Pages

Thursday, February 10, 2011

Nursery / Baby Sitter dan EBM

Apa yang babysitter / Nursery perlu tahu dalam pengurusan EBM?
Rasanya mereka tidak lah perlu tahu terlalu banyak atau detail.
Sebabnya mereka nak tolong handle EBM pun da kira syukur.
***Jangan terkejut sebab ada BS / Nursery yang menolak untuk amik baby y bf***

1. Pemanasan EBM

Perlu diingatkan.
EBM tidak boleh dipanaskan secara terus atau menggunakan microwave.

Ada 2 kaedah,
Pertama : Meletakkan botol susu kedalam bekas y berisi air panas.
Ke-2 : Gunakan warmer.

Lebih afdhal kita sediakan kelengkapan yang secukupnya kepada pengasuh.
Tapi klu tak cukup budget untuk beli warmer takper. Bawak berbincang dengan pengasuh.
Kadang-kadang ada gak pengasuh ynag nak save budget letrik so standby air dalam termos je la.

2. EBM yang sudah dipanaskan...

BOLEH..digunakan dalam masa 1 jam sahaja selepas dipanaskan.
TIDAK BOLEH.. Disimpan semula ke dalam peti ais
TIDAK BOLEH .. Dipanaskan semula.

3. EBM tidak perlu digoncang.
Perasan tak, kalau nak buat susu formula, pas tambah susu ngan air panas,
kita akan goncang botol untuk melarutkan susu.
Tapi untuk EBm tidak perlu buat macam tu.
Untuk mencampurkan 2 lapisan lemak dalam botol cukup la sekadar goyang2 manja je.
Ada terbaca yang tidak elok menggoncang susu ibu terlalu kuta.
Sori lupa baca kat mana.

4. Yang beku dahulu.
Jika ibu membekalkan susu ibu secara kaedah optimum.
Yang ada bercampur frozen EBM dan Chilled EBM.
harus diingatkan Frozen EBm yang telah dicairkan mesti digunakan dalam masa 24 jam.
So bagi mengelakkan kes susu semalam ada lebih dan pakai lagi hari ni,
so harus diingatkan pada pengasuh gunakan yang beku dahulu.
Ada lagi baik ini-ibu sekelian labelkan pada botol.

5. Mencairkan EBM yang beku.
Bleh alirkan dibawah air paip.

So far tu je yang terlintas.
Apa yang penting ibu kena pastikan pengasuh ffaham dan ikhlas dalam menguruskan EBM anak kita.
Paling penting aspek label kerana takut ada kes tertukar susu atau tarikh.


Pssstt : Perkongsian melalui pengalaman.

3 comments:

Arissa Zoela said...

nice info..mintak izin share yer..

Unknown said...

Arissa Zoela : Silakan. Dialu-alukan.
Terimak Kasih.

Umialya said...

info terbaik buat ibu2 baru di luar sana