Pages

Thursday, April 19, 2012

Update berpantang sendiri hari ke-4

Tiada apa sangat nak update sebenarnya.
Tapi saje nak menulis.
Hari ni da hari ke 21.
Alhamdulillah.
Terasa sihat.

Masih meneruskan jamu Pil Lepas Bersalin 1 dari Amway.
Disebabkan pil so xder problem sangat.
 


Suppliment seperti Acid Folic, B-Complex, Iron yang dibekalkan oleh hospital tinggal untuk 2 hari je lagi.
tengah berkira-kira juga consider beli suppliment.
Bukan sebab nak tambah susu tapi demi kesihatan saya sendiri.
Tengah nak cari multivitamin je.
Senang.

Susu Anmum Lacta.
hari ni da masuk kotak yang kedua.
Almaklum la tak belh minum teh and nescafe so breakfast ngan susu la.
Masa awal-awal dulu 2-3 kali sehari bonda buatkan susu.
Sekarang breakfast je.
So ingat nak continue la untuk menjamin kesejahteraan tulang temulang mama.

Minyak Herbanika NR


Memang best bau dan panasnya.
15 hari je da habis 1 botol.
Mau taknya sapu 1 badan and baut mengurut sekali.
Tip yang diberi oleh tukang urut saya buat sapu kat V untuk melegakan keputihan. (Saya tak buat pun)
Berguna waluapun bukan semasa pantang.
Memang berguna la.
Tak beli lain sebab nak habiskan Minyak Cap Wanita ni.
 

Boleh tahan best panasnya tapi bau xder.

Berbengkung.

Masih menjadi kewajipan.
Bukan sekadar nak mengempiskan perut.
Tapi bagi melegakan sakit kat peha.
Mungkin sebab "dikangkang" lama  semasa kat OT dulu so peha saya terasa lenguh.
kat bahagian sambungan punggung and peha.
Bila berbengkung memang terasa lega.
nak buat kerja pun terasa selesa.
Sanggup pakai, bila nak g tandas bukak pastu pakai balik.
Nanti berkesempatan saya kongsi tips berbengkung cara saya.

Makanan.
Makan buah epal, oren dan prune da tak terasa nikmat.
Terasa sebab "ubat"
memandangkan saya dalam proses membebaskan diri dari kebergantungan kepada ubat lembut najis so saya kena makan semua ni dan minum air yang banyak.

Memang target nak habiskan semua benda sebab lepas ni takdenya nak berpantang lagi saje-saje kalau tak beranak. 

Anak-anak semua masih dalam keadaan OK.
Just kesian Kaseh mengadap muka mama hari-hari.
Jumpa papa pun kejap je malam.
Tido pas bangun tido ngadap muka mama balik.

Diharap semuanya masih lancar.
 

 

No comments: