Pages

Monday, May 9, 2011

Kaseh 14 Bulan


Time to talk about my Princess at 14 Month.

Gigi -
4 gigi geraham atas bawah kiri kanan.
4 atas depan
3 bawah depan.
Total 11, bila gelak nampak gigi yang hampir sempurna

Biskut Bantal.
Suke sangat makan kerepek pisang, kerepek ubi, maruku dan paling peberet biskut bantal.
Papa Kaseh suke beli biskut bantal,
dia tahu bekas mane ada biskut bantal tu,
diangkut terkedek2 suruh buka bekas.
Y tak tahan tu samapi taknak makan nasi.
Mama sorokkan bekasnya.
Mungkin sebab gatal gusi kot sebab tu Kaseh suke makan benda keras.

Pemakanan.
Da agak susah nak kasi makan.
Apa ku buat, ku kasi dia makan sendiri dan Kaseh nak makan kalau hanya dimeja makan.
Sepah pun sepah la.
Nak make sure kaseh dapat pegang ku potong sayur dan ayam besar,
so dia bleh pegang sendiri.
Peberet Kaseh, brokoli, tomato and carrot.

Penyusuan
Kaseh mmg reject minum guna botol.
So thanx to my MIL y melayan Kaseh minum guna cawan atau straw.
Mmg kena sabar la.
Klu sok Kaseh kena g Skool cmner?
Huu.. Risau mama.

Emosi.
Huuuu.. Mmg susah diramal.
Dia da mula ada perasaan "NAK"
yang tak tahan tu ku tak paham apa y Kaseh nak.
Bi datang hangin dia nangis pastu tarik2 tangan tu y main teka teki apa yang dia nak.
Senjata rahsia mama kadang2 takleh pakai.
Dulu dia nangis je angkat baju, terus je nenen.
Sekarang da pandai geleng kepala.

Bahasa.
Da paham gak la orang cakap.
Dan ikut orang cakap.
Bila nampak kucing je "Tet" = Cat
Da paham hulur tangan dan kaki untuk dibasuh pastu sapu kat mulut.
**Sampai air kat kolam ikan mama pun dicelup pastu sapu kat mulut..aduihh**
Lain-lain :

Da pandai ikut mama gosok gigi, gosokkan badan dengan span bila mandi.
Dan Kaseh da tak takut mandi shower, siap ulur kepala lagi.

Kalau mama masak, nak kena buat apa pun sambil dok kat bawah sbb klu berdiri kaseh tak sampai nk tengok mula la dia pegang kat kaki.

Dan pandai "menonton" laptop,
kalau dulu di"penyekkan" laptop.
Suke tgk video twinkle2 little star.

Kalau merengek nak nenen,
bila mama amik bantal nak baring je,
dia da mula gelak gatai.
Rasa cam taknak kasi sebab nak kaseh gelak camtu lama2.

Da pandai mintak pangku,
biasanya nenek ngan papa la y kena.
Bila dorang baring je, di tarik tngan suruh duduk.
Pastu dia parking kat pangku.

Da kurang la masukkan barang dalam mulut,
tak macam dulu.

Iklan Ribena yang musicnya ada "Auw..auww..auww"
pastu org menari kat vendor machine tu peberet skrg.
iklan tu start je dia da "aa..aaa..aaa" padahal music blom mula.
Dia tau iklan dia da nak mula.

Suke "bercerita" tapi tak paham.
"Paaa..petu petu petu petu"
Siap panggil lagi Paaaa.. Maaaa..
pastu membebel.

Acik peberet Kaseh MakSu Huda.

Suke kacau kalau maksu tido.
Maksu ni da la kerempeng,
nak angkat kaseh pun tak larat.

Acik y suke melayan Kaseh lak,
Cik Wawa,
kalau dok umah MIL Cik Wawa laa yang mandikan.
Kdg2 Kaseh xleh nak berenggang.
Org tu nak mandi pun nak ikut,
nak g skolah pun nak ikut.

Untuk Kaseh dapat makcik2 y sudi melayan Kaseh.

Kepada Kaseh,
Walaupun Kaseh tak tahu mengungkapkan Selamat Hari Ibu,
mama tahu Kaseh sayangkan mama.
Mama tahu Kaseh sayangkan mama hanya kerana mama adalah mama.
Bukan kerana paras rupa dan harta benda.
Mama sayang Kaseh.
Jika disaat Kaseh membaca rekod hidup Kaseh ini,
mama sudah tiada,
tahulah sayang, Kaseh adalah anugerah terindah dalam hidup mama.

Jika semasa Kaseh membaca ini,
mama sudah banyak melukakan hati Kaseh,
ketahuilah sayang, mama hanya mahukan yang terbaik untuk mu sayang.

Terima Kasih Ya Allah, kerana nikmat usia y Kau berikan untuk aku terus bernafas,
dan menumpang kebahagiaan di sisi anak ku.

Berikan lah dia kebaikan dan kebahagiaan walau dimana dan dengan siapa dia hidup
kerana anak itu telah membenarkan aku untuk merasai kebahagiaan dimasa hayat ku.

Amin..

1 comment:

Umialya said...

wahhh, KAseh dah besar krg ni..

Selamat Hari Ibu Lynd