Pages

Monday, July 12, 2010

Aktiviti Hujung Minggu



Weekend hari tu..
Dalam progress untuk menunaikan wish list ku.
"Ngecat ruang tamu rumah ku"

Ku nak le ada buat perubahan skit menjelang ulang tahun pertama kami menghuni syurga kami ni September nanti.
Hehehehehe **Ada kaitan ?**

Sebelum ngecat, suami ku nak tambah plug skit.
Ada ke kontraktor tu buat 1 je plug.
Tak bijak langsung.
So hari sabtu suami ku prong preng prong preng kat bawah.
Tebuk dinding..buat wiring ..tampal balik..
Aku ngan Kaseh bersemayam kat atas.
Kol 3 suami ku naik.
"Ayang g kemas. Da siap da"
Aku pun jawab
"OK"
Bila turun.. MasyaAllah..
Aku nak pindah rumah!!!!!!!!!!
Tak sanggup nak kemas!!!!
Coba tengok..


Habuknya...
Tak terkata..
Tengok la warna asal meja tu..
**Y 4 segi tu adalah tapak peninggalan hp aku**
Da.. Malas nak citer da..
Kesannya tak ilang sampai ke hari ni..
Tuuuuuutttttttttt......
Tukar siaran..

Ye.. Kita bersiaran untuk rakaman hari ahad..
Pagi tu suami ku tanya..
"Ayang nak cat hari ni ke? Cat sendiri la eak"
Aku jawab "OK"
Hehehehehe.. Isteri yang bagus..
**Aku yang nak.. jadi tak bleh banyak songeh**
**Aku ni tak pernah ngecat tapi kena buat muka kompiden**

Puan2 sekelian..
Sila tape kan sume benda macam plug ke apa ke.
Pastu dekat dinding pun kena tape supaya tak belemuih.

Ku bercadang nak buat beberapa color la.
Hehehehe.
Tapi untuk siaran hari ni kita buat 1 wall je dulu.
Ni petua yang aku dapat dari abang ku.
Trend sekarang ni buat 3 color.
Klu nak campur2 color tu jgn terus beli 3 color tu.
Pilih 1 color untuk feature punyer.
Maksudnya warna yang paling terang.
Wall yang akan kita ngadap or jd tumpuan.
Pastu beli je 1 color dulu da siap cat baru decide next color apa.
Sebabnya color yang ada kat tin or catalogue tak sama takut lari tone.

Ni adalah sebelum...

Selepas....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tungguuuuuuuuuuu.....


**Banyak project untuk syurga kami ni yang ada dalam kepala ku
** Pemberitahuan : Kami adalah suami isteri yang sehati sejiwa. Kami sangat kedekut untuk kuar duit nak upah orang buat apa2. Walaupun hasilnya mmg tak cantik maner tapi kami lebih suke DIY. Nantikan DIY kami yang seterusnya. Hehehehehehe.

Friday, July 9, 2010

Mama.. Saya Lapar - Review

Selonot aku nak review buku ni.
Nak kasi markah?
Ermm.. 9 /10 kot.
Aku tak penah lg beli buku parenting gini so xbleh nak bench mark lg la.
Komen?
Best.
Bahasa yang senang. Tulisan yang besar. Kertas yang berkualiti. Harga yang murah RM19.90.
Gambar yang berwarna warni.
Content?
Basic of getting start to give solid food to our baby.
Camner nak melayan keranah anak2 time makan.
Ada 1 kisah dalam tu pasal camner ibu kepada 6 org anak bleh ajar anak2 bila nak makan kena duduk elok2 dan ramai2 makan sama2.
Ada resepi.
Cerita pasal susu ibu.
Pasal camner nak menghadapi anak2 yang sakit.
Best la.
Bahasa yang senang dan tak boring.
Membuat ku rasa nak cari buku2 parenting lg.
Jom2 cari dan baca beramai2.

Kenapa Perlu Breastfeed? Kenapa Saya Memilih Breastfeed?

