Pages

Thursday, May 30, 2013

Corat - Coret Balik Kampung


Assalamualaikum all readers..!!!!!!!!!!!!!!!
Rindu alam blogging.
Hampir 2 minggu ditinggalkan bersawang di laman sesawang.
Heeee.. Jangan ketuk kepala saya.
Masih bertatih untuk cuba follow segala perkambangan kalian yang saya tinggalkan untuk beberapa hari.
Macam minggu lepas, walaupun tiada update diblog saya selalu mengikuti perkembangan kalian.
Bila balik kampung memang semuanya tertinggal.

Balik kampung untuk urusan kenduri adik bongsu saya.
Akad nikah dah selesai bulan March hari tu so kali ni sanding la pulak.
Entry ni bukan bertujuan untuk bercerita mengenai kenduri kahwin adik saya tu sebab takder gambar pun nak explain mengenai pengantin sebab gambar takder.
Heeee.. Melainkan gambar ni.


Pengantin yang jalan tak macam pengantin.
Heeee.. Laju je naik tangga.

Yang lain gambar bukan pengantin yang kecoh off line.
Heeeee...









Tak banyak gambau pun.
Pakai baju kurung susah nak bawak hadpon kehulu kehilir.
Buat tertinggal je nanti.

Balik kampung kali ni memang ada cabaran tersendiri.
Biasa balik malam sebab anak-anak tido so aman damai sikit.
Tapi saya rasa bila balik drive malam rasa macam nyawa dihujung tanduk.
dengan perjalanan 7 jam, speed mencecah 120km/j, laluan berbukit bukau, potong memotong, cocok mencocok, disulami dengan rasa mengantuk.
Huhhhh.. Saya tawakal sahaja.
Kaki menendang dashboard (seakan-akan break), tangan di pemegang atas.
Huhhh.. macam lah saya dapat mengawal kereta dengan posisi begitu.
Segala drama aksi melibatkan kereta, cerita2 kemalangan jalan raya.
Semuanya terbayang kat dalam otak bila aksi potong memotong berlaku.

Tahan mata supaya tak tidur dengan niat supaya dapat borak ngan sang suami supaya tak mengantuk.
Tapi bebelan dan sergahan saya lagi mengganggu kosentrasi suami ku setiap kali dia memotong lori or kereta lain.
So baik saya tidur dan serahkan pada Tuhan sahaja.
tapi setiap kali dia tukar gear rendah sebab nak memotong saya mesti terjaga.
Huhhh.. memang menakutkan setiap kali balik kampung.
(Ini pun boleh jadi sebab kenapa saya bukan jenis yang senang nak buat keputusan balik kampung.. Takut nak melalui pengalaman travel jarak jauh ni)

Tapi kali ni balik siang.
Atas sebab tertentu dan juga bisikan menghasut dari saya untuk sang suami.
Saya nak test apa beza tahap konfiden or ketakutan saya untuk travel siang.

Yes... Saya lebih konfiden and kurang cuak bila travel siang.
Boleh buat lagi next time.
Tapi yang tak tahan nya, ni lah


Budak 2 ketui ni.
Suami handle kereta, mama handle anak yang sedang membesar dengan sihat ini. (Alhamdulillah mereka sihat)
Pening.

Apa2 pun saya lagi suka travel siang kot.

Saya memang spesis jarang balik kampung.
Dari zaman belajar kat MRSM Perlis ke UKM Bangi.
Bukan jenis yang asal cuti je balik kampung.
Balik pun untuk raya je.
Heeeeeee... ni mungkin salah satu sebabnya la yang saya cuak travel jauh. Sebab jarang balik.

Ada yang istimewa lagi balik kali ni.
Jumpa kawan-kawan lama yang datang kenduri.
Raihan and Na.
Walaupun tak dapat borak panjang tapi dapat la tengok apa yang kembang n kepis.
Dan saya semestinya kembang.
Tau kenapa saya yakin dengan "perkembangan" saya?

Kisahnya saya terjumpa dengan atuk kawan baik saya, Rohana kat klinik masa bawak Kaseh sebab dia demam.
So saya kasi la no telifon saya minta di pass kan kat Rohana sebab kami da lost contact.

Sekali tau apa Rohana sms saya "Atuk aku bagitau yang ko mengandung"
Sentap makcik senah hoi...
Seharusnya perlu diakui statement jujur itu.
Ok fine.. makcik terima fakta yang makcik gemuk n boncet.
Nanti makcik kurus la lepas bulan puasa nanti.

Haaaa... Ada lagi yang best balik kampung kali ni.
Saya jumpa chenta hati kami adik beradik. 
Iaitu... Pak Cu.


(Sporting je dia bila kami cakap nak ambil gambar ngan dia)

Seronok tak terkata bila nampak, kelibat seorang tua yang naik moto dan memakai helmet menghala ke rumah kami sehari sebelum kenduri. 
(Huhhh.. Ayat novel)

Saya yang tengah pangku Awatif dan Adik (Sang Pengantin) terus menjerit "Pak Cu...!!!!" lompat turun dari pangkin terus lari ke motor Pak Cu.
Semua orang terkejut (Temasuk mak mertua aku pun ada time tu kot.. Heeee)

Lama betul tak jumpa dia.
Dulu sebelum kami pindah dia selalu lepak kat rumah lama kami.
Mula-mula dengan basikal lepas tu upgrade sikit naik moto.
Datang rumah petang2 buatkan air, lepak n borak2 kat tangga rumah.
Dia layan je kerenah kami adik beradik.
Kadang2 bila mak mintak tolong dia btulkan rumah ke apa ke msti dia yang tolong.
Then kami pindah ke kampung lain.
Ada satu ketika yang saya dengar dia eksiden.
Then ada sekali tu saya panggil dia buat tak tahu je.
So saya tak aspect yang dia boleh datang sejauh ni dengan moto hari tu.
Rasa macam balik ke zaman budak2 dulu bila nampak dia.
Bergenang jugak air mata bila jumpa dia.
Tak sangka dia sihat lagi.
Dia datang bawak buah salak 1 kotak and setangkai bunga plastik.
Katanya "Nak datang rumah orang kawin memang kena bawak bunga"
Huuuu... Harap Pak Cu panjang umur and nanti leh jumpa lagi.

Hooo.. Semua nak di sumbat dalam 1 entry.
Ye la makcik dah gian nak blogging ni.
Harap dapat back to the track secepat mungkin.

2 comments:

Anonymous said...

Lyn..my hubby pun bila drive memang aku tak leh tido...part paling aku gerun kalau travel gi pantai timur..dengan jalan bengkong bengkok, bukit bukau..uh, memang aku tak pernah tid langsung waktu dia bawak..gerun sangat! KAM

adianiez AIDA said...

aida memang prefer drive siang. forever. takkan suka drive mlm walaupun kampung aida dan asben dekat je pun. journey takkan lebih 90 minit ha ha ha...

siang, pe pe berlaku, senang. mlm? mengerikan...