Assalamualaikum.
Dah lama tak carita pasal dunia kecantikan saya yang tak cantik ni.
Dari zaman sekolah menengah Cik-cik Jerawat memang tanpa segan silu tumbuh kat wajah saya.
Dari yang jenis halus dan berpasir sampai lah yang sebesar guli.
Tapi biasalah remaja.
Apa sangat lah yang boleh buat setakat bertukar pencuci muka.
Bila dah masuk Universiti pun memang tiada sebarang usaha, sampai lah nak bertunang.
Dah mula risau dan usaha.
Selama ni risau je.
Lagi pun memang tak berhabis sangat bab wajah ni.
So masa nk bertunang dah mula berjinak-jinak dengan facial kat Herba Line.
Memang nampak kesan la dengan 3 kali facial and pakai pimple cream.
Then lepas je bertunang, mode malas datang balik.
So segarlah Cik jerawat tumbuh diwajahku.
Then On-Off la rajinnya dengan product yang biasa-biasa aja.
Olay la, Safi la, tapi memang tak berhabis sangat.
Sampailah lepas beranak 2 ni.
Bila dah mula concern pasal penampilan diri.
Dah mula google pasal product kecantikan.
Tu yang keluar entry rutin penjagaan wajah ni.
Boleh baca sini
Masa ni jerawat memang dah kurang sangat.
So bila jerawat dah kurang mula la nak move to the next step.
Kalau masa jerawat subur dulu fikir
"Tidak ku pinta wajah yang toing..toing.. and blink..blink.. licin dan berseri. Cukuplah sekadah wajah bebas jerawat."
Tapi bila dah xder jerawat mula la fikir..
"Kusamnya muka.. tak berseri la.. bintik hitam la.. pori-pori besar la.."
So pencarian product wajah berseri dimulakan.
Tu yang mula keluar entry-entry product kecantikan yang lain.
Boleh baca kat sini
Tapi sebenarnya ada 1 lagi product yang saya tak reveal.
Product penjagaan wajah yang lengkap dengan Sabun Pencuci Wajah, Krim Siang dan Krim Malam.
Saya nak guna dulu dan saya rasa Ok, baru saya nak reveal.
Product apa?
Tunggu cukup material baru saya reveal.
Ihiksss.. Saja nak kasi suspen.
So sebagai bukti keterukan jerawat saya satu ketika dulu, saya reveal gambar before and after.
(Ku ambil semangat mu pijot untuk tayang wajah sebenarku)
Before
Satu ketika dulu.
Nampak tak parut dan jerawat yang masih segar?
After
After anak 2?
Hehehehe..
Gambar last tu memang tanpa calitan sebarang bedak.
Sebab perasan muka asli flawless so xpayah pakai bedak.
Lagi pun malam xder sinaran UV
(Alasan seorang makcik yang datang angin malas)
Dan tahi lalat tu masih segar di situ.
Dan tahi lalat tu masih segar di situ.
Nampak perbezaan x?
Pada saya ada beberapa faktor :
1. Product yang tepat.
2. Rutin yang betul
3. Hormon makcik beranak 2 ni dah stabil.
Kalau dulu bedak baby tu yang sapu bila nak keluar.
Tapi sekarang memang ada peruntukan sedikit masa untuk mengoles krim itu ini sebelum keluar.
Apa-apa pun product kita pakai yang penting disiplin.
3 comments:
ahaks..wajar jadi duta produk tak kita ni? baru betul2 be4 n after...takda tipu punyaaa...hahaha
tang tahi lalat tu tak blh blah, mmg akan sentiasa segar di situ laa...;D
mmmmmmmmmmm, melati? haha
Saya yang beranak satu hormon tak stabil mana...
Dah hilang, elok bersih muke..
Sekarang dah naik balik plak..
[mungkin sebab tak jaga makan]
Apa rahsia yeee..?
Post a Comment