Pages

Tuesday, March 15, 2011

Skin To Skin

Credit to Mr Google

Seperti yang dijanjikan.
Ku akan cerita skit pasal skin to skin.

Apa itu skin to skin?
Seperti namanya, ia merupakan sentuhan kulit antara ibu dan anak sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Bagaimana ia dilakukan?
Sebaik sahaja bayi keluar TERUS diletakkan diatas dada emak.
Ia.. DIRECTLY.
Ibu dan bayi tanpa sebarang lapik.
So ibu kena buka baju dan letak bayi di dada dan kemudian di selimutkan kedua-duanya bersama.
Dan ia sejurus selepas dilahirkan,
so baby tak sepatutnya diangkut oleh nurse atau siapa sahaja untuk sebarang prosedur sejurus selapas kelahiran.
Baby dibiarkan diatas ibu selama SEKURANG-KURANGNYA setengah jam.
So sambil yang lain menyetelkan jahitan ibu atau apa sahaja baby dibiarkan bersama ibu.

Kepentingan SKIN TO SKIN?

1. Membina antibodi bayi.

Antibodi pertama bayi adalah melalui ibu.
Bila bayi diletakkan bersama ibu kuman/bakteria yang ada bersama ibu akan pergi kepada bayi so semasa itu lah antibodi bayi akan terbentuk.
Tapi jika bayi dibawa oleh nurse atau DR untuk prosedur2 lain seperti timbang atau pemeriksaan, bakteria dr orang yang pertama bersama dengan bayi akan melekat.
So antibodi lain akan terbentuk.
Anak perlu bersama dengan ibu selepas itu kan?
Bukan kakitangan hospital kan?

2. Memberi ketenangan kepada bayi.

Semasa didalam perut, bayi mendengan degupan jantung ibu,
bila keluar dia tidak dapat mendengarnya lagi dan membuatkan dia ketakutan.
So bila diletakkan di dada ibu, ini akan memberi tahu yang "IBU ADA DISINI SAYANG"

3. Untuk stimulate breastfeeding.

Tahukah anda, secara semula jadi bayi yang baru lahir boleh menjari payudara ibu untuk menyusu.
Bila bayi diletakkan di dada ibu, bayi akan mengenal bau ibu dan mencari nenen ibu.
Dan ibupun akan menghasilkan hormon yang menggalakan penghasilan susu.
Tetapi bila bayi tidak diperkenalkan dengan bau ibu sejurus keluar, maka bayi agak susah untuk "mengenal" ibu.

Itulah antara kebaikan skin to skin sebaik sahaja dilahirkan.
Ada jugak skin to skin yang biasa diamalkan untuk menengkan bayi.
yang dipanggil Kanggaro Stail.
Ia bagus untuk perkembangan bayi pra-matang.

Tetapi semua situasi diatas adalah untuk keadaan normal.
Jika ibu / bayi ada komplikasi atau masalah semasa kelahiran, mungkin taknik ini tidak dapat dilakukan.

Masa lahirkan Kaseh dulu, ku agak terkilan.
Kaseh dibersihkan dahulu dan dibungkus dengan selimut dan barulah diletakkan didada ku.
Tu pun kejap sangat.
Baru lah ku tahu hospital tu pernah ditarik balik status rakan bayinya.
Huuuu..
Terkilan la jugak bila dengar citer ada orang dapat tengok anak yang masih basah dan fresh selepas baby keluar.
Takper la.
Janji semua selamat.
Akan ku pastikan yang next baby ku akan dapat apa yang sepatutnya.


1 comment:

chinta... said...

wow...bestnyer info ni...terharu chinta membacanya...semoga ada rezki buat kami..amin..