Bukan iklan.
Tapi saje nak buat tajuk gempak.
Kenapa issue pembantu rumah ini timbul?
Masa balik kampung raya hari tu,
pegi beraya rumah jiran lama.
Kami berjiran masa saya umur 5-6 tahun,
tapi kami still keep in touch sebab dalam waktu yang sama dia juga guru tadika saya.
Banyak kenangan kami sekeluarga bersama.
So dalam borak-borak tu, keluar soalan "Anak-anak sapa jaga? Orang gaji?"
Jawapan biasa kami "Antar nursery"
Lepas tu borak ngan En Suami, kita ni nampak cam loaded sangat ke sampai nak pakai maid?
Then, saya ada amik leave sebab anak2 sakit.
Then borak ngan bos, keluar soklan "Awak takder plan nak amik maid ke?"
Sekali lagi isu maid ni timbul.
Ermmm.. wujud lah satu topik baru dalam kepala ku ini untuk difikirkan dimasa lapang.
Saya perlukan maid ke?
1. First thing y timbul adalah "Mampu ke bayar?"
Kalau dikira2 boleh aje nak selit2 bajet tu kalau terpaksa.
Tapi tu la belum "terpaksa" lagi.
Tapi kalau anak da 3,4,5, 6 atau 8 mungkin berbaloi amik maid jaga nak2 kat rumah dari hantar nursery.
2. Rumah teres 2 tingkat yang dihuni oleh 2 dewasa dan 1 kanak-kanak dan 1 bayi, belum banyak benda yang boleh dilakukan oleh maid saya.
3. Strangers in the house.
Huahh. Sangat tak comfortable.
Sekrang ni apa sahaja aksi dirumah hanya kami sahaja yang tahu.
Aci tak kalau Cik Maid tu dok je dalam bilik bila kami ada dirumah.
4. Bila Cik M datang and anak pulak terbuang dan minta ditukarkan diapers,
terdetiklah "Kan best kalau ada orang tolong setelkan?"
Huaaa.. orang lain pegang montot anak aku seumur hidup babynya.
Kalau sekarang siang aje, and malam boleh lah membelek parut ke, tanda lahir ke, luka ke.
kalau ada main? So dalam keterpaksaan bangun jugak la untuk uruskan sendiri.
5. Anak ku hafal siaran TV.
Dok rumah?
Tengok TV la ye?
Tunggu masuk tadika baru kenal A,B,C 1,2,3.
Nak harap mak dia ajar 5 minit je la.
Hoooo..
Conclusionnya saya tak perlukan maid buat masa sekarang.
Tapi kalau yang macam ni pun OK jgak.
Datang buat keje bila diperlukan sahaja.
Dah lama terpampang fridge ni tapi tak pernah call.
Saya suke dok kat rumah dan kemas rumah jika tiada schedule diluar.
Tapi 1 satu keje rumah yang saya cukup pantang dan saya mengaku mmg tiada pahala atas kerja rumah ini.
Apa dia?
Lain hari kita crita.
1 comment:
Betul kata Lynd, tak berbaloi nak ambil maid kalau anak baru dua. Part ada org luar dlm rumah kita tu pun betul jugak... hilang privacy kat rumah sendiri
Post a Comment