Pages

Thursday, April 28, 2011

Joundice / Demam Kuning

Joundice atau dalam masyarakat kita dikenali sebagai penyakit kuning.
Ia terjadi kepada kanak-kanak yang baru lahir, dimana kita boleh melihat kulit dan mata bayi agak kekuning-kuningan.

Apa itu Joundice..?


Dalam artikel Anne Smith IBCLC di sini,
menyebut bahawa joundice ini berlaku kepada bayi baru lahir apabila paras bilirubin dalam darah berada pada tahap yang tinggi.
Bilirubin adalah salah 1 dari pecahan sel darah merah yang berwarna kekuningan.

Bagaimana paras Bilirubin boleh jadi tinggi?

Semasa didalam rahim, bayi memerlukan sel darah merah yang tinggi untuk menyerap oksigen dari sistem badan ibu.
Dan sejurus dilahirkan, dan anak sudah boleh mendapatkan bekalan oksigen dari persekitaran dengan sendiri,
sel darah merah yang berlebihan perlu disingkirkan.
Dalam process menyingkirkan sel darah merah ini, salah 1 bahan yang terhasil adalah bilirubin.
Ia akan disingkirkan melalui process di buah pinggang dan keluar melalui meconium (Najis bayi yang berwarna hijau gelap di awal kelahiranya)

Tetapi mungkin disebabkan buah pinggang yang masih belum matang dan berfungsi sepenuhnya,
proses penyingkiran bilirubin ini agak perlahan dan ia tidak disingkirkan,
bilirubin akan menyerap kembali ke dalam sistem badan bayi.
Dan itu yang memberikan kesan kekuningan pada kulit dan mata bayi.

Jenis-jenis Joundis.

Normal Joundice (Physiologic jaundice ) -

Berlaku dikebanyakkan bayi baru lahir terutama bagi kelahiran bayi pramatang dan kurang berat.
Bayi yang baru lahir yang kurang menyusu dan membuang najis adalah penyebab kenapa bilirubin kurang disingkirkan dari badan.
Joundise ini akan mula bacaan paling tinggi pada hari ke 3-5 kelahiran.
Dalam tempoh itu kita perlu merujuk kepada Doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya dan memerhatikan bacaan bilirubin setiap hari.

Apa yang perlu kita sebagai ibu untuk mengawal peningkatan baccan adalah kerap menyusukan bayi supaya colustrum yang bertindak sebagai Laxative dapat membantu bayi kerap membuang najis.
Lebih kerap bayi membuang najis, lebih baik dalam proses menyingkirkan bilirubin dari badan.

Fhototherapy adalah kaedah rawatan yang biasa digunakan dihospital bagi merawat jundice ini.
Bayi diletakkan dibawah lampu biru yang mengandungi sinran UV terkawal dalam membantu memecahkan bilirubin dan memudahkan process penyingkiran.

Antara langkah yang dicadangkan oleh Anne Smith adalah,

1. Kerapkan penyusuan sepaya bayi mendapat susu yang cukup dan colustrum dapat membantu penyingkiran bilirubin. Perhatikan output / kekerapan air kencing dan najis.

2. Elakkan memberi minum air kerana hanya 2% bilirubin disingkirkan melalui air kencing.
Dengan memberikan air selain susu ibu, bayi akan merasa kenyang dan menolak untuk menyusu.

3. Bangunkan bayi untuk menyusu sekerap mungkin, dan kejutkan bayi 2 jam sekali untuk menyusu. Joundise akan menyebabkan bayi mengantuk dan kurang menyusu, oleh iti kejutkan bayi.

4. Jika bayi asyik tertido jika menyusu direct dengan ibu, kerana Bf menyebabkan bayi selesa, cuba berikan susu perahan menggunakn cup, shringe atau sudu.
(Belajar dulu teknik menggunakan cup dan elakkan kan menggunakan botol)

5. Buka pakaian bayi dan dedahkan dia pada cahaya. Elakkan meletakkan pada matahari secara terik kerana kulit bayi sensitif.

6. Dapatkan pendapat doktor untuk pengambilan sebarang ubat / jamu kerana dikuatiri ubatan yang menyumbang kepada joundise.

Pathologic Joundice (Pathologic, or abnormal jaundice)

Akan mula kelihatan dalam masa 24 jam. Joundice ini disebabkan masalah kesihatan bayi.
Doktor akan membuat pemeriksaan lanjut jika bayi adal masalah lain, dan jika bayi ditahan di hospital, ibu masih digalakkan memberi susu ibu secara perahan kerana pada peringkat ini mungkin bayi mengantuk atau lemah untuk menyusu secara terus.


Prolonged Joundice (late-onset, or breastmilk jaundice)

Berlaku sehingga minggu ke-2 kelahiran.
Bersambung.....

**Sumber dari sini**

**Akan bersambung di N3 akan datang sebab panjang lagi nak citer, dan banyak breastmilk joundice ini disalah erti. So kupasannya akan bersambung nanti.
Tunggguuuuu..***


Tuesday, April 26, 2011

UNICEF Indonesia: ASI dan bahaya susu formula di Lombok

Bagus informasi begini.
Kenapa kat Malaysia takder ye.
Touching bila dia sebut pasal seorang ibu yang anak ke2nya bertarung dgn penyakit disebabkan oleh pemberian FM. Dan anak ke pertamnya da meninggal disebabkan punca yang sama.
Tak salahkan ibu itu tetapi disebabkan kurang pendedahan mengenai risikonya.
Diharap kat Malaysia tiada la sampai macam ni.