Kenapa saya memilih breastfeed?
Bukan ke susah?
Banyak nak kena pikir..
Schedule pam..
Pam yang sesuai..
Tempoh penyimpanan EBM..
Berapa banyak stok EBM..
Cukup ke bekalan untuk esok..
Fridge penuh.. nak kena beli deep fridge..
Susu da krg kna makan milk booster..
Klu nak kuarkan susah..nak kena selak2 baju..
Berlambak2 blog citer pasal BF..
Siap ada support group lg..
Klau FM xder pun..
Benda senang.. Tak payah support pun..
Huis susu da habis.. Kena g beli..
Nak kuar bwak je 1 beg ngan air panas dan FM bancuh je la..
Kan senang...
Tapi kenapa Susu Ibu Juga Pilihan Ku?
Ni list ku masa mula2 ku memilih untuk BF.
Masa tu tengah pregnant 6 bulan :
(Susunan mengikut keutamaan)
1. Nak jimat kos, klu FM 2rts gak sebulan. Ngan duit nursery lagi.
2. Nak kurus cepat!!!!
3. Nak cepat pulih masa dalam pantang sebab bf menggalakkan pengecutan rahim.
4. Perancang keluarga yang free sbb tak period dalam masa terdekat.
5. SUSU IBU SUSU TERBAIK.
Perasan tak?
Susu ibu terbaik tu jatuh no 5.
Duit jatuh no 1.
Bila ingat balik sedih betul dan rasa bersalah pun ada ngan alasan aku tu.
Tapi tu duluuuuuuu.
Sekarang..
The only one my reason is :
I want to give the best for my baby.
What is the best?
Of Course.. BREAST FEEDING!!!!
Sbab2 lain tu kira bonus la.
Tapi pikir2 balik kira ok gak la what ever reason pun "tercetus" rasa itu kat hati ni.
Besar kuasa tuhan.
Dan bila da memilih untuk BF macam mana palak nak maintain rasa itu.
Ada banyak sebab yang boleh membantutkan misi bf ini.
Antaranya adalah disebabkan "KATA ORANG" :
1. Susu tak cukup
2. Baby tak kenyang
3. Baby senang berjangkit penyakit ngan anak.
4. Bondanya susah nak makan sebab takut anak kembung.
5. Bondanya nak makan ubat takut effect baby.
6. Nanti anak tak bleh berdikari.
7. Nanti anak tak pandai makan klau lambat kasi makan. 6 bulan tu lambat sgt.
8. Nanti anak tak nak menyusu ngan botol.
Antara alasan diri sendiri yang menyekat untuk terus BF adalah :
1. Nak beli pam mahal la.
2. Keje la cmner nak bf.
3. Kat tempat keje tak leh pam.
4. Malas la nak pam2 bagai ni. Menyusahkan.
5. Ada lagi ke org Bf zaman skrg ni?
6. Susah la nak kuar2 nanti nak kena selak2 baju. Lucah..
7. 8. 9. 10..........1001.
Banyak la alasan dan penyebabnya.
Kalu nak seribu daya taknak seribu dalih.
Kenapa ku memilih BREAST FEEDING :
1. What else that better than SUSUIBU?
Ku sayang anak ku. Ku tak mampu nak beli baju mahal2, bilik cantik untuk anak yang ku boleh kasi adalah nenenku yang free. G cari jauh2 nape...
2. This is the only one my quality time with my beloved daughter.
10 Jam berada diluar rumah.
Tidur 6 jam
Balance 8 jam untuk masak, kemas rumah or lain2.
Sebok kehulu ke hilir tiba2 anak nanges.
Apa buat?
Paham2 la bahawa anak kita berkata,
"Mama, duduk la sebelah Kaseh"
"Kaseh nak pandang wajah mama"
"Kaseh da lupa berapa banyak jerawat kat muka mama. Dok sini Kaseh nak kira"
"Kaseh nak mama borak ngan Kaseh"
"Kaseh nak mama duduk dan rehat la kejap"
Ini semua bleh dilakukan masa kita susukan permata hati kita.
Time tu la dapat belek2 anak kita.
"Laaa da panjang rupanya bulu mata anak Mama"
"Huis ada nyamuk gigit Kaseh la"
"Oooo kuku Kaseh da panjang. Patut la da bercakar muka tu."
"Da beca da anak mama ni. Kaki da terjulur kuar dari pangku mama"
** Dan dan rindu kat Kaseh**
3. Hak anak kita. Apa hukumnya mengambil hak orang?
Selalu kita tengok kat drama2 telebesen yang bila mak marah dia akan cakap
"Aku tak halalkan susu yang ko minum dari ku"
Tau tak. Tanpa anak itu susu ibu takkan ada.
Itu adalah hak dia.
Kenapa plak ibu nak cakap halal tak halal.
Ni aku pernah dengar ceramah yang bgitau ibu tak boleh cakap camtu.
Dan banyak lagi sebab secara klinikal dan saintifik yang belh dibaca diblog orang lain.
Hehehehe..Punya la pemalas nak taip
Oleh itu..
Kepada bakal2 ibu @ ibu yang tengah servey barang terbaik untuk anak ini lah yang terbaik.
SUSU IBU.
Bagaimana untuk make sure agar kita terus bersemangat nak BF anak kita.
1. Baca manfaat susu ibu dan hari2 recall dan bisikan dihati kita. Supaya kita tidak mudah lupa.
  • 2. Bergaul / berkawan dengan rakan seperjuangan.
3. Elakkan dari ada option ke 2 cam FM.
Klu ibu baru jangan mencuba FM so kita tak dapat nak bandingkan apa yang senangnya FM dan apa susahnya BF.
4. Jangan rasa riak dengan apa yang kita ada.
Maksudnya jangan nak banding2kan anak ko minum apa anak aku minum apa.
Tuhan maha Kaya. Bila2 masa Allah bleh tarik balik "kelebihan" yang kita ada.
5. ALLAH MAHA BESAR DAN PEMURAH.
Berdoalah. Mintalah. Rayulah. Hanya pada Dia kita bergantung.
**Nukilan tak formal dari pengalaman dan bisikan hati sendiri**
Klu nak formal bleh baca kat blog2 lain yang mmg bnyak support ibu menyusu.
Dannnnnnn.. Banyak lagi.

