Pages

Thursday, June 7, 2012

Bila Anak Dengar Cakap - Kesian

Tak tahu la serba tak kena dengan mak Kaseh ni.
Masa Kaseh memberontak kira2 sebulan lepas,
jiwa kacau..
Makan tak lalu..
Asyik nak naik angin je ngan orang..
 
Sekarang ni pun anak dah Ok pun tak kena juga.
Saya tak tahu, ini adalah stage perubahan atau mungkin perasan melalut seorang ibu serba tak kena.
Sekarang ni Kaseh agak "mengikut kata"
 
Bila gi Giant dia tak mintak tapi dia berdiri sebelah kereta yang sekali naik 5 ringgit tu sambil pandang saya.
Saya kata tak payah la kita dah nak balik ni.
Dia pun tanpa membantah terus ikut kami jalan. 
Kesian. 
Kaseh tak pernah naik kereta tu bila dengan kami.
Tapi bila keluar dengan asyuu, pernah naik la.
Sebab tu mungkin dia tahu pasal kete tu.
Bukan tak mampu tapi taknak ajar.
Nanti lain kali bila tak di kasi mengamuk2 lak depan orang.

Gi jalan2 Tasik Biru Kundang di Sungai Buluh.
Dia minta nak mandi sbb ada je budak2 lain mandi.
Kalalu ikutkan saya nak je kasi, tapi En Suami tak kasi.
Dia diam juga.
Duduk aje dengan kami sambil makan keropok.
Kesiannnnn lagiii..

Sejak lepas pantang baru sekali Kaseh g kedai depan dengan saya.
Biasanya dia akan minta ais krim dengan papa.
Masa pegi ngan saya takder plak dia minta je ais krim.
Saya tunggu juga.
Tak minta pun.
Dia berdiri je depan kaunter, kebetualan ada mainan and gula-gula.
Saya dah nak bayar.. still dia tak minta apa2..
Sudahnya saya yang tanya.. Kakak nak apa..
Dia termenung je depan mainan tu melilau cari apa yang dia nak.
Sudannya dia amik la 1 mainan.
Saya tak pernah belikan mainan macamtu untuk dia.
Atas alasan yang sama, takut nanti lain kali minta tak dapat dan memberontak kat depan orang.
 
Tak dikasi menjerit, dikasi nanti dia kata dia menang 
dan cara mengamuk tu adalah cara yang betul untuk dapat apa yang dia nak.
So far alhamdulillah saya tak pernah menghadapai situasi begitu.
 
Bila dalam kereta, di panjat2 dan membebel je.
Bila kita cakap " Kakak duduk elok2"
Dia diam.. dan termenung..
Kesian lagi even saya cakap pun elok2 tak der marah2 pun.
 
Adakah Kaseh faham yang dia perlu dengar cakap mama dan papa?
Dan even semasa dia tido pun saya selalu pesan dengar cakap mama and papa.
Air wuduk disapukan ke muka Kaseh dan Awatif dan niat supaya mereka mempunyai hati yang lembut dan tenang.
 
Atau mungkinkah Kaseh tertekan?
Saya risau jika sebenarnya Kaseh tak happy, dan perkara ini akan memberikan kesan jangka masa panjang.
Harap-harap di jauhkan.
 
Atau saya hanya berlebih-lebih? 


 "Allah Huakbar" Angkat takbir setinggi alam.

Sujud

Da siap "bayang"

 
Bukak "bengkung". Telekung la kakak..!!
 

 Tenok kemera mama.
Tapi muka dia je yang dia ambil.
 
 Kepala mama pun kena potong.


 Da siap da...

 Terima Kasih Acik Lea hadiahkan "bengkung" ni untuk Kaseh.
Kakak da bleh "Bayang" dengan mama da.

 
Kalau nak solat dengan khusyuk, memang kena panggi dia dan tanya,
"Kakak nak bayang tak?"
Kalau tak masa kita solat tu dia nampak,
mesti dia nangis dan berdiri sambil "Mama, Kakak nak bayang"
Tunggang langgang nnt solat mama.

2 comments:

Faiz said...

Sayu pulak rasa baca entry ni. Semoga Qaseh jadi anak yang solehah!

Unknown said...

Faiz : Luahan hati mak serba tak kena..