Pages

Tuesday, August 7, 2012

Rutin Penjagaan Wajah Berjerawat

Assalamualaikum.
Ada mood nak buat entry ilmiah.
Agak lari dari topik biasa seperti kisah anak-anak, breastfeeding, home organising dan lain.
Tapi masih menyentuh hal-hal wanita.

Saya nak share produk penjagaan wajah yang saya guna.
Diingatkan ye, setiap keberkesanan sesuatu produk kecantikan bergantung kepada individu.
Jika pada saya ia berkesan pada orang lain belum tentu.
So review saya ini hanya sekadar perkongsian.

Background sikit pasal kulit saya.
Berjerawat dan kulit jenis kombinasi.
Means dibahagian Zone T saya berminyak dan pipi kering.
Jika dulu saya memang tidak mengambil berat mengenai penjagaan wajah.
Cukup sekadar cuci muka guna facial wash dan tempek bedak baby.
Then keluar lah kemana sahaja walaupun kehujung dunia.
ada juga pergi facial tapi ikut mood.
Kalau facial gempak camner pun then kat rumah tiada penjagaan lain takder guna juga.
**Pop.. teringat peristiwa ngeri / kelakar masa facial. Lain kali citer.**

Tapi sejak beranak dua, dan usia makin merangkak ke usia matang.
Huaaa... matang.
Mula sedar yang jika tidak dijaga dari sekarang bila da berumur nanti langkah pembetulan akan semakin sukar.

Saya tak banyak bertukar-tukar produk.
Kalau ada pun saya guna tak konsisten.
Secara keseluruhannya memang saya kurang berhabis bab-bab gini.
Dulu la, tapi sekarang saya study apa penjagaan kulit yang diperlukan, 
search product, tengok review dan beli.

Buat masa sekarang,
ini yang saya gunakan.

 

Saya akan cuba review satu persatu.

Cleanser : Eucerin White Solution 
(Tiada dalam gambar di atas)



Masa beli ni tengah ada promotion.
Buy 1 free 1.
Sebelum ini saya guna Hada Labo



Pun Ok.
Bila da habis saya rasa nak tukar ke Eucerin dimana productnya 
Dermatological tested kan.
So tukar la.
Pada saya, saya suka Hada Labo lagi kot.
Ciri-ciri pencuci yang saya suka adalah tak mengeringkan kulit dan tidak juga melekit selepas dibilas.
Sebab ada sesetengah pencuci tu rasa macam tak konfiden je kulit dah bersih.

Lotion / Toner : Hada Labo



Beli setahun lepas lagi.
Tak habis-habis sebab 2-3 bulan ni je yang beria nak pakai.
Jangan salah sangka ye dengan istilah LOTION.
Kalau orang kita penggunaannya macam toner la.
Digunakan selepas cuci muka.

Product dari jepun masuk ke pasaran Malaysia lebih kurang 2 tahun lepas kot.
Masa tu memang dekat Jepun product ni memang glamor habis la.
Terjual 1 botol dalam setiap 4 saat.
(Tag line dorang masa tu la)
Ada yang cakap SKII version murahan la.
Harganya RM 4+ kot.
Tak ingat.

Cara guna, selepas cuci muka dan lapkan dengan tuala bersih,
titikkan 3-5 titik di tapak tangan dan tepuk2 kan diwajah.
Product ni tanpa alkohol so memang ia lambat diserap.
So tepuk2 sampai rasa semuanya sudah diserap kulit.
Mula2 je rasa melekit tapi lama-lama OK.
Ia berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit.
And bahannya lembut sebab ada sesetengah toner yang kita dapat rasa pedih/ sejuk apabila disapu di wajah.
Yang ni memang terbaek dan tiada niat nak tukar.

Serum : Adha Serum Vitamin C



Baru guna sebulan lepas.
Tak pernah dengah brand ni?
Terbaca di blog seorang yang mempunyai kulit yang sensitif.
Review beliau : Ia berkesan untuk mengurangkan parut jerawat, mengawal penghasilan black head dan white head.
Produk ni dari Indonesia.
Dah baca tu rasa cam berminat, terus order.
Google je Adha Serum, blog dia je review dengan sempurnanya.
Da sebulan pakai, terasa perubahannya.
(Tak tahu la sebab produk ni atau sebab lain)
Tapi as long as tak memberikan kesan sampingan lain consider as ok la.
Cara pakai, lepas pakai lotion Hada Labo, titikkan Serum Adha Vitamin C ni ditapak tangan dan tepuk-tepuk pada wajah.
Senang je.
Terfikir gak kalau orang ni da tak jual serum ni, mana nak cari ganti and nak tukar brand, brand apa yang ok sebab ni first time pakai serum.
Sapa yang lain pernah guna produk ni?
Any review?

Moisturizer : Eucerin Hydrating Care



Sebelum ni guna yang ni.



Tapi nampaknya sudah tak dikeluarkan.
Produk memang untuk kulit yang berjerawat.
Kalau product Eucerin kalau range warna hijau tu memang untuk muka berjerawat.
Yang bestnya memang sesuai la dengan saya.
Product ni tak berminyak.
Cara pakai, just sapu je di wajah dengan gerakan membulat tapi hala ke atas.
Urut wajah sampai fully absorb, urutan ni juga bagus dalam menggalak pengaliran darah ke wajah.