Thursday, July 8, 2010

Manusia mudah lupa

Sejak aku menjoingkan diri dlm dunia blog ni..
Apa yang aku perasan..
Aku mudah lupa..
Lupa Apa?
.
.
.
.
.
.
LUPA YANG AKU NI BANYAK KEJE!!!!
Klu tercongok depan pc ni mmg xder keje lain.
menjenguk blog orang dan blog sendri.
Klu kena g supplier ok la
Tapi bila tang nak kena buat report mmg la faul.
Buka report 5 mint
Bukak blog setengah jam.
Kadang2 rasa cam nak block je tenet kat pc ni.
Heheheheh
Sapa yang salah?
Dulu tak tenet komplen.
Skrg da ada tenet alpa.
Pn lindut ni betul la.
Oleh itu...
Hari ni punya countermeasure, aku nak listkan apa keje yang aku kena buat..
Supaya bila aku bukak blog je.. terbaca je..
Harap2 bleh kembali ke pangkal jalan..
Kalau orang taknak baca bior aku baca sendiri..
List keje Pn LinDut yang still pending
1. Report and Jig Summary
2. Packaging Status and Summary
3. Sample Run Arrangement for new method of packaging
- Ask supplier to check delivery schedule (Complete)
- Confirm date for production
4. PP2 assembly schedule
5. Checking point meeting with incoming
6. Discuss with designer regarding on DF Tape at Cover LCD
7. Process checking for PP1 problem.
8. Checking WI and SOP for PP2
9. G KWSP (Hehehe- Bleh masuk skli x?)
10. Ngepam (Da kol 9 lbh ni blum pam lg)
11. Anto borang detail Kaseh kat HR
Sedar lah yang anda banyak keje.. Kembalilah ke pangkal jalan..
Atau anda mahu bos anda akan cakap "BOLEH JALAN DAAAA"

Tuesday, July 6, 2010

"You Can Be Someone"

"Kita boleh jadi someone"
Tu kata2 hikmat yang tersembur kuat dari mulut suami ku.
Sejak tu macam melekat kat hati aku.
Macam terjaga dari tidur.
Hidup kita ni, kita yang mencorakkannya.
Bagaimana kita nak hidup is depend on us.
Allah takkan bagi sesuatu tanpa sebab dan tanpa laluan.
Yang membuka laluan tu adalah kita.
Yang nak memberinya adalah Allah.
Maksudnya, kalau kita tak buat apa2 macam mana Allah nak memberi sesuatu kat kita.
Sebagai contoh, sekarang ni kita keja makan gaji di sektor swasta.
Hari2 datang keje hujung bulan dapat gaji sekian2 jumlahnya.
Berbelanja, bayar itu ini, simpan dan joli.
Habis..
Pastu keje hari2 balik dan seterusnya begitu.
Kalau keje keras pun tunjuk komitmen yang memberangsangkan pun setahun sekali dapat la increment lebih skit.
Tapi kalau tiba2 tengok orang g melancong luar negara, dok umah besar, pakai kete besar.
Apa yang kita mampu?
Pandang je.
Pernah tak terdetik kita pun boleh jadi camtu satu hari nanti?
Tapi dengan keadaan hidup kita yang camni mampu kah kita?
Nak move one step to the next level pun kena tunggu.
Contohnya dari dok umah sewa ke dapat beli rumah.
Cuba kira berapa lama kita kumpul duit nak kasi down payment?
Sanggup duit yang kita kumpul untuk DP rumah tu kita belanjakan untuk gi melancong?
Maksudnya disini apa yang kita nak buat mesti ada list of keutamaan.
Mana yang penting didahulukan.
Betul tak?
Tapi camner pulak kalau nak jugak g melancong luar negara?
Nak jugak.. nak jugak..
Dengan kehidupan "biasa" kita mesti tak mampu.
Tapi sapa tahu Allah da kata kita akan dapat g melancong dalam 6 bulan lagi.
Klu base on culculation mmg tak tercapai akal ku la.
Apa yang kita tahu tentang apa yang kita akan dapat dari Allah.
Setiap hari berdoa semoga dimurahkan rezeki.
1 hari Allah nak makbulkan doa kita.
Tapi macam mana?
Takkan la tiba2 Bulan depan naik 4x ganda.
Tak mustahil tapi tak reasonable.
So.. Apa yang kita harus buat?
BUKA LALUAN..
Maksudnya.. Jangan sekadar meneruskan hidup yang biasa.
Sebagai contoh, buat bisnes.
Kecik pun tak per.
Jangan pikir ada orang nak beli ke?
Bleh jalan ke?
Kita da bukak jalan, Allah yang tentukan isinya.
Usaha..
Kita dok doa murahkan rezeki..
Tapi usaha tarak..
Bila tengok orang senang..
"Huis bestnya dia"
Ada pernah pikir,
"Satu hari nanti aku camtu gak la nanti"
"Apa eak dia buat untuk jadi macam dia?"
Pernah kita pikir dimana kita setahun lagi?
2 Tahun lagi?
5 Tahun Lagi?
10 Tahun lagi?
Kat sini lagi ke?
Mesti nak perubahan.
Untuk Allah turunkan sesuatu kat kita,
kita mesti buat sesuatu.
Tanpa usaha apa pun tarak.
Sediakan SEBAB kenapa Allah perlu kasi sesuatu kat kita.
Macam2 option ada untuk menentukan siapa kita dan dimana kita dimasa hadapan.
Cari keje lain?
Sambung belajar?
Start Bisness?
It's depend on you.
Apa yang penting dan perlu diingat
"Long journey start with the first step"

