Pages

Friday, July 23, 2010

Tak sempat..? Penat..? Tak larat..? Malas..? Kurang bijak?

Kehidupan sebagai Isteri..Ibu.. Yang berkerjaya..
Memerlukan komitment, skill dan kebijaksaan..
Sekarang ni aku tengah nak khatam buku ni...
Tujuan baca buku adalah :
1. Untuk menimba ilmu mengenai peranan kita.

2. Paling Penting !!! Untuk menangkis segala bisikan syaitan.
- Maksudnya adalah, bila aku nak menjalankan tugas ku, ada je bisikan2
"Amboi2 sedapnya dia dok lepak, kita buat keje"
"Penat la, balik keje nak kena buat keje rumah"
"Aku pun keje, dia pun keje so mana aci"
"Tak sempat la nak buat sume benda"

Itu adalah contoh2 bisikan syaitan yang direjam.
Jadi aku memerlukan bisikan yang akan menangkis segala bisikan jahat itu.
So, bila bisikan jahat datang akan kuar bisikan tangkisan (bhasa apa ku pakai ini?)
"Huis, banyaknya pahala aku"
"Nanti suami sayang aku"
" Ikatan kekeluargaan kami makin kuat nanti"
Dalam bahasa directnya, ku perlu fakta untuk memujuk hati sendiri.
Hehehehehe.
Buku ni best sbb banyak fakta memujuk hati.
Moral of da story, kita kena menimba ilmu supaya kita tidak jahil tentang kehidupan kita.

Huis..
Kembali ke topik asal.
Aku mmg seorang poor mom, poor wife sbb ku masih tak berjaya nak manage hidup ku.
Ku sampai rumah kol 6.30 ptg (Ni mmg tak beratur kat trafik light, mmg potong barisan je)
Nak main ngan anak dulu, pastu mandi, maghrib.
Dalam kepala dok pikir, klu aku masak tak sempat nak main ngan anak.
Rumah yang selalu tunggang langgang ngan kain baju.
Mmg aku pikir tak sempat nak menjalankan tanggung jawab aku dalam masa 4 jam aku berada kat umah sebelum ku tido.
Kol 10.30 am mesti da pangsan.
"Penatttttt" kata hati ku.

Tapi bila ku baca blog mommies2 lain yang sempat masak dan berblog lagi kat umah.
Ngan ada yang buat power pumping lagi malam2.
Kagum aku.
Buat aku terpikir masa dorang "Terlebey suda" ke?

Ke aku yang malas???
Yeke aku malas????
Yeke????

Ke aku kurang bijak mengurus masa??
Yeke kurang bijak???

Ke aku berkira???

Kena menimba ilmu lagi ni..
Mommies sekelian alam yang membaca n3 ku ini tlg la buat 1 entry untuk memberi contoh schedule kehidupan akak2 sekelian. Mungkin dapat membantu diriku yang hina ini.
Pastu tinggalkan komen anda.
Ada ke orang buat cam aku ni?
Hehehehehe.

Thursday, July 22, 2010

Dalam Kepala Otak KU

Erm...
Bz and Bz..
Dalam kebzian ni macam2 berlegar2 dlm kepala botak ku ini..
Check List / Skill yang aku nak blajar or need to improve :

1. Bila la aku nak start berCD ni..?
- CD beli dr seblm bersalin lg. Start je belum.

2. Bila aku nak praktis guna ringsling ni..?
- Beli masa pas pantang tapi sampi sekarang dok guna alasan "Tak Reti"

3. Bila aku nak pandai nenenkan Kaseh sambil berjalan..
- Tercetus inisiatif ini lepas baca buku MAMA SAYA LAPAR, Wardina pandai nenenkan sambil jalan. So i should try toooo.

4. Bila aku nak buat Flow Chart idup aku ni.

5. Bila la aku nak start masak kat umah secara konsisten ni.

6. Bila la aku nak mengepam secara konsisten ni.
- Bila kuar supplier slalu skip. Padahal pam bawak.
- Bila malam je malas nak ngepam lagi2 bila stok Kaseh untuk esok da cukup.

7. Bila la aku nak buat Power Pumping ni.

8. Bilo la den nak start menabung sendiri ni.
- Hehehehehe

9. Bila la aku nak completekan work station aku kat umah tu.

10. Bila la den dapat cuti panjang dan orang bagi gaji ni.
- Bersalin je kot ni.... Hehehehehe



Friday, July 16, 2010

Aku dapat bayaran CASH

Pagi jumaat yang indah
Tapi aku mendapat pembalasan atas segala perbuatan dan niat buruk aku.
Waaaaaaaaa
Menyesalnya ya Allah..
Ampunkan dosa aku.
Ceritanya begini
.
.
.
Kat kilang ni aku ada special parking.
Parking berbumbung dan dekat ngan entrance.
Sebnarnya tu parking manager.
Ktrg yang bawahan ni parking tak berbumbung dan jauh skit la.
Tapi ada la beberapa tempat yang kosong samada manager da brenti or manager tak pakai kete.
**Ada tau manager yang datang keje pakai moto**

So atas kebijaksanaan aku, aku berjaya dapat 1 parking bila aku dapat tahu srg supporter Jepun ni da dihantar pulang ke negara dia.
Aku da tau no kete dia so tinggal masuk je la.
So aku hidup la ngan aman damai.

