Pages

Tuesday, June 5, 2012

Petua Ketika Mengandung : Kelapa vs Kopi

Saya tidak tahu samada secara kebetulan sahaja,
atau memang ada kaitannya.

Semasa mengandungkan Kaseh, ada seorang kakak bagitahu petua,
supaya minum air kelapa banyak2 lagi2 bila dah masuk 7 bulan.
Ini adalah petua bagi mendapatkan anak kulit bersih.
Saya buat la.
Anak 1st la katakan semuanya buat.
Almost setiap hari saya akan minum air kelapa tanpa ais dan gula.
Balik keje naik moto ngan En Suami, cari air kelapa.

Untuk anak ke-2, minum jugak tapi tak kerap.
Yang hari2 wajib minum kopi.
Nescafe suam.
Tak pun Kopi Mahkota Dewa.

Awatif lahir kulit gelap, dan menggelupas.
Kaseh agak cerah dan kulit dia tak pernah menggelupas.
Itu yang saya perasan.
Saya tanya orang2, dia kata kulit cerah tu mungkin kebetulan tapi yang kulit menggelupas tu adalah tujuan minum air kelapa.
Tapi bila minum air kelapa kulit dia da dicuci masa dalam perut lagi.
Haaaa..!!! boleh percaya ke?
Up to You.
Janji tak memudaratkan.

Dan petua buah delima.
Masa mengandungkan Kaseh, kerap makan buah delima.
Katanya nak dapat anak bibir merah.
Ada cerita delima semasa mengandung ni.
Masa saya kerja kilang lama.
Saya beli delima ni, kira mahal jugak.
RM 8 sebiji.
Saya makan di ofis,
bila dah habis separuh baru teringat y isteri kawan tu mengandung.
Hati aku ni kuat nak kasi separuh lagi kat isteri dia.
Walaupun kami xberapa rapat.
So saya bungkus dengan tisu dan pas kat suami dia.
Masa tu pikir tak per la sahre separuh2.

Malam tu adik ipar datang rumah.
Bawakkan 4 biji buah delima dari kedai yang sama.
So saya tahu la harganya.
Syukur.
Betul janji Allah, jika kita bersedekah, Allah akan memberikan rezeki berlipat kali ganda.

Tapi masa pegnent kan Awatif 4 bulan pegi Korea,
masa tu belom mula lagi beli delima.
Bila jalan2 kat sana jumpa la delima,
Merah menyala dan besar memang mengiurkan.
So beli la 2 biji.
Harga tak ingat la sbb dalam Won tak kisah sangat.
Rasanya memang indah kabar dari rupa.
Masam yang amat, saya tak pernah makan delima semasam tu.

Tak lama lepas balik Mesia, jumpa buah delima rupanya sebijik macam yang kat Korea tu.
Katanya dari Mesir.
Rm 10 sebijik.
Beli la.
Suami da cakap nnt masam macam hari tu.
Tanya la peniaga tu manis ke tak.
Jawab peniaga tu "Takder la manis macam gula"
Kerek giler.
Tapi beli jugak.
Tu la tak dengar ckp suami.
Masam jugak...!!!!!
Tak baik peniaga tu menipu cam tu.
rasanya mmg spesis masam la delima tu.
Saya tak tahu la asalk delima yang dibeli dari negara yang berlainan tu di tanam di negara yang sama ke.
"Cuaca Korea boleh tanam delima ke?"

Sudahnya mmg saya serik beli delima sampai la bersalin.
Anda percaya petua2 ini?
Asalkan tak memudaratkan apa salahnya diamalkan.

Anak kelapa ke..
 


Anak Kopi Ke..
 


2-2 adalah bintang hati saya

2 comments:

Imaan09 said...

haha.. anak kelapa n anak kopi..
aku makan jugak, tp sbb dlm Quran kata suh mkn klu ngandung..mungkin tu antara sbbnya, nk dpt anak bibir merah delima!

Anonymous said...

Buah delima asalnya memang manis..tapi xboleh simpan kat tempat sejuk..sebab buah delima ni buah yang tumbuh kat tempat panas..bile terdedah pada cuaca sejuk..buah delima akan jadi masam..so buah delima yg imported basically mmg akan masam sebab sewaktu transportation kne simpan dlm refrigerated kontena..so kalau nak delima yang manis..beli la buah delima local..saya pernah beli gak buah delima kat korea..beli 2 biji..sebiji makan terus..mmg manis..tp sebiji lagi simpan dlm peti ais..ble nak makan dah masam dah..