Pages

Thursday, July 4, 2013

Jalan-jalan Cameron Highland

Assaamualaikum.
Bukan tiada bahan nak up.
Tapi...... Abaikan excuse itu.. (Tak payah explain Cik Lynd)

Ok.
Bersempena Papa tukar tempat keje baru, so kami plan nak g jalan-jalan.
Yela sebelum mula tempat baru nak refresh mood dan lagi pun dah nak masuk Ramadhan, so segar-segarkan minda sebelum diri ini diserahkan kepada Allah dengan lebih lipat kali ganda berbanding bulan biasa.
Amin.. semoga Ramadhan ini adalah ini adalah yang terbaik berbanding sebelumnya.

Antara yang masuk senarai :
Janda Baik
Bukit Tinggi.
Gold Coast
Port Dickson
Cherating
Pangkor
Cameron Highland.

So pilih-punyer pilih.. kami decide nak ke Cameron Highland.
Biasalah kriteria tempat jalan-jalan kami, traveling less then 4 Hours dan 2Days 1 night Stay.

Dan ambil kira info bahawasanya, weekend jalan nak naik jem so kami decide nak g Jumaat.
Lagi pun Ahad saya ada Program Celik Momz (Next entry saya share)


Muka mama dan anak yang baru jaga dari tido.



Heee.. papa drive mama tersengguk-sengguk semasa dihighway.

Check in kol 1, kami da sampai atas kol 11.
So tempat 1st kami gi Butterfly Farm.
Kat sebelah dia ada Butterfly Garden.
tempat yang sama ke asing-asing.

Rasa ni taman persendirian kot.
Kecil je tempatnya.
Ada butterfly (Mestilah, nama pun butterfly garden)



Budak paling bising dalan jaring butterfly tu.

Excited lain macam budak setahun 3 bulan ni.
Sampai pak arab kat situ pun sengeh-sengeh.
Mau taknya, konon bercakap la ngan orang tu tapi sapa pun tak faham.
Tunjuk butterfly.

Selain butterfly, ada juga binatang lain macam serangga, ular, katak, tupai, kula-kula dan lain-lain.


Then kat bahagian belakang ada tempat tanam sayur.

Rasa macam nak guling-guling, geram tengok kesegaran pokok tu.

Kaseh?

Dah besau kot.
Tak berapa bising macam adik.
Adik pantang nampak benda gerak, semua ditunjuk.

Then singgah kat strawberry corner.

Makan strawberry segar.
Puas hati.
Beli yang memang dah masak sebab nak rembat terus.
Papa yang tak berapa suka pun makan jugak sebab dia kata manis.

Then check in.
Kami guling-guling.

Tertido sampai petang.
Heeee..

Tapikan seingat saya pasar malam yang diperkatakan di pekan Brinchang tu hari sabtu kan?
Kenapa kami g Jumaat dah ada.
So kami jalan je la dari hotel ke pasar malam.
Da xder mood nak amik gambar.

Bnayk yang menarik sebenarnya.
Antaranya pokok carrot yang masih segar dengan daunnya.
Papa suruh amik gambar, tapi malu.

Jambu Apple and Jambu Strawberry.
Mati-mati kami ingat spesis pokok yang kami tak pernah dengar.
Rupanya jambu batu yang dibuang kulit dan dijeruk so warna luarnya warna hijau apple dan merah strawberry.
Haisss.. Haisss..

Saya?
Strawberry coklat la.
3 cocok 5 ringgit.
Puas hati makcik makan.

Da malam, lepas maghrib turun lagi.
Jalan2 kat pasar n makan satey.

Bila kenit2 dah tido, papa keluar cari meggi.
Bukan sebab lapar, tapi tak tahan sejuk.

Heeee.. Syok Hannah tido.
Mentang-mentang sejuk.

Lepas bekpes, kami ke Cactus Valley and Big Strawberry Farm.


Kat Cactus Valley, Hannah memang terpegun, terpaku, terkaku tengok ikan kap besar2.

As i mention KAKU.


KERAS.
Haaaaa,, tak boleh tengok gambar ni.
Rasa nak geget.
Teringat peristiwa masa ni.

Dengan posisi yang begini, Hannah langsung tak bergerak dekat 10 minit.
Ada 1 family dari terengganu kot, dok cuit and keliling dia.
Langsung tak bergerak.
Kami panggil pun dia tak gerak.
Kaseh dah mula merengek sebab orang dah cuit-cuit adik dia.
Kaseh dok mintak ambilkan Hannah.
Tapi Awatif tak gerak.

Bila family tu pegi dia toleh dan meluru peluk papa.
Tutup muka kat peha papa.
Buat muka tersipu-sipu.
Tak tau la apa yang dia fikir sebenarnya.
Dia keras kat situ sebab leka or orang dok cuit dia.

Hais budak.
Gigit boleh?

Then decide gerak turun and nak singgah Tanah Rata.

Nak singgah Bharat Ladang Teh.

Oarang dah mula ramai.
Gayat tapi pemandangan cantik.


Beli la Teh Cameron buat MIL and boss yang approvekan cuti saya.
Heee..

On the way turun singgah beli sayur, petai dan madu.
Hoooo.. orang baru nak naik kami dah nak turun.
Yang pasti memang jem.

Berakhirlah sesi jalan kami untuk separuh masa pertama untuk 2013.

Corat - Coret :

1. Tak sejuk punyer pasal.
Kerek Papa. Katanya tak sejuk so tak payah bawak sweater.
Sekali nampak panas, keluar kete, masing2 sengeh sejuk.
Hooo.. Kena la beli sweater jugak.

2. Tour Plan
Sebelum pegi memang study dulu tempat-tempat yang patut dilawati.
Taknak nnt rasa rugi termiss tempat yang sepatutnya.
Lagi pun melancarkan prjalanan.
Tu tugas mama, papa just tanya "nak gi mana"

3. Hotel xder aircon and kipas.
 Masuk je hotel.
"Hais.. aircond xder, kipas tak der"
Tak payah..!!!
Sejuk sampai segala lubang yang ada ditutup.
Udara luar yang sejuk.
Biar kami kedap disitu.

Mama tumpang rezeki anak-anak. 

2 comments:

Nad MamaZN said...

Pasar malam brinchang tu dia dh buat setiap hari
Malam ada pagi pun ada

JaSSNaNi said...

hahahaha.. syok kan gi CH... hari tu pun sama.. naik CH waktu fiyya umur 46 hari.. sampai CH menggigil sejuk.. lepas tu hujan lak tu.. cari sweater, cari topi.. sbb anak2 dah menggiggil.. lepas tu tido malam kena berstokin bagai lagi...