Pages

Monday, November 11, 2013

Bagaimana Nak Tahu Minat Anak..?

Asslamualaikum.

Perkara yang berlegar-legar kat kepala saya 2-3 menjak ni.
Saya tak tahu apa yang anak2 saya suka.

Saya ada tengok anak2 orang lain nampak kecenderungan minat apa.
Bagi contoh Ruhil Imaan dengan Princessnya.

Zakwan dengan Ironman dan Koleksi Kereta.

Anak buah saya Arfan dengan Ultramannya.

Tapi anak saya..?
Mungkin disebabkan saya tak dedahkan dia dengan benda2 gitu so cmner dia nak tau.
Ye idak?

Yang dia tahu kalau nampak laptop je nak Upin-Ipin.
Sampai kehidupan dia da ada sikit macam upin ipin.

Instead of KAKAK dia sebut AKAK (Kak Ros)
Nak makan ayam goreng Mael aje (Even KFC atau mak pak dia yang buat)
Berdengus cara upin ipin 
(Bunyi kiut tapi rasa tak sopan lak bila dah besar buat gitu)

Saya cuba nak beri pendedahan kepada sesuatu tapi tak tahu kat mana.
So random je la.

Saya pernah tanya sang suami, apa anak kita minat ye.
Suami saya kata buku.
Pantang pegi kedai nak buku.
Tak kisah la buku apa pun.

Minggu lepas saya deco2 sikit la bilik mainan dia.
nak tambah meja and kerusi tapi tak berani nak beli baru2 sebab takut nanti tak pakai.
So saya make over je la apa yang ada kat rumah.



Meja Jepun ni saya tampal cover baru kat atas dan belikan kerusi kecik kat Daiso untuk budak 2 ketui permata hati ni.

So far dah seminggu memang berguna la.


Wall Sticker tu beli kat Daiso.
Makcik suka.
Menyerlah kecomelan bilik ni.


Nampak tak adik Awatif itu?
Sungguh tekun..!!!!!
Saya mesti sengeh2 bila tengok gambar ni.
Hais2 rasa nak geget ketat2.

Kakak sekarang asik dengan "keje sekolah"
malam tadi masa ajak dia naik tido kat atas, dia kata nak siapkan keje sekolah dulu.
Keje sekolah dia banyak.

Sudahnya berebut buku dengan adik.
And buku tu koyak.
Marah betul dia.
Sebagai mak saya boleh bezakan marah dan saje menjerit.
Tapi malam tadi dia marah sambil nangis.
Saya rasa ni kali ke2 saya pernah nampak dia marah macam tu.
1st time dulu masa gitar dia pecah.
(Mama yang pecahkan)

Lepas peristiwa semalam saya dapat kenalpasti 1 sifat anak saya yang sangat sensitif bila barang dia rosak.
Dia rosakkan takper.


Awatif memang agak ketara sukanya pada buku dan pensil.
Walau kat mana sekali pun dia akan meniarap dan "menulis" bila jumpa buku dan pensil.


Awatif dah gi "dapur"
Salah satu lagi idea dalam langkah mengenal pasti minat anak saya, saya cuba create bilik anak ni jadi "rumah".
Means ada dapur dan kelengkapannya.
Tu nantilah saya citer.
Tu pun saya tak nampak sangat kecenderungan anak saya ke arah itu.


Ada idea lain tak camner nak tau minat anak kita?

3 comments:

Puan Ida said...

salam perkenalan dari ida
jemput singgah blog saya ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni no 237

Kemn Azmaili said...

hye dear,

suka deco and organising ye? same goes to me..done follow u dear...nice to meet u.. =)

cik hani said...

Awatiff...comel je pegang pensil..cpt besar nnt pergi sekolah ye