Pages

Tuesday, April 10, 2012

Kisah Kelahiran Hannah Damia Awatif

Assalamualaikum.
Lama sungguh tak bersiaran.
Mencari masa yang sesuai untuk menaip dengan tenang.
Disamping mencari cable untuk transfer gambar.


Nak cerita sikit pengalaman saya melahirkan anak yang ke-2 ini.
Hannah Damia Awatif bin Mohd Ridho.

Sebenarnya saya dijangka bersalin pada 24 March 2012,
Tapi terover due.
Disebabkan condition saya dan baby dalam keadaan baik, Doktor kasi tempoh sehingga 31 March. 
Jika masih tidak bersalin saya dikehendaki terus ke hospital.
Mungkin induce la kot time tu.

Siap berdoa dan sembahyang hajat supaya saya bersalin pada 25 march disebabkan nak dapat besday sama ngan sahabat saya.
Siap countdown tinggal berapa jam lagi nak habis 25 hb.
 Tetap hampa.

Hati mula terfikir, apa lagi yang saya belum selesaikan?
Mungkin ada "hutang"
Bertanya pada sang suami, "Ini dikira sebagai susah bersalin ke?"
Jawab si suami " Yela"

Berfikirlah si isteri apa la dosa nya, sehingga "susah" bersalin begini.
Tak la susah, sekadar seksa menunggu dan kesian Bonda "menunggu"juga.

Terfikir saya mungkin banyak dosa,
minta maaf dengan beberapa orang yang saya rasa mungkin saya banyak dosa dengan mereka (27 hb)
Membuatkan saya terfikir, banyak dosa diri ini jika kita tidak menjaga percakapan.
Banyak sangat komplen.
Bila da jadi camni mula melilau minta maaf dengan orang.

28hb - Berlalu begitu sahaja.

29 hb - Terfikir, untuk kandungan kali ini saya tak pernah selesaikan bacaan 7 surah yang patut diamalkan semasa mengandung.
Al - fatihah
Ayatul Kursi
Surah Yassin
Surah At-Taubah
Surah Maryam
Surah Yusuf
Surah Luqman

Surah Maryam, Yusuf dan luqman tidak pernah disentuh.
Asyik terbehenti di surah At-Taubah.
Lepas tu mula balik sebab lupa nak tanda baca sampai mana.

Malam itu, selesai solat mahgrib, baca Yassin (Kebetulan malam jumaat)
Turun bawah dan pergi rumah ibu mertua ku kejap.

Balik rumah, naik atas solat isyak.
Baca doa-doa dalam buku amalan semasa mangandung.
Baca Surah Yussuf, telifon berbunyi.
Bonda call dari bawah bgtau yang Kaseh muntah.
Turun, tukar baju Kaseh dan bawak Kaseh naik atas,
kesian nenek kena muntah Kaseh malam-malam.

Sambung baca al-Quran.
Kaseh dok cakap "Mama nyanyi"
Sudahnya tertido dia sambil dengar mama "nyanyi"

Tengok jam kol 3 pagi Surah At-Taubah aje yang tinggal.
Lentok kejap la.
Sudahnya tido terus.

30 March - Pagi tu hujan plak.
Sepatutnya g Pusat Kesihatan sebab nak amik BP.
Terasa malas nak g sebab hujan and tido lambat.

Kol 10 pg golek2 ngan Kaseh,
main2 ngan dia.
Perut terasa "tak sedap"
Syak mungkin sebab kek coklat tu kot sebab malam tadi Kaseh pun muntah.

Kol 11 sakit makin kerap.
Lantak la, call papa je la.
Klu bukan sebab nak bersalin pun alang2 esok memang dah nak kena tahan pun.
Sementara tunggu papa tu, macam biasa asal saya mengadu sakit perut je, Bonda akan masak nasi dan suruh makan siap2 sebagai bekal tenaga  nak teran.
Sempat makan nasi lauk telur masak kicap.
Masa tu pikir dah memang sah la ni sakit nak bersalin.
Contraction 20 min skli.
Papa sampai rumah kol 12.30 pm.
Da masuk kete papa kata tak boleh lalu highway sebab pekan Meru tengah jem budak sekolah keluar.
Mana2 la papa.

Tapi papa pnyer panic dibawaknya mama "jalan-jalan" kat dalam Saujana Utama baru masuk highway.
Mungkin papa pikir itu shortcut.

