Pages

Saturday, March 24, 2012

Product Cosway

Saya bukanlah orang catalog.
Maksud saya bukan suka beli product menggunakan catalog.
Tupperware ke, Avon ke, Cosway ke, Amway ke..
Pendapat ku mengenai product tersebut :

Tupperware - (Produk Bekas Plastik)

 Produk plastik yang cantik2 tapi mahal.
(Tupperware ada kaca ke? Disamping product kecantikan kan?)
Last katalog yang ku tertengok tahun lepas.
Padaku produk Tupperware yang berasaskan Organising mmg agak menarik.
Macam ada bekas beras 



Nampak tersusun dan praktikal.
 Tapi tengok la harganya.
Omak aiii..
Boleh buat simpan beras bekalan kami 2 tahun.
Pastu ada rangkaian set storage yang khas untuk simpan makanan mentah kat freezer la.
Ada teknologi yang digunakan untuk membuatkan makanan tahan lama la.
Tapi pada ku tetap mahal..!!!

Kalau set karton2 ke apa memang klu tak minat.
Buat koleksi..?
Benda terakhir yang ku fikir sbb ku tak suke simpan barang yang tak digunakan.
(Kadang2 bl tegok set gelas hadiah masa kahwin dulu, dok terpikir.. Bila la aku nak guna ni)

Naik heran orang yang siap main kutu lagi untuk benda2 sebegini.
Tapi ada gak trend suke buat makan kat opis,
masing2 bawak bekas cantik.. pastu tanya 

A : ko beli yang promosi bila ni?
B : Ni aku beli yang tahun lepas tu, masa bonus tu, baru je bukak ni.

Omak aihhh.. Duit bonus buat beli tupperware?
Tahun lepas baru bukak tahun ni?

Kalau ku bawak je bekas plastik yang biasa klu beli laksa tu ke drg guna tu / taufoofaa ke.
Pas bawak g jamuan ke apa ke boleh terus buang.
Heeeee... Pemalas.

**Apa da jadi citer tupperware ni?**

Mungkin sebab prestijnya nama TUPPERWARE ini.

AVON - Macam2 ada

Kalau orang suruh tengok..
Awal-awal dulu - 
Tengok kat perfume kot. Murah la. Tapi takder la ekstrem sangat. Sekadar mungkin nak berbasa-basi dengan kawan-kawan yang jual product ni.


Satu ketika Dahulu - 
Ku menjadi pengguna setia 1 jenis underware Avon yang kalau kita pakai uniform takkan kelihatan line panties.
Kalau uniform tempat lama dulu / pakai seluar slack warna terang,
malu tengok ada kawan2 yang ternampak line panties tu.
Siap ada yang renda2 pun boleh nampak.
So ku tertengok la kat katalog AVON, terjumpa da ku beli la.
Order ngan kawan.

Pastu masa lahirkan Kaseh, ku nak cari Nursing Bra..
Masa tu terpikir AVON je.
Dalam pantang g stokis Avon yang baru bukak kat area rumah,
beli sehelai dan siap masuk ahli sebab ku pikir pas ni mesti kena beli banyak lagi nursing bra. 
Kalau masuk ahli dapat la murah.
Pastu, bila da pakai.. Hampeh..
Rendanya menggataikan.
Kainnya nipis, kalu pakai T-Shirt boleh nampak cik N.
Takder la lagi ku beli.

Sudah tu maner pernah ku beli barang Avon lain.
Bab kosmetik ke, gelang ke, jam ke brooch ke, xdoknya..

COSWAY - Macam2 ada.

Dulu masa kat tempat lama, ada seorang kakak ni jual.
Ku suke barang2 organising Cosway.
Untuk barang2 kecantikan ke mmg ku tak berminat nak tengok.

Ada gak la order.
Pada ku inovatif, dan murah.
2-3 kali gak la order,
skali beli Evening Prime Rose (Sbb murah, klu kat farmacy mahal gak)
Yang lain sume barang organising untuk kete la, rumah la.
Lepas tu da xder da ku order sbb ku da tukar keje.
Tapi tahap nak beli pun setakat cuci2 mata je.