Bagi orang bijak yang lain dia akan cari tempat parking mane yang tak sama ngan no kete.
So dia akan tahu itu adalah tempat parking yang tidak bertuan.
Tapi ni mmg memerlukan kerja keras la.

Tak tau la aku bersangka buruk ke apa.
Tapi aku suka usha akak ni dia kadang2 dapat bumbung kadang2 tak.
**Ku ter"usha" dia sbb kete dia cam best.
1 hari tu ku ternamapak dia macam mengusha la tempat parking tu.
Terdetik kat kepala aku ni "Dia tengah usha parking la tu"

Sampai la semalam..
Aku da sampai tengok dia nak masuk parking aku.
Aku pantas dan tuntas tanpa hati perut aku pancong dan masuk parking tu.
Dalam kepala aku masa tu "Ehhh.. Ni parking aku"
Klu sesama geng ktrg klu tau tu da port org,
drg takkan masuk punyer.
**Yeke kawan2?**

Terdetik la jugak kesian kat akak tu.
Da la pregnent.
**Jahatnya aku**

Hari ni aku nekad nak datang awal sbb mesti akak tu nak balas dendam
**Aku rasa la dia pikir gitu**
Sampaikan Kaseh pun ku suruh suami ku yang anto.
Dalam kelam kabut nak kuar tu da sampai simpang nak kuar dr rumah tu tiba2..
"GEDEGANG!!!"
Alamak..
Ku langgar dinding longkang.
Tayar ku pecah!! Koyak!! Dan Rabak!!
Patah balik
Suami ku tukar tayar.
Tak boleh nak tampal apa pun kena tukar tayar.
Sudahnya duit melayang..
Slot in 3 minit 13 saat lambat..
Kena parking jauh gilerrrrrr..

Dalam kepala aku terawang2 perkataan
"AKU DA DAPAT BALASAN CASH DR ALLAH"
Siap keep da change lagi.

Moral of da story..
Beringat la klu kita buat naya kat org anytime kita akan dapat pembalasan samada dlm keadaan sedar atau tidak.

**Ku syukur sebab Allah bukakan hati ni tunjukkan apa tujuanNya atas insiden hari ini**
**Ini merupakan peringatan sebelum kejadian yang lagi teruk**
**Datang keje ngan niat yang betul**
**Tahniah kak sebab dapat parking tu**


Wednesday, July 14, 2010

Baru ku tahu

Ku tau puncanya kenapa mood ku menjauhkan diri.
Dia nak hirup udara segar.
Dok terkurung kat kilang ni bt dia tertekan.
Jap tadi da kuar g supplier bawak ada mamat Jepun ni.
Keje setel awal ku bawak mamat Jepun ni makan cendol ngan Laksa.
Makan kat lori depan Panasonic.
Klu sesapa tahu dorang letak kerusi je.
Mamat Jepun cakap "Malaysian Way"
Layanzzzzzz..
Perut da kenyang..
Tunggu time balik je..

Lai..Lai..Lai..Mari..Mari..

Mari..Mari..Mari..
Lai..Lai..Lai..
Ku Seru kau kembali..
Mari lah..
Kembali lah..
Usah kau jauh dari ku..
Aku memerlukan mu..
Tanpa mu hidupku..
.
.
.
Kosong
.
.
.
Tak bererti
.
.
.
Tunggang langgang
.
.
.
Tak sempurna
.
.
.
Tanpamu
.
.
.
Aku bukan aku
.
.
.
Ku seru semangat ku
Kembali lah
.
.
.
Datanglah kembali wahai mood
Yang ko g jauh2 tu nape?
Ko tinggal aku terkontang-kanting disini.
Nak buat keje pun susah.
Puas ku post mortem diriku.
Mane silap diri ku sampai ko pergi.
Datang lah kembali wahai mood.
Lai..Lai..Lai..

**Tahu kah anda.. Semasa anda menyusukan anak anda badan akan menghasilkan hormon penenang dan kegembiraan. So adakah aku perlu balik rumah untuk nenenkan permata hatiku**

Look At The Negative Side

Biasa kita dengar "Look at the positive side"
Bila jadi sesuatu dugaan or problem memang orang cakap gitu.
Tapi semalam ku dapat terbalik.

Salah satu job description aku adalah to make sure barang yang masuk ke production adalah barang yang berkualiti.
Dan semasa development kami kena cari problem sebanyak mungkin supaya problem tu tak timbul time mass production.
Bila g supplier ku kena check process ok ke tidak, jig ok ke tidak sume2 la.
Bagi aku yang sentiasa positive ni sume benda aku rasa ok.
Dan dalam banyak problem ada la 1 benda yang tak leh setel so aku blame design.

