la bagi ketogori hp low class.
Gambar yang ku tempek kat rumah kecik ku ini sume hasil kerja dia la.
Aku spesis yang malas bawak camera.
So hp ni sangat berguna untuk aku.
Lagi2 lepas kehadiran Kaseh Melissa Lyana.
Gambarnya di snap dimana sahaja.
Sib baik semalam ku terpikir nak transfer sume gambar dr hp ke pc.
Wahhhhh.
Tu la harta karun ku yang paling berharga.

Hp ni berjasa jugak bila aku mengepam sbb dia ada touch light kat blakang.
So kadang2 bila ada orang matikan lampu pantry hp ni la jadi peneman aku.
Kadang2 ku membaca sambil mengepam.
So hp ni berjasa sangat untuk aku.

Selamat tinggal sayang.
Hp baru?
Tengah pikir2 nak hp apa.
Kalau bleh nak tukar pakai Norkiah pulak. (NOKIA)
Yang pasti hp baru ku kena ada camare yang berkualiti dan ada touch light.
Hehehehehe.
Touch screen ke?
Ku tak berapa berkenan sbb ku ni takde la sopan santun mane bila nak menekan tu.
Sok nak kuar cari hp ngan En Suami ku.



Thursday, September 2, 2010

Kaseh @ 6 Month





Anak Mama da 6 bulan
020310
6 bulan lepas time2 gini dalam kol 11.00 am ni mama tengah baring kat katil ospital.
Dok tengah layan contraction.
Jap lagi dalam kol 2.58 pm Kaseh "eweqqqq...eweqqqqq"
kuar da diaaaa.

Hari ni...?
Kaseh kat skool..
Mama kat opis..
Apa la Kaseh buat sekarang ni.
Alamakkk..
Terindu lak kat anak mama yang tomot2 tu.


6 bulan lepas Kaseh baru nak kuar.
Hari ni..?
Macam2 Kaseh da tau buat.
Dengan berbekalkan SUSU IBU milik Kaseh sepenuhnya.
Dari berat masa lahir 3.52 kg dan sekarang 6.58 kg.
Patut la tangan mama lenguh tokong Kaseh lama2.

Skrg Kaseh da sebok nak merangkak.
Pasisi da dapat.
Tapi melangkah je belum.


Percaya tak yang Kaseh da leh sebut "Mama"
Bila nampak je aku'
"Urmmmmmmm...Ma"
"Urmmmmmmmm...Ma..Ma"
Kadang2 kubiar je dia sebut lama2.
Hehehehehe.
Bila ku datang..
Dia buat sengeh besar..
Menyeringai kuar kusi.
Geraaaammm je.



Semalam papa cakap Kaseh da pandai cari botol susu sendiri.
Pastu baring nenen sendiri.
Mesti Kaseh pikir "Papa ni lambat la. Orang da lapar"

Solid Food?
Da start da skit2 kasi bubur kosong.
Pasni mama nak campur2 lak.

EBM Kaseh?
Langsai.
Sorry sayang.
2 hari lepas mama buka fridge.
Langsung takder.
Mama akan usahakan supaya Kaseh dapat hak Kaseh sampai Kaseh 2 tahun.

Selingan.
31 Aug hari tu genap 6 tahun mama n papa bercintan cintun.
6 tahun lepas kami ber2.
Tahun ni da ada orang ke-3.

Apa-apa pun kami bahagia dengan keluarga kecik kami.
Semoga kami sentiasa diberkati dan dikurniakan kebahagiaan sampai bila2.


Award and Tag dr Ayu

Salah 1 blog wajib terjah ku telah mengetag sapa2 yang terjah blog dia.
Cik Ayu, kita amik eak.
Dan dengan gaya takder keje ku jawab tagnya.

1. Apa yang sedang bermain di fikiran sekarang?
Dok pikir pasal anak sorang kawan yang baru dilahirkan.
Doktor ckp anak dia ada SEPSIS.
Tapi tak xplain sepsis tu apa.
Ku tepon kawan ku merupakan srg doktor.
Sepsis tu merupakan penyakit yang disebabkan bila terlalu banyak mikro organisma dalam badan.
Bukan merupakan penyakit keturunan tau.
Ermmm.. Nak citer panjang sangat lak.
Hehehehehe..

2. Apakah nama samaran anda?
Banyak..Hehehehe
Lynd2310 - Banyak ID ku guna yang ni. 2310 tu besday ku 23 Oct
Lynd - Kebanyakkan mmg ni la.
Linda - Biasanya kawan2 kat opis panggil.
Lat - Singkatan bagi LALAT. Sbb ku ada tahi lalat kat dagu. Panggilan dari sek ren smpi Sek Menengah untuk budak laki je.
Siti - Bos tempat keje lama dan zaman kecik2 dulu bonda ku panggil bila nak marah aku.
Banyak sangat nak senaraikan sume.

3. Berikan 3 orang yang anda sayang
Kaseh Melissa Lyana - Anakanda terchenta
Mohd Ridho - Suami terchenta
Mak and Ayah

4. Panggilan untuk si dia
Aku / Ko / Wei - Masa berkawan
Abang - Dari couple sampai la skrg
Papa - Start dari pegnen sampai la skrg

5. Hadiah yang diimpikan oleh orang yang teristimewa
Nak bercuti ke Pulau Sipadan / Cameron Highland / Kota Kinabalu / Pulau Redang

6. Blog yang anda suka visit
Tak larat den nak listkan sume.
Tapi mostly den suke blog rakan seperjuangan dalam dunia penyusuan ibu.

