Pages

Saturday, October 5, 2013

Kesan Diet Punyer Pasal

Assalamualaikum.
Ada yang tertanya-tanya tak status program diet saya?

Masih on dengan kentalnya.
Selain perubahan dari segi fizikal (nanti saya cerita lain kali), 
ada banyak perubahan dari segi cara hidup saya dan kehidupan saya setiap hari.

Antaranya, yang PALING ketara adalah,

Saya Masak Hampir Setiap Hari.

Tu yang paling besar yang saya rasa.
Macamana lewat sekali pun saya balik kerja saya mesti nak masak.
Kalau dulu kalau gerak kol 5.30 pun saya dah tak masak.
Alasannya tak sempat.
Tapi sekarang alasan tak sempat tu saya letak no 7.
Even kol 6.30 baru saya gerak pun saya masih balik masak.

Kenapa?
1. Kalau makan luar saya tak dapat kawal saiz hidangan yang saya makan.
Kalau kat rumah nasi saya makan dalam suku mangkuk.
Kalau kat luar membazir lak makan sikit dan buang.

2. Kat rumah saya dapat kawal penggunaan minyak dan bahan yang digunakan dalam masakan.
Sekarang kalau tumis sayur pun guna minyak yang sangat sedikit.

3. Dapat kawal dan balance nutrisi.
Kalau ayam saya goreng, sayur saya akan masak tanpa guna minyak.
Kalau saya stim ikan, sayur saya tumis.
Jadi saya tahu apa yang saya makan dan kawal.

Since da masak setiap hari ni, rutin pengurusan barang dapur pun bertukar la.
Dulu beli barang basah hari selasa kat pasar.
So selasa memang tak masak la.
Beli makanan kat pasar je.

Isnin pun ada pasar beli kat pasar jugak.
So boleh kata seminggu saya masak 3 kali je.
Weekend biasa kami lepak rumah mertua so samada makan kat luar atau makan kat sana.

Sekarang, beli lauk kat pasaraya NSK pagi sabtu atau ahad.
Beli stok seminggu dan tiada alasan lagi tiada bekalan bahan mentah atau nak kena gi pasar.

Kat sana pun banyak pilihan lauk "moden" dan harga pun murah jugak.

Perubahan lain sejak diet ni, 
Kos belanja setiap hari kurang.

Kalau dulu: Hari Bekerja
Breakfast kantin : Rm 2.00 (Nasi goreng + telur mata + kopi)
Lunch : Rm 6.00 (Nasi + Lauk + Buah + Ais krim / Dadih + Kopi)
Makan malam : Rm 20 (Makan luar biasa-biasa je)

Total : Rm 28.00

Weekend 
Breakfast : Rm 10.00
Lunch : Masak
Dinner : Rm 20.00

Total : Rm 30.00

Perbelanjaan Seminggu
2 Hari makan luar hari bekerja = Rm 28.00 x 2 = Rm 56.00
1 Hari Beli Lauk n Makanan kat Pasar = Rm 40.00
2 Hari weekend = Rm 30 x 2 =Rm 60
2 Hari Bekerja Masak = Rm 8.00 x 2 = 16

Grand Total = Rm 172

Sekarang

Hari bekerja
Breakfast : Rm 1.50 (Quaker oat + Buah)
Rm 0.80 (Telur separuh masak 2 biji)

(Oat 1 pek Rm 6.00 entah berapa kali makan baru habis.
letak anggaran)

Lunch : Rm 4.50 (No more kopi and ais krim and keropok dll)

Total : Rm 6.00

Weekend
Breakfast : Rm 10.00


Perbelanjaan Seminggu
Hari bekerja = 5 x Rm 6.00 = Rm 30.00
Weekend = Rm 20.00
Barang dapur stok seminggu = Rm 50.00

Grand Total = Rm 100.00

Rumusan 
Sebelum : Rm 172
Selepas : Rm 100

Tak jauh beza?
Yang kos sebelum tu, kalau makan luar yang biasa-biasa.
Kalau makan luar dah mestinya nak makan yang pelik-pelik sesekali.
Tang pelik sesekali tu yang membesarkan gap before and after tu.

