Pages

Tuesday, August 3, 2010

Imaan dan Kaseh

Kaseh oh Kaseh.
2 minggu lepas g melawat Imaan sakit.
Semalam Kaseh pun admited ward DEMC semalam...
with the same reason "bronchial pneumonia"

Hai Lea, kita best pren anak kita pun best pren jugak la nampaknya.
Bermula dengan selsema hari Ahad,
malamnya kol 1.30 pagi Kaseh nangis tiba2..
Nangis kesakitan (Every moms will know the patern of their baby)
Suara dia sangatttttt lain.
Suara sakit tekak yang sangat teruk.
Nenen pun refuce sbb maybe sakit tekak kot.
Sampai tertido.
Tido pun nafas bunyi kuat.
Kol 4.. skali lagi nangis.
Ku pujuk2 lagi.
Kol 8 pagi ku g klinik dekat ngan rumah.
Dr cakap paru2 bunyi bising.
Dia kasi gas untuk cairkan kahak.
Time tu Kaseh blum demam.
Aku g keje dulu jap sbb ada meeting penting.
Encik Suami jaga dulu.
Tengahari ku balik bunyi nafas Kaseh still kuat dan batuk still ada dan bnyi sangat menakutkan.

Ku nekad bawak g DEMC kol 2.30 ptg.
Dr checked and the explanation is same.
But he asked weather want warded or not coz Kaseh needs nebulizer every 3 hours.
So we decided to stay because everythings are here and we can't take any risk by staying at home.
Ku baru berfikir2 nak buat N3 untuk Kaseh semalam sempena Kaseh 5 bulan semalam.
02032010 ---> 02082010
Tapi N3 lain lak yang ku buat hari ni.

Keadaan Kaseh.
Dia still ceria.
Masa nebulizer still leh sengeh.
Masa masuk petang semalam temp 38.0 degree and td last check 36.5 degree.
So temp da ok.

Pg td Dr ckp nak sedut tapi aku tak kasi.
Tak sanggup aku tengok.
Ku suruh tepuk aje sbb keadaan Kaseh tak teruk pun dah.
Nafas da tak kuat.
batuk pun da better.
So buat ape sedut.
Hope my decision is correct.

Tadi fisio pun Kaseh still leh sengeh2.
Dr cakap anak awak kuat tapi mak dia yang terlebih takut.
Mau tak beb.
Ku mak dia, mak mane yang sanggup tengok anak dia menangis.
(ke aku y over????)
Dr cakap lets your baby batuk or "uk-uk".
Kahak tu akan kuar pas fisio.
Hari ini da 3 kali Kaseh uk-uk yang cair.
Which is good coz all the kahak go through that way.
Pandai anak mama.

** Anak org sebelah tengah nangis and dok sebut "sakit..sakit.."
Luluh hati aku.
Admited sbb dalam mulut ada ulser so refuce makan or menyusu.
Nangis sejak pas "cuci" mulut pagi tadi.
Dugaan bagi ibu bapa**

Back to Kaseh.
Dia banyak tido.
maybe kesan ubat kot.
Ubat batuk, selsema, demam, antibiotik.
ku tak kasi nurse yang kasi kan.
Bior la dia menjerit ngan aku.

Pagi td ada opis mate ku tepon.
sbnrnya nak citer pasal keje.
Tapi membebel dulu kat aku.
Kat opis mmg dikenali pengepam tegar.
Drg sume tau yang anak aku just minum SI je.
tapi alih2 sakit sampai kena warded.
Katanya....
"Anak ko minum susu badan patutnya tak macam ni"
"Ko la makan mimum yang tidak2"
"Anak ko yang kena. Sian dia"

Yang membebel tu lelaki tau.
Hampeh tol.
Aku kena bebel lak
Pikir balik.....
Betul ke salah aku..?
Masih merenung kata2 dia..
Ada logiknya.

Ermmmm...
Apa2 pun kalau ku tak kasi SI mybe anak ku lagi teruk.
Doakan kami ye kawan2.