7. Taggedkan kepada :
Malu la den nak tag orang. Sbb rumah kecik den ni tak ramai pelawat. So sapa sangat la den nak tag.
Tapi den cubo la.
Imaan09
Umialya
Kak Nur
Dan Sapo2 la yang melawat rumah kecik den ni.

Wednesday, September 1, 2010

Cerita EBM ku..

Kalau korang perasan la.
Ku akan citer pasal EBM ku bila ada problem je.
Hehehehe.
Itu lah yang terjadi sekarang.
Boleh dikatakan hasil tenusu cukup2.
Bila malas akan jadi tak cukup.
Curik stok.
Curik punyer curik.
Malam tadi menggelupur.
Stok EBM ku 0 (KOSONG)
Ku terkompius ngan stok frozen bubur nasi Kaseh.
Menggelupur malam tadi mengepam sbb tak cukup 1 botol lagi.
Ku usahakan pam subuh tadi
**Da seminggu aku skip pam time sahur**
Dapat la cukup2.
So skrg ku kena make sure production ku kena cukup.
Waaaaa...
Masakkkkkk...
Tu la ko cik lynd. Curik tulang lagi.

1 persoalan ku.
Kalau ku pam time cuti ke pas Kaseh nenen ke...
Kalau tiba2 Kaseh nak nenen lagi ada ke susu lagi untuk dia?
Salah 1 faktor ku tak pam time cuti adalah takut Kaseh tak cukup nenen direct nnt.
**Tu salah 1 faktor selain dari Mxxxx**

So ku blog walking la blog2 rakan seperjuangan.
Antara fakta yang ku dapat :

1. 1 blog yang ku jumpa hari ni. Dia mmg pam time weekend. So bila ada orang tanya ada susu ke bila baby nak nenen. Dia cakap
"korang jangan set dlm kepala, bila pam anak nak susu, susu xde..susu ada sebenarnya..cuma kepala je set xde..kalau susu xde, tidak la anak saya bulat begitu..haahahha"
Bleh jenguk disini.

2. Kalau buat power pumping, kalau 2ng round tak kuar susu pun per.
Teruskan je. Sbb kita nak bagi signal kat badan yang "we need susu more and more"

3. Salah 1 cara nak upkan hasil tenusu. Pas nenenkan baby direct sambung terus mengepam.
Ni untuk bagitau susu "we need more and more"

Sooooo, Cik Lynd teruskan perjuangan anda.

Saya Nak Breastfeed Anak Saya Nanti.

Terpikir nak buat N3 ni berikutan kejadian kat Jusco Bukit Raja malam senin yang lalu.
Ku g Jusco malam tu sbb kunun2 nak soping raya looo.
Da penat jalan ktrg dok la kejap kat kerusi sbb kaki aku sakit pakai kasut yang tak best.
Dok lepak2 tu nampak la 1 couple tengah nak cari kerusi.
Isterinya pegnen.
Ku pun suruh la En suami kasi space skit.
So isteri pun duduk la.
Suaminya ntah g mane.
Ku tengok dia beli barang baby.
Ku pun dengan tanpa berpikir panjang,
"Kak, cari barang baby ke? Kat tesco Setia Alam ada kedai baby nak tutup. Sume barang dia jual separuh harga."
Pastu bermula la perbualan kami citer pasal barang baby.
Ku cakap la yang botol susu pun ada yang kedai tu jual murah.
Pastu dia tanya "Masa awal2 ni perlu ke botol susu?"
Ku pun dianugerahkan kebijaksaan dengan pantasnya oleh Allah,
"Nanti nak breastfeed anak ke?"
"Niatnya macam tu la"
Apa lagi ku pun bercerita la.
Bermula dengan Kaseh da 6 bulan hanya minum susu ibu.
Dia pun cam xcited.
Apa tah lagi aku.
Hehehehehe.
Ku minta no email dia nnt ku leh email per2 yang patut.
Skli dia kasi no tepon skli.
Yela tak kan kita nak minta no tepon kan.
Sampai la suami dia datang.
Suami dia pun OK je.
Ku cakap jugak
"Sori la. Gaya akak mmg macam nak jual barang tapi akak suke sangat citer psal BF ni"
"Jangan takut tau. Jangan pikir akak ada hiding agenda"

Huhuhuhuhu.
Tak pasal2 ku tambah kenalan baru.
Ku kasi blog and web yang berguna untuk BF.
Semoga ku berjaya membawa seorang lagi ibu kembali ke fitrah.

Mama Kaseh membebel :
**Awalnya ku panggil dia "AKAK" tapi bila ditanya rupanya dia lagi muda dari aku.
**Sampai sekarang ku tak tau nama dia.
**Kalau jual barang ke aku jual insuran ke mesti aku berjaya.
**Agak2 pasangan tu heran tak pasal aku dok citer pasal BF ni.
**Huhuhuhu. Aku da leh jadi Peer Counselor ke?
**Betul tau kedai baby kat Tesco Setia Alam nak tutup. Sume barang jual separuh harga. Aku g 2x g borong baju Kaseh.
**Nanti nak buat N3 pengenalan BF untuk ibu baru.