Masa ni yang menemani saya Ayat Kursi setiap kali contraction.
Sampai Hospital Sungai Buluh lebih kurang kol 1:30 pm.
Ramai.....
itu yang saya boleh cakap.
Dah daftar saya tengok ramai yang menunggu.
Ada yang katanya da di check bukaan 2cm dari pukul 6.30 pg sampai sekarang belum dipanggil.
Tapi saya tengok dia masih boleh borak so consider belum masanya lagi.
Pukul 3.30pm baru naka saya dipanggil untuk CTG.
Masa ni sakit sudah selang 10 minit.
Da check jururawat suruh saya bangun dan duduk diluar.
Saya cakap saya nak baring.
Saya dah tak daya nak bangun.
Check bukaan 5cm.
Ada jururawat yang tolong carikan katil.
Tiada...

So mereka paksa saya bangun sebab masih ramai yang menunggu giliran.
Saya kata tak boleh.. Sakit..
Check bukaan lagi 7cm.
Hanya selang 10 minit sahaja da buka dengan cepat.
Masa ni hanya kalimat Allah yang menemani.
Kadang2 senyum jugak dalam sakit tu sebab fikirkan "akhirnya sampai juga masa nak keluar"

Jururawat cakap kalau nak teran bagitahu.
Sudahnya tak lama selepas memang saya rasa nak teran.
Saya bagitahu dan mereka check bukaan "Fully"

Saya ditolak ke Labour Room.
Dalam sakit diminta beralih katil.
Sempat bisik dengan nada yang agak kuat "Baby nanti kita jumpa ye"
Semua da standby.
 Nurse bagitau nak teran bagitau.
Saya kata sekarang.
Nurse ajar cara pegang pergelangan kaki.
Masa ni cuba mengingat kembali teknik-teknik yang di search untuk meneran.
Sebab time Kaseh dulu masalah saya tak pandai teran.

1st push betul tapi belom keluar.
Bila da hilang sakit, nurse cakap simpan tenaga dulu.
Nurse "leka" sebentar sementara saya cuba meneran sekali lagi tanpa sempat memberi tahu nurse.
Push kali ke-2 saya dapat rasakan ada sesuatu sudah separuh keluar.
Dan saya dapat rasakan yang semua orang dalam LR panic sebab mereka tak sempat melakukan "sesuatu"
Mungkin Epi atau mungkin pecahkan air ketuban.

Kali ke-3 teran punggung saya dah "ke langit" semua orang hanya fokus nak keluarkan baby.

Dan baby keluar.. Papa sampai..
Papa tak sempat menemani mama bersalin. 
Dengar suara Awatif menangis tapi macam tersedak air.
Ermm.. Terminum air ketuban ke.
Masa ditanya boy ke girl sy tak nampak sebab tak pakai  cermin mata.
just jawab girl je tanpa pasti.
Awatif dibawa pergi.
Tanpa diletak di dada mama.
Ada masalah ke?

Midwife cakap "Your baby is fine but keadaan mak kita tak tahu lagi. Tunggu doktor datang dulu"
Masa tu fikir, lantak la sana janji anak aku selamat.
Doktor datang.
Third degree tear.
Koyakan merebak terus ke otot yang mengawal usus/ proses pembuangan najis.
Boleh pulih dengan sokongan senaman khusus.
Dan proses menjait luka tidak boleh dilakukan di Labour Room tetapi 
di Operation Theater.
Ditanya pukul berapa makan dan beberapa soalan.
Papa cakap Awatif diletakkan dibawah oksigen (Taktau la apa kenamanya)
Sempat terdengar kakitangan menyebut score apgar 9/10 - Kira normal.

Dalam hiruk pikuk dalam LR tunggu masa ditolak ke OT,
perasaan "Takper la, setiap anak ada bahagian mereka masing-masing"
 1 perkataan yang terfikir REDHA

Ditolak ke OT.
Terasa macam mimpi sebab tak nampak apa tanpa cermin mata.
Power almost 1000 mmg nmpak bayang jela.

Masuk OT, sejukkkkk..
Dengar dorang pasang radio.
Dengar briefing dari pakar bius.
Saya akan dibius separuh badan melalui tulang belakang.
Digolek-golek digodek-godek.
Redha..


Disuruh duduk sambil peluk bantal.
Tak terasa jarum bius pun.
Sempat pikir "Ingat sakit sangat."


Proses lain ku da tak rasa apa.
Ku hanya 'menikmati' suam2 heater yang diletakkan di dada.
Tangan kanan di drip bagi standby jika ada pendarahan.
Sempat dengar saya kehilangan darah 200ml semasa di LR.

Sempat tertido 1 round.

Da siap saya tak tahu berapa lama.
Ditolak ke obsevation area.
Tak tau berapa lama.
Sempat tertido 1 round lagi.


Pastu ditolak ke ward, tanya nurse sekarang pukul berapa.
Kol 8.30 pm.
Huis lamanya.
Tak jumpa baby lagi ni.


Masuk ke ward, jumpa papa.
Pakaian ditukar.
Minta cermin mata ngan papa, baby ditolak ke sebalah katil.
Huuuu.. Baru dapat tengok.
Papa tanya nak pegang tak.
Mama kata mama tak belh duduk.
Cerita la skit2 apa jadi kat mama td.


