Pages

Wednesday, April 18, 2012

Terima Kasih Jururawat Desa

Entry penghargaan lagi.
Buat penghargaan banyak2 dengan hati yang tulus ikhlas untuk orang yang ikhlas berkhidmat tak per kan?
Tak salah kan?

Kali ini nak menghargai Cik-cik yang manis Jururawat desa di
Klinik Kesihatan Meru.
Sepanjang check up, tiada masalah dengan mereka.
Disambut dengan muka2 yang manis.

Selepas bersalin ada pulak pemeriksaan postnatal dan jururawat akan datang ke rumah selepas kita buat report selepas kita dah keluar dari hospital.

Sangat kagum dan menghargai jasa mereke.
Berpanas dengan uniform putih suci murni, naik moto.
Kadang2 sorang kadang ber-2 dengan beg besar.
Tiap kali mereka datang rumah saya suke tanya hari ni berapa rumah, tinggal berapa rumah lagi.
Kalau bonda ada bonda akan buat air.
Kalau saya sorang memang tak sempat la sebab dorang nak periksa saya lagi saya nak buat air lagi.

Terima kasih.
Hari ni hari ke 20 so kiranya lawatan terakhir la.
Mereka timbang Awatif.
Tahu tak berat berapa dalam masa 20 hari?
4.8 kg.
Lahir dulu 3.89kg.
Belom timbang lagi mereka da kata, besarnya baby awak.
Patut la syok je saya pusing-pusing, canai-canai anak saya ni time mandi.
Baby besar so tak gerun sangat la golek-golek dan gelek-gelek.

Sumber : Sini

Cik jururawat terima kasih.
Besar jasa cik kepada masyarakat.
Bagi saya berapa pun gaji mereka, jasa dan kerja mereka memastikan bayi dan ibu berada dalam keadaan sihat adalah tidak ternilai.
Terima kasih cik misi..

2 comments:

Anonymous said...

salam...boleh sy tau hari check up utk ibu mngandung klinik kesihatan meru, hari ape ye? tq..:))

Unknown said...

Haaa? Saya ada sebut ke saya check up di klinik kesihatan meru? Heee.. Kalau nak bukak buku hari-hari pun boleh kecuali hari jumaat. Nanti bila nak set appointment akan datang mereka akan tetapkan hari menggikut zone tempat tinggal kita. Macam saya zone C check up hari Isnin atau Rabu.