UNICEF: Inisiasi Dini Menyusu Air Susu Ibu

Suke sangat video ni.
Indah sungguh ciptaan Allah.
Ikatan Anak dan Ibu memang fitrah.
Tetapi disebabkan pilihan ke-2,
membuatkan fitrah ini dilupakan.
Wahai ibu, jom kembalikan hidup kita ke fitrah.

Monday, April 25, 2011

Jom La Keluar Mama

Huhhh..
Kalau la Kaseh leh bercakap mesti itu yang dia nak bagitau.
"Jom la kita keluar"
Itu lah Kaseh di usia 13 bulan 3 minggu ni.
Tudung memang ku kena sorok.


Kalau tak ia akan jadi begini.

Dan berlaku la adegan kejar mengejar.
Dia akan suruh pakai tudung,
walaupun 2 tudung dia jumpa 2 lapis tudung juga la dia suruh pakai.

Pas pakai ingat da setel ke?

Dia akan dok depan pintu soh pakaikan kasut.
Kalau tak main beskal kat depan rumah,
dia celup tangan dalam kolam ikan pastu basuh muka.
Itu lah kaseh.
Kalau bukak gate lagi la.
Laju je dia tuju ke bumper depan rumah.
Suka dia naik turun bumper tu.
Tapi since ada kejadian orang y mencurigakan brenti depan rumah dulu mmg ak tak brani dok luar lama2 time tgahari.

So mmg tudung tu mmg tak leh letak sepah2.
Kalau Kaseh jumpa habis la.

Pssssttt : Gambar rumah bersepah ku nak lipat kain. Heheheh

Saturday, April 23, 2011

Adni Turns 2 Giveaway


Princess Adni da 2 tahun da.
Besar da anak housemate ku ni.

Kaseh cakap :

Happy Birthday kat Kak Adni.
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Dan membesar menjadi anak yang Solehah dan berjaya.

Jom Join GA ni disini

Hadiahnya sangat best untuk hantu choc cam Mama Kaseh.

Thursday, April 21, 2011

Bila diberi pilihan

Asik citer pasal Kaseh je.
Ni nak citer pasal mama Kaseh lak.

Status sekarang.
Masih suri rumah.
Tapi agak aktif mencari kerja.
Last week g MCTF kat Mid Valley.
Pas2 resume.

Dan semalam ada 1 company y call untuk interbiu.
Sok esok kol 2 ku akan g interbiu.
Pada sejam lepas, ku mengharap sanagt dapat keje ni,
sebab tempat tu sanagt la dekat ngan rumah dan company tu agak establish jugak la.
So keyakinan terhadap kestabilan dan benefit company tu agak tinggi.
So dari semalam dok bercakap sorang2 praktis interbiu.
Mu taknya da 3 tahun x interbiu tambahan pulak selama ni mmg ku kurang pengalaman interbiu sebab asal g interbiu je dapat.
***Hahahah.. bleh tak buat statement cam tu.***

Tapi itu sejam lepas.
Tapi selepas mendapat panggilan dari sesorang y offer ku 1 peluang yang agak menarik.
Da bercampur baur da.

Kalau korang diberi pilihan la kan..
PILIHAN 1 :
Katakan g interbiu, dan dapat dan keBESTsan kerja tu cam dinyatakan di atas la kan.
Makan gaji, balik fix time, bulan2 kompom masuk gaji banyak tu.

ATAU PILIHAN KE-2
Diajak set up bisnes, kira cam family bisnes la.
Tapak dan kelengkapan da ada.
Cume kederat ku diperlukan untuk menjalankan kerja2 admin.
Tapi kiranya ku ada share la.
Bila da bisnes sendiri ni, awal2 ni agak cam "sakit"skit la.
Tapi pulangan mengikut usaha, jka kita usaha kuat, insyaAllah la pulangannya berbalai.
Tapi disadvantagenya adalah, risiko kegagalan ditanggung la dan awal2 ni incom xtau la.
Tapi bisnes tu sume da ada just menjalankan je, customer sume da siap.
Errmmm..ikut pengamatan ku, potensi untuk berjaya bisnes tu ada.
Cume sanggupkah aku bersakit2 sekarang?

Waaa..kompius.
Tapi pendekatan yang ku amik sekrang,
untuk interbiu esok ku akan cuba y terbaik.
Kalau dapat camner?
**Cik Lynd abaikan perkataan KALAU itu.**

Psstt : Salah 1 keadaan y ku tak suke jika diberi pilihan.

Wednesday, April 20, 2011

Iklan Kegemaran Kaseh

Kat umah ni mmg TV terpasang je.
So Kaseh memang membesar depan TV.
Tapi recently ku cam rasa Tv ni tak memberikan pehdah dan menyebabkan kerja banyak terabai.
**Da lari tajuk da**

Ok.
back to the track.
Ni antara iklan kegemaran Kaseh.
Kalau kuar je antara 3 iklan ni,
tengah nenen pun bleh toleh,
da nak tido pun bleh celik.
Iklan LifeBouy.
Lagunya yang memeng catcy.
Sambil tersengeh dan goyang2 badan Kaseh dengar.

Iklan Dutch Lady 5x DHA.
Lagu dia sebut Mama tu yang menarik.

Iklan Fernleaf.
Lagu "Ibu..Ibu..Engkau lah ratu hati ku.
Macam paham2 je maksud lagu ni.
Mama tunggu Kaseh nyanyikan lagu ni untuk mama 1 hari nanti.

satu lagi yang kaseh suke,
kalau perasan dulu TV3 kalau antara program,
ada iklan, xtau orang panggil apa, promo kot,
kan yang ada gambar ala2 bumi ngan kartun2 kat atas tu.
Yang tahun lepas tp tahun ni da lain.

Tapi kalau perasan, lagu iklan susu ni pandai menarik kanak-kanak.
janagn sok kaseh pandai mintak susu tu sudah.