Tiba2 1 hari leader aku g check process dan dia jumpa punca kepada problem tu.
Dan problem tu disebabkan oleh benda yang ku rasa BAGUS.
Masa mula2 tengok dulu dalam kepala aku "Wahhh bagusnya benda ni"
So sepanjang development aku tak nampak sebarang kecacatan.

Sampai la leader aku tu jumpa baru la terpikir "A'ah la. Patut la"
Pastu sambil lepak2 leader aku cakap " Sometimes we have to look at the negative side"

Moral of the story :
1. For the first sight kita nampak / judge someone as good sometimes kita takkan nampak kelemahan.
2. Kita perlu someone yang berfikiran negative untuk melihat kelemahan kita yang kebiasaanya kita sendiri tak nampak.
3. Kita kena positive tentang apa yang orang komen **Da lari dari konsep**

Sebelum ni aku terbengang jugak la bila leader ni slalu komplen apa yang aku buat.
Dan aku tak jumpa positive point untuk pujuk hati ni.
Bila da dia ckp gitu smlm baru la aku dapat pujuk hati ni.
Kadang2 orang ckp negative tu tak semestinya untuk kondem tapi to help us to be better.
**So....positive Pn Lynd**
Aku kena belajar untuk tengok sesuatu at the negative side
Tapi takut terjadi darah daging lak pemikiran gitu.
Nanti hidup tak tenang.





Monday, July 12, 2010

Spectra 3 Review - After 1 Week



Pagi tadi kan..
Cam biasa..
Sampai opis, bukak blog..bukak email..
Huis..
Banyaknya massage Facebook..
Aku mmg jarang bukak fb.
Malas..
Tapi ni keje adik aku la ni..
Dia tag gambar kat fb aku so comment sume masuk kat aku skli.
So keje aku hari2 delate msg dia..
Tiba2 aku terpandang satu comment seperti di bawah.

Tak nampak la pulak.
Msg dari Areyou Sleeping..
Berbunyi " Lin, Aku selalu baca blog ko tapi silent readers je la =p ko sekrg pakai spectra 3 kan.. sebelum ni ko pkai pe? medela harmony ke?? cuba ko bag review pasal kedua2 alat tu =p leh jadi rujukan.. hehehehehe.. dgar kata spectra 3 ni pumpnya bulky so berat sgt ke?? TQ mama lin..

So bagi merealisasikan permintaan classmate ku kat UKM dulu ni yang merupakan bakal bonda, so n3 ini ku tujukan kat dia.
Orang lain sila pejam mata bila baca N3 ni.
Ups!! Sory melalut.


Kehadapan Pn Ayu,
Dulu aku pakai AVENT manual dan baru seminggu pakai Spectra 3.
Klu Medela ko tanya Imaan09 aka Zarlea..
Kenapa ku tukar Spectra 3?
Sebabnya nak buat double pumping so jimat skit masa.
Mmg tak dinafikan mmg menjimatkan masa walaupun nak bawak ke mana2 agak besaq.
So sekarang ni aku bawak back pack g opis.
Seperti yang dibawah :

Ni back pack ku yang berisi cooler bag (Cap Pasar Malam) dan S3
Ni Cooler Bag (MLO) ku yang dikeluarkan dari back pack

Ni S3 ku dalam back pack.

So aku g keje bawak back pack je.
Purse dan barang2 lain aku sumbat je dalam poket yang banyak2 tu.
Xdernya bawak handbag bagai.
Setel.

Erm.. Komen?
1. Double Pumping sangat membantu bila masa tak banyak.
2. Lembut dan tak rasa pun sedar2 botol da penuh.
3. Bila da pakai letrik tu cam biasa la nyampah nak kena cari plug looo.
4. Bottle yang sgt mesra pengguna. Sume jenis leh tapi klu avent nak keturunan dia jgk. Da la mahal.
3. Avent ada massage cuision kat breast shield so rasa lembut je bila pump dan rasa bila LDR tu datang.
4. Yang best manual ni bleh beroperasi dimana jua anda berada.
5. Just bila pakai letrik ni aku banayk lak nak kena pikir. Camner motor dia beroperasi (Ermm..ni da bila namanya Enjen Naya mmg berfikiran begini kot), takperke letak dlm bag je, kena habuk takpe ke, guna lama tak per ke, klu rosak nak cmner nk troubleshooting. Klu manual senang just tgk part pasang betu ke tak.
(Aku rasa idup ku dipengaruhi oleh bidang keje aku)

Ermm..
Mula2 ingat nak let go je Avent ku itu.
Tapi sayang doooo..
Sentimental value dia tinggi..
Tak jadi la..
Ingat sesapa nak pinjam seblm beli yang baru tu ku kasi la.
Nak jual terus mungkin tidak.

Rumusan kepada kedua2 pam ini
AVENT (Manual) : Your life is simple
Spectra 3 : Your time is valuable
Avent + Spectra : Your life is complete.

Untuk review penggunaan spectra bleh rujuk di sini dan susuibu.com

**AVENT tetap kesayangan ku. Kau banyak berjasa kepada ku dan Kaseh dalam mengharungi hidup BF selama 4 bulan ini. I love you Avent. Muahhh muahhh muahhh**