Friday, July 30, 2010

Badan Oh Badan

Bagi ibu yang menyusukan anak mereka pasti biasa dengan quote
"ON DEMAND" or "Mengikut Permintaan"
Maksudnya, bila baby nak, kasi jeeee.
Tak payah tengok jam.
"Huis da 2 jam, bleh kasi."
"Blom 2 jam mane leh kasi"

Tujuannya adalah untuk badan kita menyeting pengeluaran mengikut keperluan baby kita.
Dari konteks ibu berkerjaya, mereka perlu menstimulate pengeluaran susu dengan aktiviti mengepam.

Pengeluaran susu adalah seperti flush toilet
(sorry klu perumpamaan ni agak krg sopan)
Jika kita flush..air baru akan refill.
Flush je refill.
Flush lagi refill lagi.
Kalau tak flush maka tak refill.
Takkan jadi yang dia refill je sampai melimpah.
(Klu pam tu rosak lain cerita ye)
Klu dalam pantang yeee.
Badan kita refill jeee klu tak flush kuar mesti bengkak dan demam.

Klu hormon da stabil konsepnya adalah seperti flush la.
Bila kita pam SI, badan akan setting yang kita memerlukan sebanyak itu SI.
Kalau kita tak pam, badan kita akan setting kita tidak memerlukan SI.
Makin kurang kita mengeluarkan SI makin kurang la penghasilannya.
Begitu bagusnya badan kita.
So takder la membazir bagi orang2 yang tak menyusukan anaknya.
Sebab badannya "Da paham2 sendiri".

Bagi ibu yang bz cam aku........
Waaaaa sangat menyedihkan.
Bukan ku tak mau mengepam tapi kekangan masa.
(Ni semua alasan)
Bila BZ ku tak sempat mengepam.
Dan badan ku yang mengikut perintah Penciptanya ini,
melakukan tugasnya dengan taat dan patuh.
Badan ku disetting mengikut "keperluan".
Dan sekarang ku perlu membantu badan ku ini untuk menukarkan settingnya kembali.
(Aku yang bantu badan atau badan bantu aku)
Rules is Rules Lynd.
Badan ini hanya menjalankan tugasnya.
Hanya engkau yang lalai.

Disaat kebangkitan.
Belajar dari kesilapan.
Jika kita tak jatuh kita selalu alpa, riak dan lupa diri.
Bangun kembali.
Jangan berputus asa.

Ditangisi benda yang dah lepas takkan merubah masa depan.
Tingkatkan kapasiti tank anda.
Kepada ibu2 yang senasib.
Jangan give up.
Ingat ON DEMAND.
Badan kita memerlukan masa untuk resetting.
Bak kata Ayu, jangan risau pasal hasilnya.
Pam je.
Nanti badan akan paham.

Anyway, kepada ibu2 yang senasib,
sama2 la kita pujuk diri sendiri.


Weekend Datang Kembali..

Asal jumaat je hepi..
Asal Hepi je Jumaat..
Tapi hari jumaat ni istimewa skit..
Kenapa..?
Biar ku simpan sndri..
At least ada kegembiraan disaat zaman kemeruduman hasil tenusu ku ini..
Weekend ni ada beberapa plan yang menunggu :

1. Nak g cari langsir.
Ada beberapa tempat dlm pikiran. NIlai..? Jakel Sek 7, Shah Alam..? SSF, kat mane tu..?
Sume tempat tu nak konsider location and harga.
Katanya Jakel mahal tapi banyak pilihan dan dekat.
Katanya Nilai murah (yeke..?) dan banyak pilihan tapi jauh dan blum tentu ada pun.
(bleh g Ais room skli)
Katanya SSF (ni cadangan pakwe Singh kat depan ku ini) maner tau ada yang berkenan dihati and no comment yet tapi mesti la harganya terlebey sudah kot.
Nak cari kain je sbb nya nak jait sndr.
Sapa nak buat tempahan langsir?
Sila22 kannn.
Tapi tak leh la xpect cam profesional pnyer jaitan.
Hehehehehe.
Citer pasal langsir ni frust jgk la sbbnya da sblum cat rumah da terbayang2 warna yang nak.
Tapi pas cat, color untuk main wall da lari, xtau la salah base ke salah pilih.
Tapi tak seperti yang digambarkan la.
So da kena pikir warna lain.
Ermmm... Warna apa eak..?

