Pages

Wednesday, June 12, 2013

Sila Buang Sampah Dalam Tong Sampah..

Tajuk serius bukan main.
Tapi bagi sesetengah orang fikir tu kecil.
Tapi as per tajuk.. Impactnya besar.

Rakan-rakan pernah tak lepak kat taman awam dan lepaskan anak main dan kita monitor je dari jauh.
Tapi perasaan tu masih tak konfiden untuk betul2 lepaskan sebab ini...





Sampah bertaburan di lantai.
Kulit kuaci, puntung rokok.

Kita risau anak kita kutip dan masuk mulut.
Ini untuk anak-anak kecil macam saya.

Mungkin masih ada segelintir kecil rakyat kita yang masih sampai hati untuk membuang sampah merata-rata.
Tidak ada perasaan sayang dengan keindahan yang ada dan dinikmati secara percuma.
Bagi kami suami isteri, kami rela simpan sampah dalam bag terlebih dahulu jika kami tak jumpa tong sampah.
Sayang dengan keindahan alam.

Ada yang terfikir "Ala takat aku sorang yang jaga tapi orang lain buang merata-rata juga, xder beza pun"

Kalau sorang fikir macam tu memang tiada kesan.
Tapi kalau 10 orang, 50 orang, 100 orang..
Impactnya besar.
Saya percaya yang buang sampah macam ni kat taman2 awam ni tak sampai pun 10 orang. 
Tapi impactnya kepada semua pengunjung yang datang ketaman tersebut sepanjang hari.

Ada idea tak macamana nak wujukan kesedaran mengenai penjagaan harta awam kepada masyarakat kita?

1 comment:

Fizah said...

ku pun simpan sampah sampai jumpa tong sampah..entahla benda camni..kena ada kuatkuasa pihak berwajib kut..mcm kat spore sapa buang chewing gum kat jalan kena denda byr sekian sekian amaun..didik masyarakat dulu dgn undang2 smpi jadi sebati dgn diri habit yg baik tu - mcm jepun