Status Lilypie kat sebelah tu.
Harapan semoga "KAMI" yang sudah berkembang menjadi 4 insan ini,
akan terus mengekalkan kasih sayang dan kebahagiaan.
Bila sebut mengenai Kami.
Bilangan KAMI semakin bertambah.
Jika dulu, lebih sesuai menggunakan istilah
Saya
Kemudian Kami Berdua
2009
Dan
Kami Bertiga
2010 / 2011
Seterusnya
Kami Berempat.
2012
Kami adalah 1.
Tidak 2,3 atau 4.
Kemana sahaja kami bersama.
Bagi kami suami isteri, tiada istilah keluar dengan kawan-kawan.
Kalau keluar kami akan cukup 4 individu sekarang.
Kalau tidur, tiada istilah "awak tidur dulu"
And even kalau beli handphone,
jika pernah handphone saya hilang.
Ganti baru, secara tidak sengaja mesti untuk si suami juga diganti.
begitu juga sebaliknya.
Mungkin masing2 merasakan tak samapi hati tengok sorang lagi terkebil2 tengok kita ada hp baru.
Hahahahahah..
Jika saya perlu keluar untuk urusan kerja,
dan makan ditempat istimewa,
istilah kami "makan sedap"
Jika berpeluang saya akan bawa sebahagian dari "kami"
ke sana selepas itu.
Begitu juga sebaliknya.
Biar sama-sama menikmati.
Saya tak perasan tentang "kami" sebelum ni.
Tapi bila terdengar rungutan isteri2 lain yang suami keluar beraktiviti dengan kawan2,
Baru lah saya perasan tentang ini.
Tiada urusan sendiri melainkan urusan kerja.
Saya tidak pernah menghalang.
Kadang2 menyuruh juga.
Supaya suami saya ni berkembang la sikit pengetahuan isu semasa.
Supaya ada input lain selain selain bebelan si isteri ini.
Saya pula?
Tidak terfikir meninggalkan sebahagian dari saya.
Sebab saya adalah mereka bertiga.
Kami bukanlah seperti pasangan romantik yang lain.
Tidak pandai buat upacara / event2 romantik.
Tapi hari-hari adalah hari2 y istimewa.
Bunyi moto suami balik kerja hari-hari adalah yang ditunggu2.
Biasanya saya y jerit "Yeahh.. Papa balik"
Baru lah disusuli dengan Kaseh.
Heeee..
Diharap kebahagiaan kita berpanjangan.
Diharap ujian yang diberikan dari Allah,
akan ditempuh dengan tabah.
Terima kasih Abang kerana menjadi suami yang cukup sempurna untuk saya.
Saya akan cuba menjadi wanita yang terbaik dalam hidup abang.
**Azam ulang tahun kali ni nak kembali panggil suami "abang". sejak mengandungkan Kaseh kami hanya papa/mama.
Nak mengembalikan nostalgia Abang / Sayang hehehe..**
5 comments:
Selamat Ulangtahun ke 3, mg kebahgiaan sntiasa brsama
happy 3rd anniversary.... semoga KAMI sentiasa bersama dengan bahagia selamanya, Insya Allah :)
happy anniversary dear!!
Terima Kasih semua.. love You All..
happy anniversary..ingat lagi..3.6.9 kan? huuu..
Post a Comment