2. Annual Dinner Company En Suami.
Petang sabtu da kena g Subang untuk dinner.
Tema nya ntah apa ntah.
Walau apa pun temanya aku tetap takder baju lagi nak pakai.
Dannnnn yang paling penting kena mekap ke???
Selama ni klu g dinner kat U pun org lain tg contengkan.
Adik kawin hari tu adik pompuan aku yang contengkan.
Takkan nak g bodo camtu je.
Sian laki aku nnt org tengok bini dia sememeh.
Ermmm...
Yang buat dalam dilema lagi aku kena tinggalkan Kaseh ku bucuk2 kat mertua ku.
Ku tak pernah tinggalkan Kaseh selain dekat nursery.
Berdebar jugak la.
2 hari yang ptt ku habiskan dengan Kaseh ku da terganggu.
Mama going to miss you honey bunny muah..muah..

3. Trip to Sungai Buloh.
Da lama aku tak g Sg Buloh carik pokok bunga.
Last aku g 3 hari sebelum bersalin.
Sebelum tu sukeeeee sangat g sana jalan2 cuci mata.
Tapi kali ni ada misi.
Ak nak make over taman rumah ku yang sekangkang kera tu.
Rumput philipine kat umah ku da mati da sbb ktrg pasang awning so matahari tak masuk.
Untuk pengetahuan semua, rumput ini memerlukan sekurang2nya 8 jam sinaran matahari.
Baru la dia akan tumbuh dengan cantekkkkkk.
Tapi skrg rumput itu tidak sesuai untuk rumah ku.
Idea baru?
Tungguuuuuu.
Nanti ku tunjuk before and after.
Ku jgak nak make over water fountain ku itu.
Da boring.
Idea baru..?
G sana baru leh cari ilham.
Untuk pengetahuan semua, ku suka buat lanscaping ni.
Buat sendri tau.
Bukan pasang siap.
Klu pasang siap main riban2 beb.
Tapi sbb buat sndr sgt la save.
Yang penting kena pandai mix and match.
Nak rundingan lanscape?
Jangan harap...sbbnya ku ikut sedap mata sndr je so tak sesuai untuk tontonan umum.
Hehehehehe.

4. Mengecat rumah
Weiiiiiii...
Dok sebok g sana sini, aku blum siap ngecat.
Ada 1 wall lg blum setel.

Nota Lutut : Bnyaknya cadangan aktiviti. Ntah jadi kenyataan ke tidak.


Wednesday, July 28, 2010

Biru..Biru..

Mau tak biru
Aku tengah mengepam ada audit 5's menjengok dalam port aku.
Waaaaaa...
Kantoi kah aku?
Aku bukan buat salah tapi keadaam aku itu "menampakkan" aku mcm buat salah.
Waaaaaaaa
Biru muka aku.

Aku dengar mamat Jepun tu tanya
"Store ka?"
Jawab 5's commitee member
"Yes, store but sorry ne, no key"

Puh!!!! Lega aku..
Tapi tetap biru jugak.

Hapdet pump session aku untuk hari ini.
What dat i can say "Menyedihkan"
9.00 am : 5 oz
11.00 am : 2 oz
01.30 pm : 3 oz
03.30 pm : 2 oz (mgkn sbb kejutan biru td)

Total : 12 oz

Waaaaaaaaaaaaaa
Menyedihkan.
Tapi takper. Ni permulaan untuk kebangkitan semula perjuangan untuk mu Kaseh.
Ganbatte Lynd. I lap you Lynd.



