Pages

Monday, May 14, 2012

Tips Menu Mudah Semasa Berpantang

Saya akan cuba wrap up segala info dan
kenangan sepanjang berpantang sendiri ini.
Hari ke 44 pantang is on 12 May hari tu.
So secara officialnya saya dah habis pantang.
So minggu ni saya setelkan entry2 pantang dan buat persiapan anak-anak ke nursery.
21 May saya dah kena bertugas (Tu la sapa suruh cuti awal)

OK.. untuk entry ni saya kongsi respi simple saya sepanjang berpantang sediri ini.
Hasrus lah simple sebab nak masak sendiri.

Diawal-awal pantang sampai hari ke 15 bonda saya yang sediakan.
Menu biasa lah.. 
Sup ayam ke..
Ikan haruan dibakar atau direbus bersama halia, lada hitam, asam keping dan lada hitam.
Itu bahan2 basic untuk masakan dalam pantang yang boelh diganti dengan ayam atau ikan2 lain.

Yang saya nak share selepas 15 hari saya masak sendiri.
Kebanyakkan berunsur sup la sebab senang.
Campak je dan biar sambil saya melayan kerenah anak-anak.

Bahan utama ditukar2 la.
Samada sup ayam atau sup sayur.
Sayur wajib sepanjang pantang ini adalh brokoli dan sawi.
Kaseh suke makan brokoli so senang la untuk saya sediakan sekali aje.
Sawi pulak saya buat gaya aci rembat.
Kalau saya masak sup saya asingkan batang and daun sawi pastu bila sup ayam dah masak saya tumpangkan je sawi kat atas.
Nak kasi lembut je kan.
So jadilah begini.

Kat bawah ayam kat atas sawi.


Saya tak potong kecik-kecik sawi ni sebab susah nak kutip2 nanti bila bercampur dengan ayam/ brokoli.
Kalau besar senang nak asingkan.

Kan senang. Ngap je masuk mulut.

Menu feveret lain sepanjang pantang ni adalah Kari Ikan Tenggiri.
Saya amik dalam buku resepi dalam pantang.
Kari tanpa santang.
Bagus sebab ada rempah-rempahnya.
Cara masak senang je.

Tumbuk bawang merah and putih,
Gaul dengan 1-2 sudu rempah kari ikan.
Tumis bahan2 tadai dengan minyak yang sedikit.
Tumis juga kayu manis dan bunga cengkih.
Masukkan air.
Masukkan Ikan apabila air sudah mendidih.
Biarkan sehingga ikan masak.
So hasilnya begini.


 Sori la skill photografi xder.
Suke masak ni sebab senang, ikan tenggiri sedap dan rasa rempah kari yang membuatkan menu ni lain dari menu pantang yang lain.

Menu lain yang saya cuba adalah.
Ikan kukus.
Cara buat
tumbuk kunyit ngan bawang putih gaul pada ikan.
Gaulkan pada ikan.
Kukus ikan bersama hirisan halia dan air asam jawa.

Saya buat sekali je.
Sebab time saya cuba ni da last2 pantang so,
lidah ni dah tak berapa nak lalu makan masakan berhalia.
Yela.. Dah sebulan mengadap itu je.

Tips mudah lain yang Bonda tinggalkan sebelum balik kampung,
adalah ini.
Ini adalah lada hitam campur garam yang ditumbuk.
So jika saya hanya goreng ikan kering, celur sawi atau makan ulaman,
saya hanya perlu taburkan lada hitam ini bersama nasi panas dan makan.
Best sebab saya memang suke lada hitam.
Lada hitam ni bagus untuk memanaskan badan.
Lagipun saya tak boleh campukan lada hitam dalam masakan sebab Kaseh takkan nak makan pedas.

Dan juga Bonda saya telah menggoreng halia yang dihiris nipis dan memanjang.
Simpan dalam bekas dan boleh makan juga bersama nasi panas.
Kalau rajin boleh goreng tiap kali nak makan.

Saya suke makan ikan kering yang digoreng bersama hirisan halia dan bawang putih.

So ini sahaja lah tips2 resepi berpantang bagi orang yang perlu memasak dengan cepat dan dikongsi dengan anak.

Selamat mencuba.
 

4 comments:

Yatty said...

Good info sis..tq for sharing ;-)

sheila mutalib said...

Sedap gak menu org pantang ni kan.. sihat pulak tu...

Anonymous said...

Thanks for the tips

jida said...

Memang boleh kurus cepat semasa pantang sebab masakannya semua healthy.