Pages

Thursday, February 24, 2011

Cerita dari Suri Rumah

Lupakan segala kekecewaan.
Apa yang ada kita terima.
Allah sedang menguji kita.
Terima je la apa yang ada.
** I'm talking about line tenet y sellow**

Nak update life ku sebagai suri rumah.
First of all, ku nak lafazkan MINTA MAAF kepada semua suri rumah seluruh dunia.
Sebelum ini ku anggap jadi suri rumah ni senang.
Tiada alasan untuk tidak menyelesaikan urusan rumah tangga.
Tapi tahukah anda, 1-1nya pekerjaan yang memerlukan komitmen 24/7 adalah surirumah.

Sebelum ni ku dok terpikir, nape la akak belakang rumah ni dok mesin kain pagi2 buta.
Padahal dok kat umah je, nape nak kena bangun awal-awal basuh baju,
sambil berperang dengan anak?

Huuuu.
Sekarang ni rasa cam nak g mintak maaf sambil cium tangan dia.
Meh nak citer pasal akak ni skit.
Akak ni ada 3 anak dan tengah pregnen.
Anak paling kecik pun umor 3 tahun.
Dia juga jaga baby orang lain y sebaya dengan Kaseh, disamping beberapa anak orang lain jugak.

So hidup dia aku taktau la macamana dia manage.
Ak yang anak sorang ni pun tunggang langgang.
Masalah utama aku, aku tak kenal anak aku sendiri,
Dengan ertikata directnya, AKU TAK PANDAI JAGA ANAK.
Ku ngaku, selama ni anto g nursery je, petang amik yang da siap kasi makan dan mandi.
Salin lampin pun malam sebelum tido je.
Hal rumah tangga?
Makan luar je, weekend je la klu nak masak pun.
tu pun aci kelat lari rumah mak mertua.
Makan kat sana.

Sekarang?
Cabaran tol menguruskan masa anak supaya kita leh buat keje rumah.
Dan bukan itu sahaja.
Hal perkembangan anak.
Fully loaded on me.

Semua orang nak anak bijak, bersifat baik.
Yang aku risau, Kaseh sepenuhya dalam jagaan aku.
Bila 1 hari nanti dia boleh bercakap, apa yang akan dia sebutkan?
Baik kah? Kasar kah? Sopan santun kah?
Semua itu merupakan cermin diri kita.

Mencabar bila jadi ibu sepenuh masa ni.

Aktiviti lain ku?
Last week ku g Kursus Penyusuan Susu Ibu - 20jam.
Anjuran Persatuan Pakar dan Penasihat Laktasi Malaysia,
yang bertempat di Hospital Kuala Lumpur.

Kenapa ku g kursus ni?
Setelah beberapa insiden orang mempersoalkan SIAPA AKU yang layakkah bercakap mengenai breastfeeding.
Ku amik keputusan untuk g kursus ni.
Berlaku jga insiden yang aku tak tau jawab bila orang tanya soklan mengenai masalah mereka.
So sewajarnya aku mendalami ilmu penyusuan susu ibu ni.
Perceritaan ku adalah berdasarkan HANYA pengalaman.
Aku manusia yang kerdil, aku sedar diri yang ilmu yang ku ada ini adalah bak
sebutir pasir dipantai.
Terlalu Kerdil dan tak disedari pun.
Pada ku, "My head is part of the world not the world is part of my head"

Ku suka bercerita mengenai Breastfeeding, tapi kadang2 ku sendiri tak tahu maksud yang ku katakan.

Contohnya, "Antibodi pertama bayi adalah colustrum."
Kenapa antibodi pertama bayi adalah colustrum ?
Bagaimana ia berfungsi?

Seronok bila segala persoalan ini dijawab.
Antara persoalan lain yang ku baru tahu,
Bagaimana skin to skin semasa selepas bersalin?
Kenapa kita tidak boleh dikasi air masak sebelum 6 bulan?
Apa hak kita sebagai ibu yang bersalin dihospital rakan bayi?
Dan banyk lagi.
Nanti ku kongsikan dalam N3 yang akan datang.

Antara pengalaman yang paling menyentuh perasaan adalah berjumpa dengan ibu-ibu yang baru bersalin.

Ada 1 kes ni, anak yang ke-3,
2 anak sebelumnya ada G6PD, so maybe yang baru ni pun ada.
Anak dia juga ada jaundise.
Masa kami tengah borak2 tiba2 datang nurse nak bawak anak dia ku NICU.
Masa tu dia tenga cuba nak susukan anaknya sebab anak dia tido.
Dia kucup dahi anak dia sebelum diserahkan ke nurse.
Air mata kau bergenang.
Ya Allah, ku tahu perasaan ibu itu.
Anak yang sepatutnya dipangku dikucup ketika itu diambil untuk rawatan.
Tapi kita harus bersyukur, ada orang lain yang anak mereka ada pelbagai lagi penyakit kronik.
Haaaa... Sesak nafas ibu menelan perasaan.

Ada kes lak, si suami tak sanggup tengok Doktor pegang anak dia.
masa di labour room, selepas baby keluar dia tengok doktor pegang anak dia.
Kasar katanya, dia keluar.
even masa nurse datang nak inject anak dia pun dia tak tengok.
Yang membuatkan dia istimewa, dia boleh mengaku yang dia tak sanggup tengok.
Setengah orang malu nak ngaku.
Even dia letak anak dia pun dia leh tanya aku "Ok ke leka cam ni?"
Hati seorang bapa yang tulus.
Dan dia xcited suruh isteri dia tanya kami macamana nak xclisive BF.
Bertuah anak itu.

Adakah aku akan menjadi Lactation Counselor?
InsyaAllah.
Impian kearah kebaikan.

Panjangnya cerita suri rumah.
Sampai sini dulu.
Doakan kelancaran tenet di rumahku ini supaya aku boleh berkongsi cerita lagi.
Assalamualaikum..

4 comments:

ayu said...

TAHNIAH LYND...SEMOGA BERJAYA KE ARAH ITU..


PSSTT...LAMA TAK DENGAR BERITA TAU..

ct N honey said...

saya surirumah sepenuh masa.6 org anak.lelaki.mmg setiap hari rasa tak ckup masa nak uruskan mereka semua.

umialya said...

Alhamdulillah, moga impian menjadi kenyataan

Kasehku said...

Ayu : Tenet umah ni problem skit la.

ct N honey : Kalau ada anugerah Wanita Paling Gagah mesti awak menang kan? Tabik la.

Kak Tini : Doakan kak, berkhidmat untuk masyarakat.