Pam..Pam..Pam

Aduhai..
2-3 menjak ni jadul mengepam ku da lari.
Asik skip je.
Bz la yang disalahkan.
Hasil pun terasa merudum.
Badan pun da rasa lain.
Dulu kalau malam Kaseh lambat bangun nenen, mesti rasa bengkaknya.
Sekarang, bangun kol 4 pun cam lembik je lagi 2-2 belah.
Kat opis pam 2x je.
Kat rumah mintak mangap la.
Konon2 da pakai s3 rajin la nak ngepam, xdernya.
Cam biasa la alasan yang dicreate untuk membantutkan apa yang patut dibuat.
Jadual mengepam yang PATUT aku ikut :
9.00 am
11.00 am
1.30 pm
3.30 pm
11.00 pm

Cik Lynd, kembali ke pangkal jalan.
Kuatkan semangat anda.
Perjuangan mesti diteruskan!!!!
Ganbatte Lynd!!!!

Cerita Kaceh Dan Epan



Keceh : Epan, Jom g main bacikal jom.
Epan : Mane boleh Kak Cik kecik lagi. Tak pandai duduk pun lagi.

Epan : Epan g dulu la. Tunggu Kak Cik besar lambat sangat. Babai Kak Cik!!!
Kaceh : Epan!!!!! Jangan la tinggal kita!!! Nak ikut!!!!

Papa Kaceh : Sian anak papa kena tinggal.
Kaceh : Hampeh tol budak Epan ni.

Epan : Yela2. Epan tak tinggal. Epan temankan Kak Cik la.
Kaceh : Epan jangan la dekat2 sangat. Busyuk laaaa. Bau kelek.

Epan : Orang nak teman dia mengata lak. Tinggal baru tau.
Kaceh : Alolo.. Orang gurau je la. Meh la sini dekat2.

Kaceh : Epan jangan la merajuk. Buruk la.
Epan : Tengok tu. Bukan nak pujuk elok2.

Kaceh : Alo.. Epan ni sensitip lak. Gurau je la.
Epan : Jangan la pegang2.



Kaceh : Nenek!!!!! Epan marah Kaceh !!!!!

Epan : Huis.. Jangan jerit2 panggil nenek. Kita Damai. Peace!!!!!
Kaceh : Cam tu laaaaa...






Tuesday, July 27, 2010

Hati Ku Berkata2..

Mood untuk buat N3 yang agak berinfomatif takder.
N3 meraban adalah.
Sorry yea kawan2.
2 3 menjak ni kepala berkecamuk skit.
Ntah la bak po.
Nak back to track tu sooooosah skit (Ke malas?)
Hidup kita ni akan senang bila kita buat apa yang sepatutnya kita kena buat.
Hidup ni agak susah kalau kita sibuk mencari alasan untuk tidak melakukan apa yang kita patut buat.
Walau ke mana pun kita pergi atau buat kita kena dahulu kan kewajiban dan diikuti dengan yang seterusnnya.
Banyak bisikan yang akan sentiasa membawa kita ke arah kesesatan.
Klau da sesat mungkin kita mencari di mana puncanya dan dimana kita harus bermula.
Bila rasa akan sesusahannya kita akan terus mengabaikannya.
Sudahnya kita akan terus sesat.

Apa yang penting,
BACK TO FITRAH.
BACK TO KEWAJIBAN
HENTIKAN SEGALA ALASAN.

Kadang2 kita tahu benda itu salah.
Tapi apabila mengutamakan keseronokkan sementara / duniawi
Kita akan mengabaikan kehidupan / ketenangan hakiki.
Walaupun ketenangan itu datang selepas kita berusaha tapi ketenangan itu menjadi pintu kebahagiaan yang seterusnya.
Apa yang penting, MULAKAN.

Ya Allah Ya Tuhan ku,
Berikan hamba-Mu ini kekuatan.
Berikan hamba-Mu ketenangan
Ampuni segala dosa hamba-Mu ini.
Tunjukkan jalan yang lurus dan jalan kebenaran.
Jauhkan lah aku dari segala kesesatan.