Tak kira la dalam mengejar..

Duit?

Nama?

Penghormatan?

Pengiktirafan?

Kita kena pikir panjang dan mendalam.
Don't look at the surface only.
Look it deeply.
Klu tak kita akan terus berada disini untuk..
Mendengar cerita orang..
Melihat orang..
Mengagumi orang..
Cuba la jadi ORANG itu.
Tapi jangan jadi ORANG-ORANG..
Thanx kepada suami ku.
Membuatkan aku terbuka mata.
Mencari ruang untuk memulakan langkah pertama.
Mencari sebab untuk diberikan rezeki.
**Nukilan ikhlas tanpa skrip**

Tekanan Darah Rendah

Jumaat hari tu sakit sangat kepala
Ingat tak nak MC just nak g amik time slip je kat klinik.
Ngan uniform nya aku g klinik sebab ala2 poyo nak g keje lagi.
Bagitau Dr yang start cam pening petang kamis tu lagi rasa cam nak muntah.
Bagitau awal2 yang ku BF baby and baby baru 4 bulan.
** Takut dia suruh buat urine test je buat diingatnya pregnant**
Dia pun amik la blood pressure.
90/70.
Normal tapi consider but at the lower range.
Dr bgtau ibu yng berkerja dan fullyBF mmg akan mengalami masalah ini.
Kalau tak cukup zat.
Nasihatnnya banyakkan makanan berprotein.
Banyakkan rehat.
Dan klau baleh amik multi-vitamin
Dikasi ubat yang warna pink untuk orang pregnant tu.



Ntah apa namanya.

Tapi untuk tambah darah la.
Last2 dapat gak la mc u hari tu.
Tak kan nak tolak kot.
hehehehe.

Ermmmm..
Aku ni bab makan nak kata seimbang sangat tak der la.
Klu masak kat umah mmg cukup la lauk 1 hidangan sayur 1 hidangan.
Tapi klu mkan kat kedai tu yang jarang order sayur.
Tambah lagi 2 3 menjak ni asik tido lambat je.
Ada je penyebabnya.
Keje pun asik kulu kilir g supplier.
Ermmmmm..
Ku kena kuat.
Klu ku sakit sapa yang nak uruskan Kaseh yang da pandai buat tarian Ballet tu.


Kaseh la penghibur mama.
Mama kena kuat.
P/S : Kepada ibu2 sekelian, Jagalah kesihatan anda.
Makan makanan seimbang setiap hari supaya kita sehat untuk menguruskan anak kesayangan kita.
** Target nak live without suppliment cam Umialya
Tapi tau la berjaya ke tak.




Monday, July 5, 2010

Hari Yang Terang

Hari yang terang
Seterang hati ku
Gumbira hati ku
Toing
Toing
Toing
Sebab Apa?
Banyak wish list ku yang bertukar status COMPLETE.
Toing
Toing
Toing
.
.
.
Hati ku gumbira
La la la la la la
.
.
.
Wa wa wa wa wa
.
.
.
Weeeeeeeeeee
.
.
.
Woooooooooooo
.
.
.
Toing
Toing
Toing
.
.
.
Sekian, Terima Kaseh