Pages

Friday, July 12, 2013

Persiapan Ke Korea

Sentap-sentap jugak.
Tapi apa pun belum kemas.
Tak excited nak kemas.
Sebab pose kot.

Antara persiapan yang gitu2 je adalah waktu solat.



Memandangkan akan ke 3 lokasi Seoul (1 Night) --> YeoungJu (2Night) --> Hongcheon (3 Night) so jadual pun kena 3 tempat.

Persiapan lain makanan.





Product Brahim je la yang reasonable pun.
Nanti cari sayur n buah je la kat sana nanti.

Persiapan mental nak berjauhan dengan anak-anak musyuk cinta hati tu la.
Awatif tu manja sangat camner la nenek dia nak jaga tu.

Waaa... Bila sampai bahagian ni..aku butakan hati.
Buat xder hal..
Kalau difikir mula la sesak napas.



Tuesday, July 9, 2013

Selamat Datang Ramadhan

Assalamualaikum.
Syukur..
Kalau diberikan kesempatan dari Allah, beberapa jam lagi, Ramadhan akan bertamu.

Allah Maha Besar.
Terharu.
Allah panjangkan usia saya dan orang-orang yang saya sayang untuk merebut peluang ini.

Allah Maha Besar.
Syukur.

Setiap tahun mengharapkan Ramadhan yang bertamu adalah yang terbaik.
Ramadhan diharap menjadi lubuk saham amal ibadah untuk bekalan di hari Akhirat.

Allah Maha Besar.
Kepada Dia kita memohon.
Dihapuskan dosa yang bertahun dan menggunung.
Datanglah Ramadhan.
Bulan seribu nikmat.

Allah Maha Besar.

Kepada semua pembaca blog Kasehku-Hidupku dan Hidupku Rumahku Terurus,
saya memohan jutaan ampun dan maaf jika ada sebang tutur kata dan penulisan yang mengguris perasaan.


Ikhlas dari lubuk hati, saya selalu mengharap penulisan saya menjadi inspirasi dan info yang berguna kepada pembaca dan segali gus menjadi saham ibadah untuk saya dan sesama kita.

Saya seboleh mungkin mengelakkan diri dan menjauhkan diri dari sifat menunjuk, bangga diri dan riak.
Seikhlas mungkin hanya sekadar perkongsian perasaan dan kehidupan saya supaya memberi manfaat kepada pengunjung belog kecil ini.

Akhir sekali selamat berpesta Ibadah, semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik.

Selamat Berpuasa.
Saya Sayang Rakan-Rakan Sekalian.








Resepi : Nasi Ayam Ala Mok Yu

Huaaaa... Tak pernah-pernah post pasal masak-masak.
Tapi nak jugak.

Terjatuh cinta dengn nasi ayam yang disediakan oleh adik ipar.
Minta resepi dan try la last week.
Semangat berkobar-kobar.

3 Perkara yang kita akan sediakan ye puan-puan.

Nasi
Ayam
Sup

Cara-cara :

1. Rebus ayam.
(Ayam ini juga yang akan digunakan sebagai lauk nnt)



Cara penyediaan nasi :

1. Panaskan planta di dalam rice cooker.
2. Tumis bawang merah, bunga lawang dan kulit kayu manis.




3. Selepas naik bau, masukkan beras dan gaul.



4. Dan kemudian masukkan air rebusan ayam tadi.

5. Masukkan sedikit serbuk kunyit bagi menaikkan warna kuning nasi.
Dan tutup periuk dan biar sehingga masak.


Cara Penyediaan Ayam:

1. Tumbukkan halia dan bawang putih sehingga lumat.


 
2. Gaulkan bahan tumbuk tadi bersama dengan sos tiram, kicap dan sedikit garam.





3. Ambil ayam yang sudah direbus tadi dan gaul dengan bahan-bahan di atas.


4. Perap seketika bahan-bahan tadi.


5. Dan goreng dengan minyak yang sedikit.
Tak perlu goreng lama-lama sebab ayam tadi dah masak.
Cukup sekadar bahagian luar ayam garing.

Penyediaan Sup :

1. Masukkan perencah sup bunjut kedalam air rebusan ayam tadi.
Dan masukkan garam.



Dan inilah hasilnya. 
Presentation kena gempak.



Walaupun tak sedap.. Kakak makan nasi siap tambah lagi.

First time buat.
Markah untuk diri sendiri 5/10.
Ada ke bagi resepi tapi cakap tak sedap?
Hahahahaha..

Kena fine tune sikit lagi.
Nothing wrong with the resepi. 

Ok.. dah tambah 1 lagi jenis makanan yang Mama Lynd "berani" buat.

Monday, July 8, 2013

Meh Sini Adik Ajar

Senyum..
Salam isnin..

