Pages

Wednesday, September 1, 2010

Saya Nak Breastfeed Anak Saya Nanti.

Terpikir nak buat N3 ni berikutan kejadian kat Jusco Bukit Raja malam senin yang lalu.
Ku g Jusco malam tu sbb kunun2 nak soping raya looo.
Da penat jalan ktrg dok la kejap kat kerusi sbb kaki aku sakit pakai kasut yang tak best.
Dok lepak2 tu nampak la 1 couple tengah nak cari kerusi.
Isterinya pegnen.
Ku pun suruh la En suami kasi space skit.
So isteri pun duduk la.
Suaminya ntah g mane.
Ku tengok dia beli barang baby.
Ku pun dengan tanpa berpikir panjang,
"Kak, cari barang baby ke? Kat tesco Setia Alam ada kedai baby nak tutup. Sume barang dia jual separuh harga."
Pastu bermula la perbualan kami citer pasal barang baby.
Ku cakap la yang botol susu pun ada yang kedai tu jual murah.
Pastu dia tanya "Masa awal2 ni perlu ke botol susu?"
Ku pun dianugerahkan kebijaksaan dengan pantasnya oleh Allah,
"Nanti nak breastfeed anak ke?"
"Niatnya macam tu la"
Apa lagi ku pun bercerita la.
Bermula dengan Kaseh da 6 bulan hanya minum susu ibu.
Dia pun cam xcited.
Apa tah lagi aku.
Hehehehehe.
Ku minta no email dia nnt ku leh email per2 yang patut.
Skli dia kasi no tepon skli.
Yela tak kan kita nak minta no tepon kan.
Sampai la suami dia datang.
Suami dia pun OK je.
Ku cakap jugak
"Sori la. Gaya akak mmg macam nak jual barang tapi akak suke sangat citer psal BF ni"
"Jangan takut tau. Jangan pikir akak ada hiding agenda"

Huhuhuhuhu.
Tak pasal2 ku tambah kenalan baru.
Ku kasi blog and web yang berguna untuk BF.
Semoga ku berjaya membawa seorang lagi ibu kembali ke fitrah.

Mama Kaseh membebel :
**Awalnya ku panggil dia "AKAK" tapi bila ditanya rupanya dia lagi muda dari aku.
**Sampai sekarang ku tak tau nama dia.
**Kalau jual barang ke aku jual insuran ke mesti aku berjaya.
**Agak2 pasangan tu heran tak pasal aku dok citer pasal BF ni.
**Huhuhuhu. Aku da leh jadi Peer Counselor ke?
**Betul tau kedai baby kat Tesco Setia Alam nak tutup. Sume barang jual separuh harga. Aku g 2x g borong baju Kaseh.
**Nanti nak buat N3 pengenalan BF untuk ibu baru.

1 comment:

ayu said...

lynd...bagus tu...ayu sokong..teruskan niat lynd ye...huhu..jauhnya tesco setia alam.....klu tak, lama dah terjah..^_^