Pages

Tuesday, June 12, 2012

Home Organizing : Bilik Bersiap

Assalamualaikum.
Semangat berkobar-kobar nak update.
Terima email dari Siti Atikah Ashar.
Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya yang serba serabut ni.
Lepas je baca email kol 10:30 malam tu jugak saya sambung project mengalih barang.

Ok secara keselurannya sudah berada ditempatnya.
Saya ada ceritakan mengenai bilik bersiap keluarga disini.
Bila yang dijadikan tempat bersiap, bilik solat dan bilik iron baju.

Jika dari pintu, kita boleh lihat begini.


Lapangkan?
So kalau ada tetamu lalu nak g dapur mmg selamat la.

Tapi masuk dalam sikit.
Jumpa lah macam2.
Heee..

Bahagian kegemaran saya, yang dulunya begini.

Sebelum.






Dan selepas disusun-susun,
jadilah begini.

Selepas.

Ruang yang serba ada.
Saya tak perlu banyak bergerak terutama untuk bersiap pada waktu pagi.
Tempat sidai baju tu memang diperuntukkan untuk uniform kerja saya dan suami.
Inner untuk 5 hari pun saya susun sekali.
So pagi2 mmg sangat senang.
 


So hari isnin baju mmg full kat sini.
Hari jumaat je lapang sikit.
Tempat hang tudung pun dekat aje.
Cermin pun dialihkan ke situ sebab bila almari tu di alihkan,
tiada tempat untuk letak sikat dan bedak bagai.
So kena la alih cermin tu sekali.
Storage box tu ada baju lama2 Awatif and Kaseh.
Ada toto and bantal lama anak2.
Asalnya nak letak stor bawah tangga tapi nnt nak cri barang susah.
Baju anak2 capat "mengecil" so sebulan skali mmg kena pilih baju mana yang dah tak bleh pakai bleh masuk kotak ni.

Drawer2 tu pun tempat say simpan baju basahan kat rumah, kain batik dan ruang paling bawah tu stok sabun.

Percaya tak organising ni menjimatkan ruang.?
Bila disusun2 saya dapat kosongkan 1 rak, 2 bakul dan 1 tupperware besar.
sapa kata organizing mahal?
selain memudahkan ia jjuga dapat menjimatkan ruang.

Almari mari pakaian pulak disusun begini.
Sebelum
 


Selepas.
 

Almari tinggi adlah untuk pakaian harian.
Tshirt dan blouse.
Baju kurung and kemeja suami kat almari atas untuk baju yang jarang pakai.
Drawer bawah untuk towel.
Almari yang rendah tu untuk dress anak2.
Dan selepas disusun2 boleh jadi tempat letak conforter, bantal and toto.


Tapi yang paling saya tak berkenan adalah ini.
 
Nampak macam tempat lambak.
Nak kena cri idea cmner nak letak barang2 ni.

Tempat yang kena improve lagi adalah tempat letak barang2 bersiap ni.

Sebelum
 

Selepas.


 

Konon ada suntikan kreatif guna mangkuk kaca hadiah kawin yang tersadai dalam almari.
Susunan barang2 ni pun ikut penggunaan.
Yanga pakai hari2 letak paling dekat dengan cermin.
Pun masih boleh diperbaiki.

Next is tempat iron baju.

Sebelum

Selepas
 
Kalau dulu nak kena ali2 tiap kali nk guna sebab nak kedudukan iron di sebelag kanan.
So kena tolak sikit ketengah.
Bahaya bila Kaseh datang dari depan bleh terkena iron panas.
Tapi dengan kedudukan baru saya mengiron mengadap dinding siap2 so selamat dan tak perlua alih.

Tapi iron board ku ni sudah uzur.
Dah slanting pun.
 
Haruslah ditamatkan perkhidmatanya setelah bertugas lebih dari 4 tahun kot.

Ada ruang y perlu diperbaiki.
Terutama untuk meletakkan ciri2 bilik solat.
Karpet dan hiasan dinding mungkin boleh ditambah.

dan nak cari idea mana nak letak Conforter, matress dan bantal2 yang biasanya untuk tetamu.
Dulu letak dlam baby cot tapi sekarang babycot dah digunakan so kena cari lokasi yang sesuai.

Ada yang ingin dikongsi?
Jom Kongsi.
Email : sitinorhas_linda@yahoo.com
atau 
tinggalkan link anda.

Jom mulakan.
 
 

 
 
 

2 comments:

Reen Tart Nenas said...

owh hari nie saye nak kemas peti sejuk :)

Unknown said...

Jom kongsi. Fridge sy xder barang sgt so cm kosong je klu nk update pun. heee