Hari ini adik nak mewarna


Kakak pun sama



Kaseh : Eh, cantiknya adik buat. Camner nak buat tu
Awatif : Mula-mula kakak buat camni
Kaseh : Tak pandai la dik

Adik : Jap, adik tunjuk.

Adik : Mula-mula kakak buat camni. 



Kakak : Ouhhh.. Kakak da pandai.


Heee... Jom sengeh ramai-ramai.

Thursday, July 4, 2013

Jalan-jalan Cameron Highland

Assaamualaikum.
Bukan tiada bahan nak up.
Tapi...... Abaikan excuse itu.. (Tak payah explain Cik Lynd)

Ok.
Bersempena Papa tukar tempat keje baru, so kami plan nak g jalan-jalan.
Yela sebelum mula tempat baru nak refresh mood dan lagi pun dah nak masuk Ramadhan, so segar-segarkan minda sebelum diri ini diserahkan kepada Allah dengan lebih lipat kali ganda berbanding bulan biasa.
Amin.. semoga Ramadhan ini adalah ini adalah yang terbaik berbanding sebelumnya.

Antara yang masuk senarai :
Janda Baik
Bukit Tinggi.
Gold Coast
Port Dickson
Cherating
Pangkor
Cameron Highland.

So pilih-punyer pilih.. kami decide nak ke Cameron Highland.
Biasalah kriteria tempat jalan-jalan kami, traveling less then 4 Hours dan 2Days 1 night Stay.

Dan ambil kira info bahawasanya, weekend jalan nak naik jem so kami decide nak g Jumaat.
Lagi pun Ahad saya ada Program Celik Momz (Next entry saya share)


Muka mama dan anak yang baru jaga dari tido.



Heee.. papa drive mama tersengguk-sengguk semasa dihighway.

Check in kol 1, kami da sampai atas kol 11.
So tempat 1st kami gi Butterfly Farm.
Kat sebelah dia ada Butterfly Garden.
tempat yang sama ke asing-asing.

Rasa ni taman persendirian kot.
Kecil je tempatnya.
Ada butterfly (Mestilah, nama pun butterfly garden)



Budak paling bising dalan jaring butterfly tu.

Excited lain macam budak setahun 3 bulan ni.
Sampai pak arab kat situ pun sengeh-sengeh.
Mau taknya, konon bercakap la ngan orang tu tapi sapa pun tak faham.
Tunjuk butterfly.

Selain butterfly, ada juga binatang lain macam serangga, ular, katak, tupai, kula-kula dan lain-lain.


Then kat bahagian belakang ada tempat tanam sayur.

Rasa macam nak guling-guling, geram tengok kesegaran pokok tu.

Kaseh?

Dah besau kot.
Tak berapa bising macam adik.
Adik pantang nampak benda gerak, semua ditunjuk.

Then singgah kat strawberry corner.

Makan strawberry segar.
Puas hati.
Beli yang memang dah masak sebab nak rembat terus.
Papa yang tak berapa suka pun makan jugak sebab dia kata manis.

Then check in.
Kami guling-guling.

Tertido sampai petang.
Heeee..

Tapikan seingat saya pasar malam yang diperkatakan di pekan Brinchang tu hari sabtu kan?
Kenapa kami g Jumaat dah ada.
So kami jalan je la dari hotel ke pasar malam.
Da xder mood nak amik gambar.

Bnayk yang menarik sebenarnya.
Antaranya pokok carrot yang masih segar dengan daunnya.
Papa suruh amik gambar, tapi malu.

Jambu Apple and Jambu Strawberry.
Mati-mati kami ingat spesis pokok yang kami tak pernah dengar.
Rupanya jambu batu yang dibuang kulit dan dijeruk so warna luarnya warna hijau apple dan merah strawberry.
Haisss.. Haisss..

Saya?
Strawberry coklat la.
3 cocok 5 ringgit.
Puas hati makcik makan.

Da malam, lepas maghrib turun lagi.
Jalan2 kat pasar n makan satey.

Bila kenit2 dah tido, papa keluar cari meggi.
Bukan sebab lapar, tapi tak tahan sejuk.

Heeee.. Syok Hannah tido.
Mentang-mentang sejuk.

Lepas bekpes, kami ke Cactus Valley and Big Strawberry Farm.


Kat Cactus Valley, Hannah memang terpegun, terpaku, terkaku tengok ikan kap besar2.

As i mention KAKU.


KERAS.
Haaaaa,, tak boleh tengok gambar ni.
Rasa nak geget.
Teringat peristiwa masa ni.

