Dengan ini saya ingin menjemput rakan-rakan pembaca untuk berkongsi tips, idea dan cadangan dalam bagaimana anda menguruskan rumah anda.
Tak perlu la gempak2 atau mahal.
Idea-idea simple seperti :
1. Bagaimana anda meletakkan rak kasut supaya senang menyimpan kasut.
2. Bagaimana anda menguruskan rumah 2 tingkat?
3. Bagaimana anda menyusun barangan dapur bagi rumah yang tidak mempunyai cabinet dapur?
4. Bagaimana anda menyusun pakaian anak-anak?
5. Bagaimana anda menyusun jadual dalam menyelesaikan urusan rumah seperti memasak, basuh baju, iron baju dan lipat baju?
6. Bagaimana anda menyimpan dokumen peribadi seperti sijil kelahiran anak2, surat nikah dan dokumen pinjaman bank.
7. Bagaimana anda menyusun / menguruskan pakaian lama.
Jom Kongsi.
Samada anda buat entry dan tinggalkan link
atau
pada sesiapa yang tidak mempunyai blog, anda boleh emailkan cara anda dan sertakan gambar.
Nanti saya akan kongsi dientry saya bagaimana cara anda.
Bagi yang tiada idea,
mulakan dari sekarang, cari idea bagaimana kita mahu pastikan rumah kita tersusun.
Dan kongsi dengan saya.
Saya ambil idea dari blog2 luar negara, mereka kongsikan idea2 menarik dan realistik para pembaca.
Jom mulakan cabaran.
Kita perlu mulakan.
Saya seronok bila 70% dari carian blog Kasehku-hidupku.blogspot ini melalui home organising.
Sebenarnya ramai yang cuba memperbaiki diri dan cuba mencari idea.
Jika anda sudah mempunyai idea, jom kongsi dan serta gambar.
Saya sekarang dalam proses menyelesaikan 2 project.
1. Bilik Bersiap dan bilik solat.
Baru selesai alih2 perabot hujung minggu lepas.
Weekend ni nak buat perincian.
Saya kongsikan sedikit gambar sebelum.
2. Cabinet dapur.
Sudah diselongkar dan telah mengenal pasti apa barang yang saya perlu beli.
Antara 2 rak ni, dari Cosway.
Wa cakap lu barang2 organising dari cosway mmg best.
Heeee..
Jom Kongsi.
Email saya : sitinorhas_linda@yahoo.com
2 comments:
eh..lyn menariknye barg cosway..camno nok katalog dio tu
Elly : Kena masuk ahli. Gi kedai cosway. Pendafteran 30rgt.
Post a Comment