Papa balik.
Terlentang jela.
Kena berpuasa selama 6 jam.
Dikira macam bersalin secara c-zer.
katil saya berhadapan dengan kaunter nurse.
Means tergolong dalam golongan kritikal.


Menghitung waktu 6 jam.
Menunggu apa kesan bila bius ni dah habis.
Awatif tido aje.
Sah sudah disumbat FM.
Redha juga.

Pertukaran shift jururawat.
Dengar mereka membuat lapuran.

Siti Norhaslinda.
Baby Girl 3.89kg (Omak ai besarnya)
Blood lost 500ml.
Keluar dari OT 7:20pm.
Lepas tu entah apa kod lagi yang disebut.

Kira-kira dalam kol 2 pagi habis la kesan bius dan tempoh berpuasa.
Kol 2:20 memang da fully boleh gerak.
Tanya nurse saya dah boleh "uk-uk" tak.
Perut ni berangin je.
Nurse kata boleh.

Bangun.
Gi tandas, basuh muka.
Tukar pad.
Serius saya terasa kuat.
Tak tahu la mungkin kesan bius belum hilang.
Buang air kencing melalui tiup.
So angkut la beg itu sekali.
Serius kuat.

Minum air tak muntah dan tak pening.
So everything fine.
Awatif ada bunyi-bunyi jugak,
mintak nak BF nurse kasi.
Tapi Awatif tido je. 


Malam tu ward agak sibuk sebab ramai lagi yang masih menunggu nak bersalin.
Sempat tanya doktor.
Apa kesan nya bila third degree tear.
"U tak boleh bersalin normal lagi. Selepas ini kena c-zer"
Terkedu sebentar.
Lepas tu REDHA.
Tnya cara penjagaan.
Katanya sama seperti bersalin normal.


Tak boleh tido.

So dok amik gambar Awatif je.
Ambil gambar pun dari dalam baby cot je. 
Kesian Awatif, tiada gambar semasa di Labour Room.
Redha.

Termenung.
Tapi masih redha.
Pastu terlelap.
Lepas bangun pagi, sarapan dan bersihkan diri.
Akhirnya saya berjaya breastfeed Awatif pada pukul 9:15 pg. 
Selepas 17 jam Awatif dilahirkan.
Redha.

 
Awatif.
Terima Kasih kerana hadir dalam hidup mama.
Menambah lagi kebahagiaan hidup mama.
Mama minta maaf kerana mungkin mama tidak memberikan yang terbaik dan hak Awatif semasa di dalam kandungan mama.
Tapi percaya lah sayang mama akan berikan yang terbaik di masa depan.
InsyaAllah.

Doa mama, semoga Awatif menjadi anak yang beriman dan baik.


Terima Kasih Allah atas kurniaan Mu.  

Entry ini di taip dan di save 3 kali baru selesai.





9 comments:

Baie said...

Salam lynd..Alhamdulillah semua selamat & tahiah (lambat kan). Mmg tertunggu citer pasal lynd n awatif.baca dari awal seronok sbb bukaan cepat, tp bila baca pasal 3rd degree tear tu rasa sejuk2 je satu badan..ngeri.Semoga cepat recover. Sungguh montel+comel Awatif =)

Imaan09 said...

aduhaiii..redha je laa.. tak semua y kita nak boleh dapat kan.. tp insyaALLAH ada hikmah..!
Awatif..welcome to the world!

EllyEllies said...

congratz lyn..seyes kagum kejap je dh boleh bgn g toilet sdiri..huhu

are-U said...

tahniah lin.. sungguh semangat awatif, nama pun unik je.. setiap kelahiran tu lain ceritanya kan, syukur semuanya dah selamat.. =)

Unknown said...

Terima kasih sahabat sekelian.

Anonymous said...

Kenapa ada perkataan DAMIA dik..?

Cici said...

hi Sis.

samalah, saya pun 3rd tear. Tapi lepas operation theater tu saya dibawak ke obersvation room and recovery room. memang lemah sangat.beranak 12pm friday esoknya baru jumpa baby and petang tu baru masuk ward biasa.

sekarang saya nak deliver 2nd baby, doc suruh decide nak normal or czer . both ada pros and cons. dilemma betul

salam kenal :)

Unknown said...

Salam..sy pn third degree..
Awk kna slalu follow up ke kt hsptl?
Lma x luka nk sembuh btl2?
Sy bru sebulan pntang..

Unknown said...

Saya hanya follow up 2 bulan lepas bersalin. Doctor check luka semua dah ok then saya boleh buang iar besar macam biasa so consider semuanya ok.

Jangan risau luka lebih kurang sama je dengan bersalin normal,