Pages

Wednesday, June 4, 2014

Kisah Gelang Nikah

Fokus.
Bukan apa..
Bila banyak benda nak cerita, jadi tak tau nak tulis yang mana dulu, 
sudahnya close.
Pastu tak jadi update.

So saya nak fokus 1 cerita je.
Cerita si gelang nikah.
Antara barang kesayangan.
Nama pun gelang nikahkan.
Takkan ada beberapa jenis lak.
Mesti 1 tu je.

Walaupun dikatakan "kecik macam janggut udang" dek tukang urut kat kampung aku.
Tapi tetap disayangi sebab dengan titik peluh suami terchenta.

Setiap emas yang ada ditubuhku ini semuanya ada cerita walau sekecil mana sekali pun.

Ceritanya.. lepas raya tahun lepas (2013), di opis, ku perasan yang gelang tu dah xder kat lengan ni.
(Punyer la kecik sampai tak perasan)

Masa tu mmg blur tak tau bila kali terakhir tengok.
Dok fikir mungkin kat katil, jatuh time tido.
Dalam hati "percaya" gelang tu masih ada.

Balik rumah tak cakap banyak (masa tu bonda ada), terus naik atas kemas katil.
Cari celah-celah tilam, bawah katil semua-semua la.
Takder jugak.
Cuba fikir balik. 
Last ingatnya masa raya 2 minggu lepas ada lagi.
Dan since that macam-macam benda dan tempat dah ku pergi.

Masuk kebun cari durian kat Pahang.
Masuk mill pit R1 bersihkan scrap.
Macam-macam lah.

So redha.
Tapi hati kata masih ada. 
Dan mengharap.
Bagitau bonda.
Tapi tak bagitau en Suami.

Sooo.. masa berlalu.
Termasuk jugalah kejadian banjir kat R1 yang menyebabkan mill pit bersih dan licin.
Masa tu terfikir, ada tak orang jumpa gelang tu.

Takper la.
Redhakan aje.
Sampailah 2 bulan lepas.
Dalam bulan 4 kot.

Bonda dok rumah ku.
Pagi dalam kol 10, bonda call.
Dengan suara mengah.
Dah cuak dah.
Ada kejadian apa kat rumah.

"Mama, nenek jumpa gelang mama"
Macam blur.

"Nenek jumpa kat mana?"
"Dalam longkang"
"Longkang mana"
"Longkang depan rumah ni"

So syukur.
Masih tak dapat true story lagi dari bonda.

Balik tu bonda cakap yang dia tengah sodok sampah dalam longkang.
Pastu lumut and pasir tu tak boleh nak angkat sebab tersangkut.
Macam ada "benang" dok tarik lumut2 tu turun balik.
So bonda tarik la "benang" tu guna tangan.

Tu yang biji mata bonda besau tu.
"Ehhh.. ni gelang mama yang hilang tu kot"
Bonda masuk dalam rumah cuci ntah berapa kali.
Sebab gelang tu dah dekat setahun kot dalam tu.
Ada minyak itam semua.

Syukur.
Kalau difikir logik memang tak logik.
Dari camner gelang tu boleh ada kat situ.
Kenapa gelang tu tak dibawa arus.
Longkang tu longkang luar rumah kot.
Hujan ribut taufan, gotong royong, atapi gelang tu dijumpai disitu.
Camner nenek terfikir nak tarik pakai tangan.

Semua tu kuasa Allah.
Kunfayakun.
La haulawalakuwwataillah billah..



Dah gi polish dah gelang tu.
Dan melekat balik ditangan.
Tapi masih ada sedikit phobia.
Takut kejadian berulang lagi.

Sekian Terima Kasih

2 comments:

Nad MamaZN said...

mmg rezeki lynd la tu kan..

Siti Rohayah said...

gelang saya pon hilang semalam.. sob sob sob