Pages

Tuesday, January 10, 2012

@30 Week Pregnency

Plus Minus lagi 10 minggu perjalanan baby dalam rahim mama.
Mama da terlalu xcited buat persiapan.
Dari beli barang sampai la buat bantal.
Tapi this time sume kena consider 2 unit supaya Kakak Kaseh tak terasa terpinggir.
I cannot wait to see you sayang.

Tuesday, December 27, 2011

Apa Ada 2011..? Career

2011 tinggal berbaki berapa hari je lagi.
Lepas terbaca N3 Lea terasa nak review jugak la 2011 ni.
Tapi buat by category la sbb sejak mengandung ni xleh buat N3 panjang2.
Takleh fokus.

Career Mama
Selepas 4 bulan jadi kononnya suri rumah yang gagal.
25 Januari 2011 - Last Day di JVC
1 June 2011 - First Day di AL***
Sebagai Process Engineer menjaga Cold Rolling.
Industri yang berat yang dikatakan tidak sesuai untuk wanita.
(Even ada lelaki yang masuk keje 1 hari je pastu cabut sbb gerun tgok machine2 besau)
After about 6month dekat sana so far so good.
Da merasa g Korea gak la untuk training.
Aksi mama mengandung 4 bulan.

Bersama budiez di Korea Bagi dorang Engineering + Lady is tak sesuai.


Antara yang dihantar kesana

Da dapat surat kompom dan sempat la merasa bonus sipi2 sbb tak sampai setahun.
Rezeki baby ingat tak sempat merasa tapi ada la jugak.

So far ku rasa company ni ok dan nampak ada potensi untuk ku terus berjuang.
Banyak ilmu yang bleh dipelajari dan ditimba.


Target 2012
Untuk menyumbang sesuatu kepada company dan menambah nilai diri ini sebagai Engineer yang sebenar.


Saya nak test

Test..

Saturday, December 24, 2011

Checklist Baby

Rasanya bila tak tulis rasa macam tak tau apa yang nak sebenarnya.
Untuk new baby ni takder la apa sangat yang nak disiapkan.
Tapi selagi tak listkan selagi tu la tak sedar apa yang kita perlukan sebenarnya.
Ok la baby sayang, ni mama rancang untu baby..

1. Baju New Born
Papa berpendapat yang kena la jugak beli yang baru. Sian baby tak merasa barang baru.
Ok la Papa.

2. Sarung Tilam Baru dan Bantal.
Same as Papa said, masa Kaseh dulu excited cari kekabu and buat tilam sendiri.
So untuk baby mama jait sarung tilam ngan bantal yang baru.
Nanti mama cari kain jaitkan untuk baby ye.

3. Almari baby / Shelf
Da ada 2 anak ni semestinya baju pun double.
So dok pikir2 nak beli yang macamana.
So far Kaseh, mama letak dalam bakul je.
So dok consider nak beli shelf aje,
so masa dalam pantang sok susun je dalam tu letak kat sebelah baby.


4. Nursing Pillow.
Untuk BF preparation, nak merasa gak la guna ni.P
Pam sume da ada so just nak topup2 je la.

5. Storage Bottle.
Untuk baby mama nak kumpul stok banyak2 stok sebelum berkerja.
So nak tambah skit2 lg storage yang ada.
Nak guna plastic katanya xberapa elok tapi nak kena buat survey dulu.

6. Persiapan mama berpantang.
Dengan ini nak umumkan mama da pantang betul2.
40 hari pakai bengkung.
So mama nak beli 1-2 lagi bengkung sbb ada 1 je xeh recycle tak terbasuh nanti.
Jamu lak da survey ingat nak pakai NR tapi taknak beli set sbb rasanya tak terpakai kot sume tu.
So pilih je mane yang nak bila da bersalin sok, da kompom baby xder jaundis,
baru la nak beli.
Sebabnya takut jd cam dulu tak leh makan sbb Kaseh jaundis.

7. Selongkar barang Kaseh.
Ni nak kena bukak balik kotak, pilih and cuci sume.
Tapi tunggu la nanti da 7 bulan sok.T
Tapi ni pun da excited.
Heeee...


Saturday, November 26, 2011

Buat yang tersayang..

KU berjanji akan menjadi insan yang lebih baik..
Untuk Anak-anak ku..
Untuk Suami ku
Untuk keluargaku
Dan orang diseliling ku.
Rasailah kebahagiaan diriku ini.

Bahagialah bila disamping ku.

Salam Maal Hijrah


Erti Maal Hijrah.
Ku tak laukan sebarang research..
Tapi cukup la sekadar pengetian untuk diri ini.

Hijrah - Perubahan..
Perubahan untuk menjadi yang lebih baik.
Untuk menjadi yang lebih baik kita mesti tahu apa yang tidak baik(Kurang baik) pada diri ini.K
Ku akui banayk kelemahan dan kekurangan diri ini.
dari segala segi..
Selama ini bukan ku tak tahu tapi...
hati, nafsu dan segalnya mengusai..

Ya Allah..
Ku Berharap semoga tahun baru ini akan menjadi titik tolak perubahan dalam diri ini.
Untuk menjadi muslimah yang sempurna.
Menjaga hubungan ku dengan Mu
Menjaga amalan ku terhadap Mu
Menjaga amanat Mu terhadap ku.

Ya Allah..
Ku bersyukur atas segala nikmat dan kebahgiaan y Engkau kurniakan.
Sebaik mana sekali pun diri ini, jika tiang dan asas kehidupan tidak dijaga,s
semuanya tidak bermakna.

Anak-anak Ku.
Ingat lah..
Setinggi mana puncak kejayaan hidup ini kita kecapi..
Cuba kita renung, asasnya dan tiangnya adakah utuh?
Atau hanya ilusi sahaja segala tiang itu?
Bina lah tiiang yang kukuh untuk kita berlindung dari segala kegagalan yang abadi iaitu di AKHIRAT..
Kejayaan yang hakiki adalah di Akhirat.

Salam Maal Hijrah.. Salam Perubahan..

Sunday, November 6, 2011

Hanya Yang Terbaik

Setiap ibu ingin yang terbaik untuk anaknya.
Bukan dari segi kebendaan.
Tapi dari segi sahsiah, Iman, Kesihatan, dan segala-galanya.

Sebagai ibu, mama nak anak ibu menjadi manusia yang berguna pada agama, masyarakat dan diri sendiri.
Mama sentiasa berfikir bagaimana ingin membentuk anak-anak mama
supaya menjadi anak yang baik dari segala segi.
Mama tidak mahu anak-anak mama menyusahkan orang lain dan dibenci orang lain.
Jika mama gagal membentuk anak-anak mama,
mama akan merasa kecewa.

Mama minta maaf sayang.
Mama marah kerana mama tak mahu mama menyesal dikemudian hari
dan anak-anak mama menyalahkan mama.

Maafkan mama sayang.
Mama hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak mama.

Mama sayangkan anak-anak mama.