Pages

Thursday, March 17, 2011

"Kaseh Tak Nak Makan La Mama"

Ada sesiapa yang mengalami anak taknak makan?

Kaseh susah sangat makan.
Ikut mood dia.
Makan 2-3 suap dia luahkan.
Mulut nganga tapi dikeluarkan balik.
Memang risau la.
mau dok pikir, nanti kecut la anak aku.
terpikir jugak yang mungkin Kasih mengalami sindrom berlaih tahun. Heee.

Tukar2 resepi pun sama jugak.
Skrg ni Kaseh nenen direct je so ku takleh sukat banyak mana dia nenen.
Asal dia bunyi je aku kasi.
Sekarang da pandai mintak sambil tarik2 baju.
(Saat paling indah bagi ibu yang BF)

Aku pun baca la buku2 resepi kanak2.
belek punya belek, masak punya masak sume tak jalan.

Taaappppiiii...
Minggu ni ku jumpa puncanya.
**Apa da mama Kaseh ni**
Ku terbaca dari buku "Mama, Saya Lapar.." by Wardina,
Perut anak perlu dikosongkan dalam masa 2 jam sebelum waktu makan dia. Means no snack or milk.

Yang Mama Kaseh yang bijak pandai ni,
asal Kaseh bunyi je, g nenenkan pastu dok sibuk suap Kaseh makan.
Maunya dia nak makan.

Da 2 hari ku cuba menjalankan teknik terbaru ni.
Bila waktu lunch ku plan la kol berapa, so 2 jam sebelum tu ku tak kasi Kaseh makan or nenen.
Bila dia bunyik je ku cuba alih perhatian dia, gi tengok kucing ke, main basikal ke.
Pastu baru kasi makan.
IT'S WORK..
Kaseh makan.
Legaaaa sangat.

So, moral of the story ada 2 :

1. Ibu kena planning.
Kol berapa nak kasi anak makan, dan kalau boleh kena la fix waktu makan tu.
Contohnya kalau anak makan kol 12.oo pm, cuba kekalkan setiap hari antara kol 12.00 - 0100.
So, anak akan tahu it lunch time.

2. Ibu kena korek ilmu.
tak semua benda datang secara natural.
Tak kisah la melalui pembacaan buku, melalui blog, forum atau bertanya kepada orang lain.
Mungkin dalam banyak2 cadangan tu ada 1 yang tersangkut sebagai penyelesaian.

"Kaseh And Arfan yang bisa buat mama pusing"

2 comments:

ct N honey said...

betul tu,anak kalau diberi susu aje,terutama kalau bagi susu formula selalunya tak de selera makan....mmg susah hati kalau anak tak nak makan ni.....

ayu said...

betul tu lynd...setuju sgt...ayu pun kadang2 ada gak prob mcm tu..tapi, mujur la sekejap je..