Pages

Tuesday, April 3, 2012

Langkah 3 : Pengurusan Kewangan Peribadi - Rombakan Bajet Kewangan

Bab ini saya seronok nak kongsi.
Sebab bagi saya, ia berkesan.
Kalau dilihat pada entry ini,

Pada langkah ke-6, membaik pulih hutang piutang.
(Tak sampai ke langkah tersebut..Hehehe)

Dan seperti yang dinyatakan dalam entry,

Salah 1 matlamat kewangan saya adalah untuk bebas dari cengkaman kad plastic itu.



Kisah Sebenar Saya :

Saya ada 1 kad kredit.
Saya apply kad kredit ini sebelum kahwin lagi atas alasan dapat rebate isi minyak dan untuk kegunaan 'emergency'
Tapi jika pembayaran setiap bulan hanya dilakukan pada jumpah yang minimum.
Dan terjebak pulak pembelian tiket airasia untuk penerbangan "emergency"
Dan ada juga "emergency" tak patut, jumlah baki pengunaan terus meningkat.

Pernah dilangsaikan tapi bila ada balance terjebak lagi dengan perkara emergency.

So setelah lebih kurang 1 tahun juga kesedaran mula timbul dengan mendisiplinkan diri hanya menggunakan kad kredit untuk mengisi minyak,
kesedaran lain pula timbul..

Bila nak habis bayar jika guna isi minyak RM 300
bayar setiap bulan RM 350..????

Ini bermaksud saya hanya bayar penggunaan setiap bulan tetapi saya tidak mengurangkan baki penggunaan sebelum ini.
Bayar interest pun tak lepas.

Kalau nak stop terus guna kad kredit ini bermaksud bajet saya akan double.

RM350 - Jumlah minimum kad kredit.
RM300 - Untuk petrol.

Huis.. Tak makan nasi lemak den pagi-pagi.

Bila terbaca dalam buku tersebut, antara tips yang diberikan adalah
1. Menyelesaikan hutang yang mempunyai interest paling tinggi terlebih dahulu dan kad kredit adalah salah 1nya.

2. Membuat pinjaman peribadi (dengan keluarga) untuk menyelesaikan hutang yang mempunyai interest yang tinggi. Boleh buat perjanjian dengan keluarga untuk memulangkan dengan interest sekali tapi kena lebih rendah dari kredit kad lah.. 

Selepas difikir dan buat beberapa kajian dan perbandingan,
Keputusan telah dibuat.
Saya tanya En Suami, berapa dia peruntukan untuk bayar kad kredit setiap bulan.
(Fenomena penggunaan kad kredit kami suami isteri lebih kurang je sama)

Saya Jumlahkan.
Saya kira berapa jumlah interest yang kami sedekahkan dekat bank jika kami ingin langsaikan semuanya dalam tempoh masa tertentu dengan jumlah yang konsisten dengan syarat kami stop terus guna kad kredit itu.
(Abaikan hal yang kena sediakan budget lain untuk petrol)

Saya telah buat kajian mengenai beberapa Personal Loan dengan bank-bank yang ada di Malaysia ini.
Tengok syarat, jumlah ansuran dan yang paling penting interest.

Akhirnya jumpa,
Dengan kadar interest yang ditawarkan jauh lebih rendah, dengan kadar ansuran yang kurang separuh dari jumlah kami bayar kredit kad setiap bulan, kami masih lagi untung dari segi jumlah derma interest kepada bank.

Alhamdulillah..
Dipermudahkan..

Kelebihan yang kami dapat dari rombakan ini :

1.Sekarang kami dapat kurangkan 50% dari jumlah pembayaran yang biasanya kepada kad kredit (3 bank) kepada hanya 1 bank sahaja.

2. Kurangkan derma kepada pihak bank.

3. Berhentikan terus penggunaan Kad Kredit.
Best giler dapat statement balance SIFAR.
Call service center pasal nak tutup account dengan berlagaknya.
Ada 1 bank ni siap pujuk2 lagi supaya tak payah stop.
Tapi mostly mmg pihak bank tanya la kenapa nak stopkan.
Kami suami isteri da framekan kad kredit tu, simpan buat kenangan. 

4. Bajet lebih itu kami boleh gunakan untuk isi petrol secara cash.
(Sebab tu saya da boleh guna sistem sampul untuk petrol)


So dengan langkah ini senarai bajet saya dan En Suami dapat dipendekkan
(Bertuah En Suami dapat isteri bijak macam saya)

Bijak ke?
Korek lubang tutup lobang?
Buat diri saya dan suami, ini adalah yang terbaik.
Jika ada cara atau kaedah pembaca lain yang lebih bagus jom la kongsi-kongsi.

Saya risau jugak jika sebenarnya saya terambil langkah yang silap.

So far buat masa sekarang ini, hanya itu yang mampu kami buat rombakan.
Masihh lagi mencari-cari ruang untuk memperbaiki hutang piutang kami.
Hutang-hutang lain yang tinggal :

PTPTN : Hujung tahun ni habis (Yeah..!!!!!)

Kereta : 5 tahun lagi habis (Tiada sumber nak langsaikan)
 
Rumah : Ni memang lambat lagi la nak habis. 
Hutang rumah adalah hutang terakhir yang perlu dibayar.


Seperti yang saya nyatakan, apa yang ingin saya kongsikan adalah sesuatu yang realistic dan saya sudah/ akan buat.

Ada banyak cara lagi yang boleh kita gunakan.
Boleh baca disini untuk meguruskan hutang. 
Saya belum buat, masih study lagi kaedah ini.


Secara umumnya, menerangkan kaedah penyelesaian hutang yang berjumlah kecil terlebih dahulu.
(Bukan bayar bulanan kecil tapi baki jumlah hutang yang paling kecil terlebih dahulu)

Kalau berjaya saya kongsikan nanti.

5 comments:

Jaa said...

erm betul tu... bestnyer ptptn tahun ni abis..saya baru mula bayar bulan lepas..hahah.. ada 10 tahun lagi baru setel... tu pun nasib baik, kwsp dh x tolak...blhla cover kt situ...

najwa hanis said...

hi. sy follow blog ni dan semakin bersemangat nk buat financial management since tk buat langsung planning ni. *kesal*

kes cc ni pun same je. bila dh surut jumlah hutang cc, senang ati je swipe sana sini. sy dh berjaya cut 1 cc. ada lg 2 yg penggunaannya hanya utk travel but claimed semula ngn ofis. tp kdg2 bila duit claim dh msk, belanja plak cm dpt duit free pdhal patut byr blk cc tu.

btw, bank apa yg tawarkan interest n ansuran yg lbh praktikal drp byr cc bulan2 tu? share lah ;)

Mama Lynd said...

Jaa : PTPTN berada dalam senarai interest terendah so pelan2 kayuh. Tu y sangat bersemangat bkk akaun untuk anak2 supaya tak payah buat pinjaman pendidikan bl nak masuk U nnt.

Najwa Hanis : Terima kasih follow blog serba tak kena ni. Sy buat ngan bank islam. N kalau ckup syaratnya boleh amik y pakej lg rendah interestnya. Tapi make sure berbaloi2 untuk apa y kita nak buat rombakan. Kira betul2.

Leonora a.k.a Jacky Bass said...

Good tips.. memang kena dulukan komitmen yg punya interest paling tinggi,x lain x bukan kredit kad oleh along berlesen..

Farah said...

Bismillah,
korek lubang tutup lubang...ada kalanya terbaik.
interest kad kredit memang bahaya.