Tu dari segi kasarnya.
Apa yang saya dapat rasa, aliran keluar cash money dari poket ni memang tak selaju dulu.
Kalau dulu pecahkan Rm 50.00 kejap je lesapnya.
Sedar sedar esok pecah lagi Rm 50.00

Walaupun kos yang saya tanggung hanya yang kat opis and jajan2 je, tapi yang rasa kesan paling besar sang suami la.
Dia kata duit keluar sekali seminggu je.
Kalau makan luar, hari2 laju je duit habis.

Hahahaha.. So papa, please love me more.

When we talk about makan kat rumah yang lain memang la banyak baiknya.
Tapi untuk saya yang masak kat rumah untuk kepentingan diri sendiri ni, memang baru sedar diri la.
Kalau la dari dulu start diet mesti percentage air tangan ibu yang membina tubuh badan anak-anak lebih besar berbanding makanan dari luar.

Seronok oooo.. tengok anak-anak hirup sup yang mama masak.
Lagi2 Awatif.
Rasa nak geget setiap kali dia angkat mangkuk dia untuk hirup sup.
Harap semangat ini berterusan.

6 comments:

bibi yusof said...

mama lynd... keep up!!! memang betul better masak kat rumah because kita tau nak anggar kalori berapa kan... jimat pon jimat.. skrang ni perbelanjaan kat office pon dah bekurangan sy ni... :) :) jom teruskan usaha lagi.. chaiyok!

All About AnaYna said...

Wahh tahniah mama lynd..disamping dpt berdiet dptlh jgk menjimatkan wang.sonok kan..:)alhamdulillah.

.Lydia. said...

wah skrg ni mood diet plak ye..dah try madu ngan serbuk kayu manis tu.aduh hazab juga nk mnghabiskan 1 cwn kecik.tp best.
mmg btul, mkn dirumah lg best bile tgk anak n somi mkn dgn sedapnya.u can sis..hope misi turunkan berat bdn berjaya. ada gk 1 2 tips sis sy ikuti..

Anonymous said...

bagus!..lin, aku skang pun dalam fasa menjaga diet sumai aku...selalunya aku lebih masak kepada yang menggunakan proses tanpa minyak seperti panggang dalam oven, kukus/stim..sayur lebih kepada salad mcm omputih atau ulam-ulaman. betul, bila makan kat luar, satu bajet memng tinggi, lagi satu taktau tahap kebersihannnya etc...pasaraya NSK, mcm familiar...adik ipar aku haritu ada beli buah kat aku dari psry tu..memang murah kot...dan segar plak tu...diaorg dok area puncak alam, n kerja kat meru tu...KAM

ch@ said...

bangga dgn ko Lynd. gigih dan gagah masak utk anak2. tingat masa aku kerja dulu, letih tu tak terucap dek kata2. kadang dah malas sgt aku delivery je mamak dpn rumah. part makan mmg aku tak pantang, pulun je sebab mmg nak besarkan badan, tapiii aku lebih pd menu sihatla badan nak guna lama.

now, dapur tempat kerja aku, tempat wajib dan tempat pertama perlu dilawat sebaik bgn tidur dan tempat terakhir sebelum masuk tidur. rezeki aku lynd masak utk anak2. suka sgt tgk dorg mkn apa yg aku buat, siap request lg.

berusaha Lynd, aku tau kau boleh. aku support mana yg aku mampu k.

adianiez AIDA said...

pertama skali ~ tahniah!!!
aida ni still nak amik semangat memasak tiap hari. maksima 3 hari bekerja je dpt masak. 2 hari lagi tu biasa nyer ada hal or asben da siap beli di pasar mlm.
weekend takde hal sebab balik umah mak / mertua.