Sunblock : Loreal



Sebab termakan pujukan juru jual.
Apa daa..
Masa tu memang nak cari sun block tapi tak buat research lagi so bila salesgirl tu da suggest main amik je.
Tapi Ok je sebenarnya.
Just tak tahan sebab berminyak.
Then nak kena sapu compact powder betul2 supaya kurang berkilat muka ni.
So sambil-sambil pakai dan dah tinggal sikit je,
search jugak la product sun block lain.
Sun block penting ye untuk mengelakkan tanda2 penuaan yang disebabkan cahaya matahari.
Huaaa... sensitif sikit perkataan TUA ni.

Sun Block + Foundation : Cosmodern


Baru guna seminggu.
Selesai masalah sunblock Loreal tadi.
Tak berminyak dan teksture ringan.
Tapi bila da namanya foundation memang kena sapu betul-betul.
kalau tak nampak comot.
So far memang suka sebab tak berminyak.
Saya guna kod no 03 - Natural Beige.
Product tempatan dan boleh didapati di Guardian dan juga melalui online.
So far memang best.

2 Way Cake : Miyami Cosway



Baca review macam bagus.
So bila compact powder Maybelline da habis so beli la yang ni memandangkan da jadi ahli Cosway.
Ok la, tak rasa "berhabuk" macam Maybeline.

Penjagaan Lain-lain.

Masker : Bioglo Cosway


Bioglo Deep Cleansing Mask.
Beauty Is Pain.
Itu lah yang boleh saya kata.
Jenis peel off mask.
And it's really peel.
Kalau ada rambut2 halus di muka memang yang tu sekali dia kasi tarik.
Warna hitam ni lah yang menyebabkan Kaseh menangis taknak pandang muka saya. Dia takut.
Tak pasal-pasal kena marah dengan En Suami sebab dalam banyak2 jenis kenapa hitam yang dipilih.
Hitam itu menawan En Abang.
Sudahnya saya hanya boleh bermasker bila anak da tido atau sebelum anak bangun tido.
Hasilnya memang best.
Tarasa semua kotoran ditarik sekali.

Scrup : Tomato



Pun sumber dari Google.
Wajag berjerawat tak ealok guna scrup yang berbijik2 tu sebab ia akan mencalarkan kulit wajah dan menyebabkan bakteria merebak ke tempat lain.
So sejak 2-3 bulan lepas hanya guna tomato untuk scrup sebelum saya pakai masker.
Jimat, sumber dari alam.
Heeee..

Suppliment : Evening PrimRose Oil (Cosway)


Cuba Google kebaikan Evening Primrose Oil (EPO)
Memang baik untuk wanita.
Antaranya bagi mengelakkan senggugut bila datang bulan (Faktor utama pengambil EPO untuk saya)
Dan faktor ke-2, baik untuk kulit.
Saya amik Cosway juga.

Panjangnya Entry ni..!!!
Sebenarnya rutin harian tidak la panjang mana.
Rumusannya begini.

Pagi
Pencuci --> Hada Labo Lotion --> Adha Serum Vitamin C --> Eucerin Moisturizer --> Sun Block + Foundation --> Miyami 2 Way Cake

Malam
Pencuci --> Hada Labo Lotion --> Adha Serum Vitamin C

Boleh dikatakan 2 bulan la saya betul2 ikut rutin ni dan saya dapat rasa beza muka saya ringan dari jerawat.
kalau ada sebijik 2 pun parut tak clear sangat.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa saya campur2 brand.
Kenapa tak guna Eucering je dari pencuci, toner,serum, plembab dan lain2.

Seperti yang saya jelaskna saya ganti sesuatu produk hanya bila sudah habis,
so jika hanya moisturizer sahaja yang habis saya beli je la, toner takkan saya nak tukar juga.
Dan bila saya tengok all the combination brand can work together why not i just proceed it.

Dan saya tak spesifikkan mana2 produk yang berkesan sebab saya mulakan semua skali so banyak sangat yang mempengaruhi so tidak adil jika saya hanya point to 1 produk sahaja yang berkesan.
Apa yang penting kerjasama semua pihak.
Huaaaa.. Ayat.

Cantik sangat ke saya sekarang?
Semestinya tidak.
Just better than dulu.
Dulu jerawat berkembang pesat dan berlumba-lumba untuk hidup subur di permukaan kulit saya.
Sekarang, saya hanya benarkan seketui sahaja yang tumbuh dalam 1 masa.
Yang lain ikut turn tumbuh lain kali.

So far ini sahaja perkongsian saya.
Terima Kasih.


9 comments:

Imaan09 said...

RAJINNYA kamu..

Unknown said...

Rajin buat entry? Ke rajin menenyeh muka tak cantik ni?

Fizah said...

aku hny pakai satu je..iaitu cleanser anew avon. tak serajin kamu..huk huk

Unknown said...

Fizah : Sejak beranak dua mmg agak concern psl penampilan. Tak suka ada ayat 'baru anak 2 da mcm tu rupanya"
padahal dr dulu aku mmg sememeh xder kaitan dengan anak.

ainraus said...

thank you sis for this entry!
at least i know my step tak salah. hihihihi. salam perkenalan!

Unknown said...

ainraus : Salam kenal. Saya pun bca blog dan bt rEeasearch. Dan memandangkan stage skrg adalah keadaan terbaik wajah saya tu y sy berani kongsi. Harap berguna.

dinklate said...

Salam,aku bab mekap-mekap ni kurang sikit,kekadang product pun tak kenal.akukan lelaki,tetapi rasa nak cari jugak product untuk lelaki,yang paling penting sesuai dengan diri aku dan tak gatal-gatal atau kesan sampingan..

Anonymous said...

untuk dapatkan set produk adha atau serum vitamin c adha leh sms 0125660394..produk original dari indonesia..

Vee said...

Hye,I am selling eskinol deep facial cleanser online..u contact me through whatsapp or telegram +60138440073..