Selain dengan akak tu,
ku perasan kalau kat rumah maksu ku, sume barang Cosway.
Pencuci pinggan mangkuk dan pakaian.
Dan vitamin dia pun sama.

Pastu 2-3 menjak ni, ku perasan banyak betul kedai Cosway kat area sini.
Macam Avon, agak susah nk jumpa dalam 1 kawasan.
Cosway ni, kat Tesco - ADA, kat Giant (berhadapan dengan Tesco je) - ADA
Kat sebelah bank tu kawan ku bukak kedai (Terserempak sebenarnya)
Signboard bukan Cosway, tapi bila masuk dia kata dia jual barang berasaskan organik termasuk Cosway.
 Ku tetap tak amik port.
Sebab takder benda ku nak cari.

Tapi malam tadi, kuar gi Giant,
lepak kat tempat mainan sementara baj tunggu orang.
Dah berpuluh kali pergi pun tak pernah terpikir nak masuk Cosway.
Asik masuk kedai jamu je walaupun sekadar pusing2.

Masuk je la buat muka tak malu.
Sekadar nak pusing2.
Terdetik.. Rasanya Kak Fiza dulu jual barang Cosway la.
Yang aku selalu beli barang2 organising dulu.
Terpandang la barang2 / kotak2 organising kat rak.
Yela.. Da lama tak tengok katalog dia.
Gi kaunter.. Tanya amoi tu.. Kalau tak jadi ahli memang tak dapat katalog eak?
At the same time mata da tertangkap tray yang memang ku cari untuk project organising work space tu.
Terus sambar..

Amoi tu cakap ye la.. Masuk ahli 30ringgit saja maaa..
Ouhh.. Aku dengan sepantas kilat..
Ok la I masuk ahli la.
Amoi tu macam terperanjat.. Aiyooo.. Senangnya.
Heeeee.
Dia suruh aku isi borang.. Sambil2 tu borak la.
Dia kata U balik dulu.. Tengok dulu apa yang U mau, baru datang lagi beli barang.
Heeee... (Aku letak balik tray tu)
Nampak sangat gelojoh aku.
Aku isi borang pun compang camping je sebab motif aku mmg nak katalog tu je.
Skli dia cakap "Kita akan hantar katalog promosi setiap bulan"
Aiyyooo.. Aku pun terus suruh dia baca dan taip betul2 alamat rumah aku.
Heeeee.. Rugi nanti tak dapat katalog.

Da setel sume.. Sambil tunggu Kaseh main, aku belek2 katalog tu.
Mak aku kat "Tak menyempat"
Memang la.. Tengah musim organising ni mmg eksited tgk brang organising.

Belek laju2 pun ku da rasa sukeeeeenyaaa..
Balik rumah.. Suami aku tanya apa tu?
Aku cakap la katalog Cosway.
Stop sampai situ.
Ku tak berani nak belek2 lagi sbb nnt En suami tanya banyak lagi pasal masuk ahli ni.
Nak tido pun dok terpikir lagi pasal katalog tu.

Bangun pagi, En Suami g keje, aku bangun semayang subug, terus turun bawah..
"STUDY" catalog tu puas2.
Yee.. Aku memilih untuk tidak sambung tido.
Punyer la dasat penangan organising cosway.
**Aku tengok kat bahagian organising je**

Da puas baru la ku jenguk2 bahagian lain.
Cam biasa.. tak menarik perhatian.

Terpikir la.. kenapa Cosway tak seglemer Tupperware and AVON?
Search la.. 
Ada review pasal produk pembersih dan kelengkapan rumah.
Agak memberangsangkan jugak la.
Dan yang penting murah.
Even lagi murah dari barang y ku beli kat Tesco dari jenama2 yang biasa kita dengar.

Ermmmm...
Ntah la.
Ku lagi suke barang organisingnya.
Dan ku tak paham sistem harganya sbnrnya.
Bukan cm AVON yang harga ahli adalah lebih murah 15% (Yeke?).
Cosway ni ikut coupon kot.
Tak paham.
Walau apa pun ku tetap akan g beli apa yang da ada kat dalam otak ku,
dan time tu la baru ku tanya drg punyer sistem point.
Apa yang penting barang yang ku nak  itu.
Heeeee...

