Pages

Sunday, November 6, 2011

Hanya Yang Terbaik

Setiap ibu ingin yang terbaik untuk anaknya.
Bukan dari segi kebendaan.
Tapi dari segi sahsiah, Iman, Kesihatan, dan segala-galanya.

Sebagai ibu, mama nak anak ibu menjadi manusia yang berguna pada agama, masyarakat dan diri sendiri.
Mama sentiasa berfikir bagaimana ingin membentuk anak-anak mama
supaya menjadi anak yang baik dari segala segi.
Mama tidak mahu anak-anak mama menyusahkan orang lain dan dibenci orang lain.
Jika mama gagal membentuk anak-anak mama,
mama akan merasa kecewa.

Mama minta maaf sayang.
Mama marah kerana mama tak mahu mama menyesal dikemudian hari
dan anak-anak mama menyalahkan mama.

Maafkan mama sayang.
Mama hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak mama.

Mama sayangkan anak-anak mama.

No comments: