Mesej khidmat masyarakat pulak hari ini.
Bila kita pernah merasa susah dan selepas itu kita merasa 'sedikit' senang,
kita akan lebih menghargai.
Apa ceritanya?
Bunyi remeh tapi sangat berharga.
Dulu masa dokkat kampung, kita akan buang sampah kat belakang rumah je.
Buat lubang ke apa ke.
Kalau sampah basah tu kasi ayam makan.
Tapi bagi bonda saya dia lebih suka kumpul sampah2 yang tidak terbiodegradasi (Plasyik / tin) dan buang di tong sampah besar.
Malas nak bakar katanya.
Even jauh pun bonda saya akan buang di tong sampah besar.
**Bagus betul kesedaran alam sekitar bonda saya walaupun masyarakat sekeliling tidak mengamalkannya**
Dok rumah sewa masa belajar di UKM,
sampah dibuang ditempat khas.
Duduk rumah kedai.
Bila dah kerja duduk di apartment kat Puchong,
pun sampah kena buang kat rumah sampah.
So kiranya saya tidak pernah berhubung direct dengan kakitangan yang bertanggungjawab dalam mengutip sampah ini.
Bila da pindah ke rumah teres,
sampah dikutip oleh kontractor menggunakan lori.
Tiada jadual hari apa mereka datang kutip sampah.
Cerewet.. Buat kerja pun nak taknak je.
Sampah yang berat dicampak aje kalau bersepah kat atas jalan pun tak dikutip.
Kerja terjerit2 kalau sampah banyak.
And even jiran saya pernah diberi amaran jika mahu makan durian.
"Da makan sedap-sedap tu buang la kulit elok-elok"
Siap dipanggil lagi.
So kami yang takut2 nak buang sampah.
2-3 bulan lepas.
Saya perasan sampah hanya dikutip seminggu sekali.
Kalau siang ikan memang berbau la sampai mereka datang collect sampah.
Memang semerbak je kat depan.
Tanya akak belakang rumah,
katanya dorang dalam proses tukar kontraktor.
Biar la tukar, kontraktor sekarang memang kerek.
Sekarang tugas kutip sampah diambil alih oleh ALAM FLORA.
Sangat berjadual.
Sampah akan dikutip pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat.
Pekerjanya pun ramah.
Buat keje pun sambil senyum2.
Kaseh suke tunggu lori sampah ni.
Kalau bunyi je dia akan berlari dan babai.
Sampai driver lori tu pun memang da kenal Kaseh.
Dia pun lambai jugak.
Terima kasih Alam Flora dan Encik-encik yang ditugaskan di kawasan perumahan saya.
Jasa dan tugas anda sangat dihargai.
Saya sangat menghargai tugas anda.
Terima Kasih sangat.
Kepada pembaca, hargai lah setiap orang yang bertugas disekeliling kita walaupun kita rasa tugas mereka remeh. Percayalah remeh itu menjamin kesejahteraan hidup kita.
**Pernah kena sergah dengan pekerja Alam Flora masa kat UKM dulu sebab semasa saya berjalan kaki dan berselisih dengan lori sampah, saya tutup hidung. Saya terfikir tak baik saya buat macam tu. Mesti mereka kecil hati. Sejak tu saya tahan nafas je dan tak tutup hidung**
2 comments:
sampah kat rumah ku seminggu skali pon susah.. normally, nak dekat 2 minggu busuk jerk :(
YANA : Tengok nasib jugak perkhidmatan macam ni kan?
Post a Comment