Pages

Friday, April 13, 2012

Kisah 15 Hari Berpantang

Setelah 15 hari berpantang.
(Means 15 hari umur Awatif)
Hari ke-3 (1 April 2012 pukul 5:00 pm)  keluar dari hospital.

Dah mula mandi air rebusan herba dari Set Bersalin Amway.
Review : Kurang power baunya berbanding dengan bau serai wangi/ pandan dan macam2 daun semulajadi.
Tapi tak daya nak suruh En Suami cari so blasah je la apa yang ada.
So dari hari pertama balik dari hospital tak pernah miss mandi air rebusan herba pada waktu pagi dan air rebusan pandan pada waktu petang.
Terima Kasih bonda yang bangun pagi-pagi masakkan air.

Herba Pencuci pun kadang-kadang teringat gunala.
Biasanya rendam je ngan air panas.

Saya mula makan Teh Herba Set Bersalin Amway pada hari ke-10.
Atas sebab nak monitor joundis baby dan atas nasihat ibu mertuaku, tunggu tali pusat baby tanggal dulu.
Tali pusat Awatif tanggal pada hari ke-9.
Review : Rasa macam air kunyit yang mild.
Tapi ok je bila minum, dicampur dengan madu.
So manis-manis skit la.

Sejak dari balik kerumah lagi En Suami yang mencintai saya itu telah belikan 
Pati Ikan Haruan Polleney

6 kotak untuk 6 hari.
Review : Rasa yang sangat Uwekkkkk..
Tapi ku telan juga.
Mahal tu oooo. Dekat 10 hengget 1 botol.
Rasa teh herba tu lagi bleh tahan dari pati ikan haruan ni.
Seperti yang diketahui ikan haruan bagus untuk penyembuhan luka.

Rutin mengurut pula bermula pada hari ke 6.
Selepas tanya nurse yang datang ke rumah tentang kondisi jahitan dan sudah boleh di urut atau tidak.
So nurse kata OK terus call Kak Ros.
Tak jadi amik yang spa tu sebab fikir klu spa mungkin kederatnya tak sebest yang tukang urut tradisional.

Kak Ros nampak muda tapi umurnya tak tau la.
Urutannya sangat best.
Datang je terus mintak minyak urut, param, pilis dan bengkung.
Diurut, pastu param, dipakaikan bengkung, dipakaikan stokin, dipakaikan baju sapu pilis.
Betul macam tuan puteri.
Mengurut selama 5 hari. Hanya RM 240 termasuk dikasi krim untuk barut perut skli.
Kira murah la tu.
Dia nak mandikan baby skli tp biasanya masa dia datang Bonda da mandikan baby da.

Bengkung.
Pakai juga.
Tapi tiada la setiap masa.
Pakai pagi dan tengahari bukak sebab nak kena gi toilet gak kan.
Malam pun bila time dah nak tido baru pakai.
Kalau bengkung mustika ratu boleh lagi bawak ke tandas sebab bengkung tu pendek so cover perut dan sebahagian peha.
Kalau bengkung Amway dari peha sampai ke paras bawah payu dara.
Kalau dah pakai samada kena duduk terus / berdiri terus.
Kalau nak buat keje memang bleh pakai la sebab tak duduk.
Tapi memang best rasa kat pinggul.
Tak rasa lenguh bila pakai ketat2 kat pinggul.
Terbaik la.
 

Pemakanan.
Dijaga oleh bonda, makan ikut apa yang bonda sediakan la.
Tapi biasanya masak asam ikan haruan, ayam ke.
Ramuannya : Halia, Lada Hitam, Asam keping -  Rebus dan masukkan ikan/ayam.

Ikan kering bakar ke. 
Sup sayur sawi ke, brokoli, lobak putih.
Ulam pegaga atau daun salem.
Sawi celur pun ku bedal.

Sebagai sambal lada hitam ditumbuk bersama sedikit garam.

Semuanya ku bedal.
Bonda pun naik heran.
Saya makan mcam xder  masalah.
Makan. Nak masalah apa.
Da siap hidang da pun.

Makanan sampingan lain.
Susu Anmum Lacta - nak ganti teh ke kopi ke semasa sarapan/ minum petang.
Prune - melancarkan sistem pencernaan.
Roti Wholemeal / Biskut Cracker - Sebagai sarapan.
Buah oren / epal - 4 - 5 biji shari pun sebab sistem pencernaan.

Untuk kali ni ku memang sangat menjaga sistem pencernaan ku.
Takut sangat sembelit.
Dan sangat mengelakkan sebarang angin di perut.
Sangat mementingkan keselesaan perut.
Sebab tu masa kat hospital selepas je habis kesan bius ku terus minta nak g membuang.

Aktiviti.
Tercongok je.
Nak buat apa2 sorok2 dari bonda.
Menyapu ke, masak air ke.
Semalam hari ke 14 baru pegang penyapu mak datang terkocoh-kocoh datang rampas penyapu.
Katanya nak buat tunggu mak balik.
Terus dihulur majalah / laptop suruh duduk diam2.
Sakit pinggang aku duduk je.

Tapi... Esok, hari ke 16 bonda da nak balik.
So bermula la cabaran berpantang sendiri dengan anak yang berumur 2 tahun dan baby new born ku.
Itu yang dimanakan cabaran.
Tapi badan da memang rasa segar.
Cuma sekadar berhati-hati berjalan dan mengangkat barang2 berat.
Tengok la macamana.
Harap dipermudahkan.

**Tak sabar nak timbang berat badan. Ku terasa diri ini ringan**

6 comments:

Imaan09 said...

dear..jangan gagah sangat.. kena jaga jugak.. best of luck.. super mencabar!

Unknown said...

Salam sis..tahniah for newborn! Boleh tak nak minta no phone tukang urut akak tu..tgk rege cam cun jerk tp dia cover ke area shah alam?

Mama Lynd said...

Imaano9 : Huuu.. Gagah dalam berjaga-jaga.

Mama Lynd said...

Unknown : Thanx. 0196210264. Nama dia kak ros. Try la call dia tya di g ke tak shah alam.

elinda said...

As'salam..tumpang tanya..kak ros yang urut u tu dari area mane yer?i amik no dia ni boleh? nak bersalin dah xlama lagi tp masih tercari2 tukang urut..

Mama Lynd said...

elinda : dia dok meru, klang. Try la call.