Pages

Thursday, February 21, 2013

Ayat Orang Berjaya

Sapa berjaya?
Saya?
Semestinya tidak or in other words "belum lagi"
Bila kita berkomunikasi dengan orang-orang yang benar-benar berjaya means sudah mencapai tahap yang paling tinggi dalam kerjaya mereka,
ada persamaan respond y kita terima.

Apa sahaja jawapan pada pertanyaan mereka, perkataan pertama yang mereka sebut adalah "Great", "Good", "Brilliant", "Excellent"

Setiap perbincangan atau cadangan kita mesti respond pertama "Great" "Good"
Then baru diikuti dengan komen.

Pada saya mereka sentiasa memandang positif kepada pendapat orang.
Itu yang saya perasan bila saya berkomunikasi dengan orang yang benar-benar berjaya.

Saya?
Sebab tu saya tak berjaya sebab kalau berbincang je sibuk nak potong cakap orang.
Then komplen pendapat orang.
Ada je yang tak kena pada orang.

Orang berjaya, sentiasa memandang positif sesuatu perkara.
Dan saya ada kenal seorang rakan sekerja.
Kira rakan walaupun dia sebaya dengan ayah saya.
Sudah pencen tapi dia dipanggil kembali secara kontrak untuk menyelesaikan masalah kualiti kat company.
Sangat passion berkerja.
Mengagumkan.
Tapi yang membuatkan saya bertambah kagum dengan dia adalah kesopanan dia.
Dengan orang yang sangat berpengalaman dan bukan calang-calang kalau company boleh panggil balik dia berkhidmat untuk menyelesaikan masalah.
Kalau dia nak nyatakan sesuatu pendapat, ayat dia bermula dengan 
"I'm maybe wrong....."

Then kalau kita kasi pendapat respond dia "Good Linda.... But...."
Baru la dia bagi pendapat dia.
Pengalaman dan kemahiran seseorang itu mungkin boleh berada pada thap yang paling tinggi tapi untuk seiring dengan kesopanan dan kerendahan diri tu yang susah.

Saya?
Skill tarak budi bahasa pun tarak.
hooo.. Camner?
Muhasabah diri..




2 comments:

nurbijen said...

bila baca post ni, teringat pula kelas Academic speaking yang sedang saya ikuti.... banyak juga yg saya belajar dari kelas tu dan salah satu daripadanya adalah cara yg lebih akademik bila kita cuba menyatakan pendapat.. benar apa yg linda kata, tak boleh main belasah jer.. kita dah terbiasa dgn budaya mcm tu :)

Imaan09 said...

lecturer cni kata itu style org UK cakap.. puji melambung pastu baru sambung ayat "but.."..
tp xkira laa, apa y boleh kita contohi, amik la, apa salahnya kan..