Pages

Monday, December 2, 2013

Konsert Tadika Pintar Sayang

Majlis berlangsung 16 November.

Mama yang terlebih excited, first time attend acara sebegini sebagai parent.

Huaaa.. ku sudah jadi parents.
Mula-mula sampai je hanya mama and Kaseh sebab papa kena bawak Awatif balik sebab Awatif "melotop" so kena balik tukar pampers dulu.
mentang2 dekat pegi selai sepinggang je.

Dan sepatutnya Kaseh kena duduk asing dari parent sebab nanti nak kena buat persembahan.
Tapi biasa la kalau dah ada mak dia memang susah sikit la.

Tak pasal2 mama kena dok kerusi depan sekali.
Dah risau buatnya dia taknak naik pentas...!!!
Rugi la.. dah penar2 berlatih sekali taknak naik.
Pujuk dan pujuk dia melepaskan saya untuk saya g toilet.
Lagi pun kawan dia ramai.

Budak dodet yang taknak lepaskan mak dia.

Sambil tunggu acara2 lain mama bercanda la dengan Awatif.




Ini Gaya Peace Awatif 




Sambil tu mama intai Kaseh yang bersedia nak buat persembahan.


Risau je kalau dia nampak and tak jadi nak naik pentas. 



 Persembahan anak-anak lain.



Yang baju merah tu anak saya... Ihiksss...


 Tengok partner Kaseh tu. Cheaky je..

Nasibaik lah bila nampak mama amik gambar dia lambai mama je,
buatnya dia meluru lari trus tak jadi konsert.

Lepas persembahan dapat cenderamata.
Sebenarnya acara ni untuk majlis penyampaian sijil anak-anak tadika.
So Kaseh yang umur 3 tahun ni jadi persembhan jemputan la.




Anak dara saya ni susah tol nak senyum kat camera.
Atas stage pun serius je..
Chill la Kaseh.. 




Cendera mata dapat buku and color pensil.
Terus buka dan guna.

Yang pasti kakak memanng seronok sangat.
Dah balik and petang masih nak ajak g "sekolah achik"
Tumpang sekolah agama untuk acara ni.

 hal lagi.
Next year kakak 4 tahun dan sepatutnya dah leh masuk tadika.
Then dok pikir2 la nak tukar tempat.
Kaseh kat Taska Pintar Sayang ni dari New Born.
So saje nak tukar angin and konon nak cari tempat yang lebih "bagus"

Tapi bila tengok persembahan budak2 tadika yang graduate tu terasa kagum pulak.
Tadika kira macam tiada brand la compare tu yang pelbagai dipasaran tapi anak-anak 5 tahun ada yang sudah pandai baca, surah2 lazim banyak jugak yang dorang hafal siap dengan maksudnya, English pun ada.
So terus saya bisik kat En Somi, tak jadi lah cari tadika lain, kat sini pun dah cukup bgus.
Then kalau kata nak tukar angin, bangunan tadika kat blok lain so kira tukar angin jugak la.

Apa-apa pun terima kasih cikgu-cikgu pintar sayang.
**Saya tengok cikgu2 ni menguruskan budak2 pening dah, kalau saya yang jadi cikgu mmg saya yang pengsan dulu**

3 comments:

Rizziela said...

alahai..rajinyernya dia mewarna & menulis

nurbijen said...

wah, dah besar pun kaseh... dah pandai buat persembahan :)
cantik Kaseh berbaju gaun bunga merah tu... tak senyum pun tetap nampak cute :)

Unknown said...

Nurbujen :Ye anak saya dah besar dan akak masih lagi menjenguk rumah saya ini.
Mengikuti perkembangan anak saya. Kadang2 saya rasa terharu, tak pernah jumpa tapi tahu perkembangan anak masing2 lebih dari orang depan mata. Terima kasih kakak.