**Sorry ye ini adalah pandangan peribadi dari seorang yang kurang berpengetahuan mengenai produk jualan langsung. Harap dimaafkan jika tersalah tafsiran..**

16 comments:

Amie said...

Assalamualaikum,
kongsi info barangan jualan langsung ye... tupperware paling kualiti, walaupun agak mahal tapi puas hati gunakannya. Salam kenal...:)

Imaan09 said...

pembawaan budak ke??haha..serius..xpenah pun nk beli brg cosway..bes ke? nnt melawat baby ko nk tgk katalog la..(niat terpesong aku ni)

Unknown said...

Arnie : Yupp. Itu review y plg banyak sy dengar. Salam kenalll..

Imaaa0n9 : Kalau ko check review Cosway, org bangi paling byk review.

zun said...

Saya baru je first time bli brg cosway, corset dn girdle sbb x thn sakit pggang. Yg nak bli pn sbb murah dn review kta slesa. Saya pn against barangan mahal mcm Tupperware, sbb bekas plastik murah pn sya puas ati pkai gak. Apa pun saya mmg ssh nak jd ahli mna2 jualan langsung ni sbb nnti asyk trdorong nak beli plk. So sya lebih ska bli bla prlu sja. Brng bagus dn berpatutan jd pilihan. BTW, sya pn dr bangi, salam perkenalan!

nor said...

Sesiapa yg ingin memiliki kedai Cosway Farmasi Serbaneka 1.2 million dengan MODAL RM 100 (business owner registration ) + RM 5000 ( dapat produk cosway yang bernilai 5000) sahaja!


Ditaja lagi PERCUMA dengan :
✔ PERCUMA Kos Renovation Kedai
✔ PERCUMA Sewa Bulanan Kedai Farmasi
✔ PERCUMA Bil bulanan Kedai ( spt elektrik, air, internet, telefon)
✔ PERCUMA Stok Barangan Produk bernilai 800k
✔ PERCUMA JuruFarmasi
✔ PERCUMA Latihan Intensif menguruskan perniagaan
✔ PERCUMA Sistem Keselamatan 24 jam
dan HAMPIR SEMUA KOS OPERASI DITANGGUNG!!!

Sebelum anda dapat kedai anda boleh menjana pendapatan RM700 - 10k .

This is reality ! Alhamdulillah....Ramai yg sudah berjaya .


Sabda Rasulullah :
تِسْعَةُ أَعْشَارِ الرِزْقِ فِي التِّجَارَةِ

“Sembilan dari sepuluh pintu rezeki ada dalam perniagaan"

012-3436524/013-2464527 for details :)

Unknown said...

Sy dah jadi member cosway hampir 10 tahun. Kenal produk cosway melalui ibu yg slalu beli brg kelengkapan rumah dan vitamin di cosway. Mmg puas hati sbb harganya x terlaku mahal, mampu milik.

Unknown said...

assalamualaikum. sy nk tanya. ada x yang jual barang cosway secara onine?

Unknown said...

Wslm Athirah. Raanay Cosway xder online.

Unknown said...

oh ye ke? so macam mne sy nk beli barang cosway selain kne g kedai dye ek? kawan2 sy x de pulak yg jual barang2 cosway ni.

Unknown said...

Puan tinggal area mana?

Unknown said...

saya tinggal dkt johor. tp skrg ni tgh study dekat melaka.

Unknown said...

melaka.

Unknown said...

ooo Saya tak sure la kat melaka kat mana cosway. Tapi saya cadangkan Athirah folow FB Saya Suka Susun Atur" kat situ ada beberapa tempat y drg cadangkan untuk susn atur ni. boleh tanya kat situ.

Unknown said...

ok2 tq .

ana said...

Assalamualaikum..salam perkenalan..dari aspek kualiti ok ke brg cosway ni?brg kesihatan dan kecntikn,dll..mmg berkualiti yer?

Anonymous said...

Salam spe2 berminat cosway sy ade jual area melaka