Pages

Tuesday, July 9, 2013

Resepi : Nasi Ayam Ala Mok Yu

Huaaaa... Tak pernah-pernah post pasal masak-masak.
Tapi nak jugak.

Terjatuh cinta dengn nasi ayam yang disediakan oleh adik ipar.
Minta resepi dan try la last week.
Semangat berkobar-kobar.

3 Perkara yang kita akan sediakan ye puan-puan.

Nasi
Ayam
Sup

Cara-cara :

1. Rebus ayam.
(Ayam ini juga yang akan digunakan sebagai lauk nnt)



Cara penyediaan nasi :

1. Panaskan planta di dalam rice cooker.
2. Tumis bawang merah, bunga lawang dan kulit kayu manis.




3. Selepas naik bau, masukkan beras dan gaul.



4. Dan kemudian masukkan air rebusan ayam tadi.

5. Masukkan sedikit serbuk kunyit bagi menaikkan warna kuning nasi.
Dan tutup periuk dan biar sehingga masak.


Cara Penyediaan Ayam:

1. Tumbukkan halia dan bawang putih sehingga lumat.


 
2. Gaulkan bahan tumbuk tadi bersama dengan sos tiram, kicap dan sedikit garam.





3. Ambil ayam yang sudah direbus tadi dan gaul dengan bahan-bahan di atas.


4. Perap seketika bahan-bahan tadi.


5. Dan goreng dengan minyak yang sedikit.
Tak perlu goreng lama-lama sebab ayam tadi dah masak.
Cukup sekadar bahagian luar ayam garing.

Penyediaan Sup :

1. Masukkan perencah sup bunjut kedalam air rebusan ayam tadi.
Dan masukkan garam.



Dan inilah hasilnya. 
Presentation kena gempak.



Walaupun tak sedap.. Kakak makan nasi siap tambah lagi.

First time buat.
Markah untuk diri sendiri 5/10.
Ada ke bagi resepi tapi cakap tak sedap?
Hahahahaha..

Kena fine tune sikit lagi.
Nothing wrong with the resepi. 

Ok.. dah tambah 1 lagi jenis makanan yang Mama Lynd "berani" buat.

3 comments:

Masya said...

senangkan buatnya, nanti raya blhlah jamu sedara mara dtg rumah...

umi alya said...

idea ntuk bersahur nnt, biasanya nasi tu akak masukkan garam sedikit..

cik hani said...

Sejak kawen tak msk lg ns aym