Pages

Tuesday, June 17, 2014

Ceria Pagi Bersama Kaseh dan Awatif

Assalamualaikum.
Cerita anak-anak waktu pagi.
Since Kaseh da tadika, memang pagi-pagi Kaseh kena mandi and pakai baju sekolah la.
Tapi satu ketika dulu..
Dari nak kejut, buka baju, siram, pakai baju sampai ke masuk kete macam mimpi ngeri bagi mama..
Hahahaha..

Macam2 alasan dan ragam liatnya nak bangun.
Sejuk la..
Ngantuk la..
Siap di tanya kenapa kacau dia tido.
Hamboi.

Adik pulak seboleh mungkin saya taknak kejutkan sebab 1 hal pulak nak uruskan 2 budak.

Tapi saya silap.
Selepas beberapa kali kakak mengamuk kat katil sampai adik terjaga.
Bila adik jaga kena mandikan dan siapkan kedua-duanya.
Rupanya itu lagi senang.



Bila adik bangun kakak pun bangun la.
Kalau tak ada je alasan dia, "nak dok kat rumah nanti dia jaga adik la"

Adik.. kalau dia bangun ceria aje..
eluk-eluk.. iyum..iyum.. ajak turun mandi senang je.

Cuma yang tak tahan tang dia gedik-gedik tonggekkan bontot sebelum pakai pampers tu yang rasa nak gigit.

So sejak tu, rutin pagi memang akan kejut adik dulu.
Kacau adik dulu.
Bila kakak dengar dia bangun la.
Bahagia mak.


So i'm having a very good start every morning.
Mandikan.
Pakai baju ni ikut mood anak-anak.
Ada angin dia nak toncet.
Gini la jadinya.




Bila hari dorang nak pakai tudung.



Ada hari yang nak pakai stokin.


Bahagia sangat.
Jadi mak ni pun tak kisah la sampai opis lambat pun.
Janji dapat bercanda dengan dorang dulu.
Lambat pun takder sampai lepas 8.30 am.

Love both of you.
Sayang kamu berdua ketat2..




2 comments:

juelee said...

bagusnya.. mesti rapat dua org ni

Unknown said...

Juelee : bergaduh jugak 2 ni. Tak boleh sorang lebih. Sume nak sama.