Pages

Saturday, October 5, 2013

Kakak Kaseh dan Why-Why Analysis

Chenta hati mama yang mama sayang sangat.
Maaf sangat sebab da lama tak cerita pasal anak-anak mama ni.
Bukan apa.
Banyak cerita tapi gambar takder.

Tanpa gambar otak mama stuck tanpa inspirasi.
Ouhhh.. gambar atas meja mama ada.
Mama tulis sambil tengok gambar ni je.
Nanti balik mama korek2 gambar kat handphone papa.

Ohh chenta hati mama dua-dua.
Sebab kalian mama dapat bakar lebih kalori setiap hari.
Sebab kalian mama bergelak ketawa setiap hari.

Kakak.
Memang dalam proses membentuk personality.
Keletahnya.
Percakapannya.
Sampai mengundang teguran jiran belakang.
Bahasanya bagai orang dewasa.
Tapi yang polite la.

"Anak-anak mama budak baik kan?"
"Kaseh nak makan banyak-banyak biar dapat dokong Awatif"
"Kalau kita nakal nanti Syaitan suke"
"Hais.. budak 2 beradik ni"
"Kalau Kaseh budak baik mama buat agak-agak ke?"
**Agar-agar**

Tu antara celoteh yang selalu keluar dari mulut yang becok tu.

Kakak Kaseh da kurang pelat tapi ada perkataan yang dia main bantai je.

Mama nak g PEMADAM 
*padang*

Mama nak sapu SATIMOL 
*minyak yuyi cap limau*

Mama Kaseh DEMANG 
*demam*

Mama Kaseh BESEME 
*selsema*

Kat OSPISTAL budak-budak tak boleh masuk.
*Hospital*

Kadang-kadang papa tak tahu pun apa yang dimaksudkan.

Yang menjadi ke "gerunan" kami suami isteri bila dia mula dengan "Kenapa".
Panjang la la ceritanya nanti.

"Mama kenapa kucing tu nangis?"
"Dia cari mama dia"
"Mama dia gi mana?"
"Mama dia merajuk"
"Kenapa mama dia merajuk?"
"Ye la sebab anak dia tak dengar cakap mama dia"
"Papa dia gi mana?"
"Papa dia g work"
"Kenapa papa dia gi work?"
"Ye la, nak cari duit nak beli makanan"
"Mama dia?"
"Kan mama dia merajuk tadi."
"Ouhh.."

Memang kami menunggu yang closing "Ouhh"  tu.
Tapi kadang-kadang ada gak dia kasi conclusion 
"Nanti bila mama da gaji mama belikan makanan kucing ye"

Situasi ni terjadi dimana sahaja dan bila-bila masa.
Tengok tv lagi teruk.
Tapi kadang-kadang dia tanya tak berenti tu bila dia ngantuk.
Dia da tak larat nak menggunakan fizikal sebab da ngantuk dapat gerak bibir pun takper la.
Tu la orang kata budak tak dok diam.

Apa-apa pun mama sayang kamu.
Next cerita adik Awatif pulak.




2 comments:

Fizah said...

opistal dgn demang sama!! :)

ch@ said...

ahahaa, comel sgt. nanti dia petah Lynd. serupa dgn auni, sampai aku pening, apa lagi nak jawab. kalo dgr dia membebel, lg la. sampai tahap, aku soh diam dua minit. taktaula skolah esok cemana.