Dengan posisi yang begini, Hannah langsung tak bergerak dekat 10 minit.
Ada 1 family dari terengganu kot, dok cuit and keliling dia.
Langsung tak bergerak.
Kami panggil pun dia tak gerak.
Kaseh dah mula merengek sebab orang dah cuit-cuit adik dia.
Kaseh dok mintak ambilkan Hannah.
Tapi Awatif tak gerak.

Bila family tu pegi dia toleh dan meluru peluk papa.
Tutup muka kat peha papa.
Buat muka tersipu-sipu.
Tak tau la apa yang dia fikir sebenarnya.
Dia keras kat situ sebab leka or orang dok cuit dia.

Hais budak.
Gigit boleh?

Then decide gerak turun and nak singgah Tanah Rata.

Nak singgah Bharat Ladang Teh.

Oarang dah mula ramai.
Gayat tapi pemandangan cantik.


Beli la Teh Cameron buat MIL and boss yang approvekan cuti saya.
Heee..

On the way turun singgah beli sayur, petai dan madu.
Hoooo.. orang baru nak naik kami dah nak turun.
Yang pasti memang jem.

Berakhirlah sesi jalan kami untuk separuh masa pertama untuk 2013.

Corat - Coret :

1. Tak sejuk punyer pasal.
Kerek Papa. Katanya tak sejuk so tak payah bawak sweater.
Sekali nampak panas, keluar kete, masing2 sengeh sejuk.
Hooo.. Kena la beli sweater jugak.

2. Tour Plan
Sebelum pegi memang study dulu tempat-tempat yang patut dilawati.
Taknak nnt rasa rugi termiss tempat yang sepatutnya.
Lagi pun melancarkan prjalanan.
Tu tugas mama, papa just tanya "nak gi mana"

3. Hotel xder aircon and kipas.
 Masuk je hotel.
"Hais.. aircond xder, kipas tak der"
Tak payah..!!!
Sejuk sampai segala lubang yang ada ditutup.
Udara luar yang sejuk.
Biar kami kedap disitu.

Mama tumpang rezeki anak-anak. 

Wednesday, July 3, 2013

Tragedi Mengecat

Kan semalam baru sentap.
So semalam gigih la nak setelkan pending item.
Lepas tidokan Awatif, dalam kol 10 mula la keje mengecat.
Da siap 1 dinding.

Mula mengecat tangga.
Ulang alik dari tangga ke tempat cat.
Then lupa dah masa tu kat step berapa.

Ingat step pertama.
Sekali rupanya step ke 3.

Apa lagi.
Gedegang jatuh.
Roller entah melayang kemana.
Sang suami meluru angkat nangka busuk yang jatuh.

Yang pasti kaki kiri sangat sakit.
Kaseh terus nangis tengok mama dia jatuh.

So hasilnya harini.


Berbungkus.
Bengkak.
Hais.. Ujian Tuhan yang ada beribu HIKMAH.

Tuesday, July 2, 2013

Entry Sentap Kecut Perut

Hais..hais..
Disebalik kesibukan.
Dengan banyk benda yang bakal menanti.
Pejam - celik - lompat2 - makan - cayang anak..
Tiba2 baru perasan..

Da masuk July
Ok fine mesti lah lepas June kena lah July

Minggu Depan Da puasa
Alhamdulillah.. Diharap saya sempat merasa Ramadhan

Minggu depan da nak g Korea.
GEDEGANG..!!!!!
Hais.. Hais..
Terlampau sibuk ke memang tak perasan.
Secretary da sibuk hantar ticket flight (Ehh.. Dah nak g eak)
Pihak sana da start hantar request macam2 (Ousshh apa yang dorang sibuk sangat ni)

Sekali dok merancang weekend ni nak buat apa,
weeked depan nak buat apa.
Gedegang...!!!!
Tengok calender, tiada weekend untuk ku minggu depan..

Gedegang..
Selama ni dok berangan je sebelum gi Korea nak buat itu.. ini.. 
nak bawak itu.. ini..
Sekarang?
Apa pun belom buat.

Waaa... Kecut perut..
Macam-macam nak buat

1. Cat rumah belom siap
2. Baju untuk graduation belom cari.
3. Nak beli baju nak tunggu kurus dulu, tapi sekarang ni belom kurus..!!
4. Luggage belom beli. Sebelum ni pinjam je.
5. Makanan nak bawak sana untuk sahur.
6. Belom pesan-pesan lagi kat anak-anak.
7. Slide belom finalize lagi.

Waaaa.... macam-macam..

Pihak sana mintak gambar dengan mentor.
Ni gambar mentor I.


SK Rajoo, that someone that i really admire.
His passion, his energy and everything la.
i want to be like him when I'm at his age.
Da retire tp company panggil balik untuk mejadi penyelamat.


 Entry sentap diiring kecut perut.