Pages

Tuesday, May 14, 2013

Hanya Untuk Hari Sabtu

Assalamualaikum Semua.

Kami suami isteri keje hari sabtu tapi alternate.
Dan turn pulak memang tak sama so kami kalau mama keje papa OFF dan begitu sebaliknya.
Kelebihannya anak-anak tak payah antar nursery.

Kalau turn mama keja, papa yang uruskan anak pagi2 then bawak gi sarapan then gi rumah nenek.
Kalau dengan mama, memang berkurung je la kat rumah.
Mama tak confident nak handle 2 ketui budak kat luar.

Masa awal-awal dulu stress jugak sebab nak melayan budak 2 ketui ni ngan nak masak, sidai baju, kemas rumah.
Tapi sejak dah pandai sikit la arrange urusan rumah so tahap stress tu dah kurang.
Dah pandai sikit la camner nak biarkan anak2 beraktiviti disamping mama boleh buat keje lain.

Sebenarnya bila anak merengek layan je.
Urusan lain letak tepi.
Jangan fikir nak masak sambil dokong anak.
Stress la.
Kalau tak boleh, letak dulu segala senduk n pisau layan dulu anak-anak.
Bila dah leka, kita sambung balik.
Jangan fikir "Alah.. baju tak sidai lagi, sampah tak buang lagi"
Enjoy je masa dengan anak-anak.
Enjoy bukan maksud saya gelak sepanjang masa.
Tapi tahap stress tu kurang.

Nak tau stress je tak?
Bila kita menjerit and marah anak berlebih-lebih.
Kalau marah anak sahaja biasanya 1 shot je jeritnya.
Pastu dah ok, kalau di pengaruhi stress lain, 
marah tu meleret dan melalut-lalut.

Itu pengalaman sendiri ye.
Tidak terdapat dalam mana buku-buku motivasi ibu-bapa.

Houssss.. panjang pulak mukadimah.
Sebenarnya saja nak bagitau "seronoknya" jadi ibu di hari sabtu.
Means jaga anak sendiri tanpa suami.

Sabtu hari tu, Awatif bangun dulu and dia main handphone mama.
Bila nampak dia nak gigit, mama ambil dan sorok bawah bantal.
Nangis la Awatif.
Sang Kakak bingkas bangun macam orang terkejut, mama buat-buat tido.
What happened is, Kaseh tepuk Awatif dengan nada kasih sayang "Dah..dah.. Awatif.. Diam"
Dengan muka terpisat-pisat baru bangun tido.
Mesti dia ingat adik dia nangis bila terjaga dari tido.
Heheheheh.. Suke mama tengok Kakak macam tu.

Then main guling-guling dengan anak atas katil,
turun bawah, mandikan budak 2 ketui ni.
Siapka pakai baju, dan makan cebikut.
Mama lari gi mandi kejap.
Dah siap makan cebikut chipsmore cicah air kosong (Perangai mama dah jangkit kat kakak) kakak mintak main kat luar.
Ok. Kasi lah.
Kunci gate sebagai langkah keselamatan.
Pakaikan kasut Awatif.
Pesan sikit2 ngan Kakak what do and don't, mama masuk dalam rumah sebab nak goreng beehon.
Pintu sliding door bukak besar-besar biar boleh nampak ativiti budak 2 ketui ni dari dalam ruamh.
Yang mana boleh buat depan pintu macam kopek bawang ke mama buat depan pintu.
Ketung-ketang kat dapur sambil sesekali jerit "Kakak, main apa tu? Adik main apa?"

Sudahnya bila jenguk kat depan,
inilah keje budak 2 ketui ni.















Si Kakak cedok air dari kolam ikan yang dah berkurun tak bertukar dan konon untuk basuh basikal,
si adik buat mandi air tu..!!!!!
Basah dari kepala sampai kaki.

"Kakak mandikan adik dengan air ikan?"
"Tak la, Kaseh basuh basikal"

Huhhh.. Pening.
Mandikan si adik kat paip luar, si kakak pun tumpang sekali.

Siap mandi kat luar, dengar kaseh cakap
"Alalala.. baby berak pulak"

Dibawaknya anak patung dia.
Mama sibuk pakaikan pampers and baju Awatif,
si kakak datang dengan baby yang dah dimandikan.
Menjejeh air dari dapur sampai ruang tamu.
Satu das lagi jeritan mama.


Tersangkutlah baby untuk dikeringkan.

Lepas pakai baju, kakak lesap masuk dalam bilik.
Keluar dengan ni,


Aduisss... Meh sini mama tangkap gambar.
Layan je la anak oiii.


Suap beehoon goreng.
Then mereka main sendiri lagi dalam rumah.

Dah tengahari adik tido.
Kakak main air lagi.
Mama masak.
Papa balik makan nasi sama-sama.

Dah kenyang Awatif and papa pengsan.
Mama lepas sidai baju, cari anak nan seketui.
Rupanya kat luar rumah.
Meh sini mama amik gambar Kaseh


Tak taulah jadi pomen ke jadi engineer.


Mama hanya mampu geleng kepala.
Mama ajak naik atas sebab mama nak kemas kat tingkat atas.
Sambil-sambil tu, snap gambar untuk material blog Hidupku Rumahku Terurus.
Ambil gambar ruang keluarga.
Sudahnya keluar soalan 
"Kenapa mama amik gambar TV? Taknak amik gambar Kaceh?"
Ok fine, mama amik la.

Sipi-sipi.
Mama mop lantai bilik, Kaseh mandi lagi.
Mau taknya, tangan sampai ke mulut itam sebab pomen basikal tadi.
Penat cuci toilet bowl dengan sabun mandi mama,
sudahnya baring kat sini.



Seronok mereka mengekplore dunia,
pening mama melayan kerenah.
Tu baru setengah hari punyer cerita.
Ada kira berapa helai baju kaseh bertukar baju?

9 comments:

Fizah said...

HAHAHA anak ooo anak...sabor je laa ek..kikiki

btw, kerusi n rak 3 tingkat tu harus cat kaler coklat gelap jugak..ahaha mode mghasud...;p

Imaan09 said...

haha.. nasib bil air kerajaan negeri bayar..

Diana said...

Erkkk....sabar ye mama Kaseh dan Awatif...

Mulianya pekerjaan seorang "IBU"

Belum terlambat nak wish..
"Selamat Hari Ibu"

Anonymous said...

suke sgt post ni hehe

adianiez AIDA said...

ha ha best nyer aktiviti dgn anak2. aida lom pernah lagi tinggal dgn anak2 bertiga tu. dulu kala biasa tinggal dgn nurin & syuhada. memang takkan jadi keje la bila bersama diorang. asben pun understand...

betul tu. bila dgn anak2, yg lain tinggalkan... anak diutamakan!

Unknown said...

Pijot : Tu kerusi makan kat bawah. Heeee..

Unknown said...

Lea : Ermmm.. sebab tu aku kena dok selangor. Kalu xdapat air free aku pindah dok tepi sungai.

Unknown said...

Diana : Terima kasih Diana.

Unknown said...

adianiez AIDA: heheheh.. saya ingat say srg je yang mengalami perkara ini. Ada geng rupanya.