Pages

Monday, April 2, 2012

Langkah 2 : Pengurusan Kewangan Keluarga - Penyediaan Sampul

Langkah 2 : Penyediaan Sampul

Seperti pecahan yang telah saya buat di entry sebelum ini.
 
Bagi saya, sistem sampul adalah wang yang kita perlu gunakan setiap bulan.
Tapi kita perlu monitor berapa banyak kita habiskan untuk perkara-perkara tersebut.
 

Jadual di atas adalah perkara yang saya telah peruntukan untuk sampul-sampul saya. 
(Tanpa segan silu saya reveal nilai sebenar)

TOL :  
 
Bagi tol, lagi senang kalau kita guna 
Touch n Go.
Supaya kita tidak pelu pegang cash dan senang kita nak monitor.
Topup secara konsisten setiap bulan dengan jumlah yang sama walaupun ada baki pada akhir bulan.
At least jika ada bulan yang terlebih budget kita still ada back up tanpa menggunakan budget lain.

Selain dari tak pelu beratur untuk bayaran secara tunai, touch n Go juga ada sistem rebate.

Petrol 


 
Untuk Petrol pula, juga boleh amalkan isi minyak pada hari yang sama setiap minggu.
Apa yang saya amalkan, saya akan isi minyak setiap hari isnin sebanyak RM50.
So kalau weekend tu nampak macam tak cukup je minyak nak sampai hari isnin, kita kurangkan jarak merayap dihujung minggu.
Kalau emergency takper la tapi yang penting simpan resit.

Saya keluarkan cash Rm 300 dan simpan dalam purse ke?

Ada beberapa cara. 
1. Keluarkan terus RM300, simpan di rumah dan bila nak isi minyak tarik je la.
Bila malam sebelum tidur, selit la resit kat dalam sampul tu.

2. Keluarkan duit by weekly dari ATM dan simpan resit.
Sebelum tidur update dalam senarai budget.

Saya lebih suke kaedah pertama sebab saya nak elakkan pergi ke ATM machine terlalu kerap dan saya boleh monitor setiap hari berapa duit balance dalam sampul saya itu.

Keperluan Rumah



RM100 je?
Cukup ke?
Takdernya cukup.
Tapi bagi kami suami isteri, kami sudah membuat peruntukan kewangan masing-masing.

Kebanyakan kami berbelanja secara mingguan untuk barangan basah,
dan secara bulanan untuk barangan keperluan lain seperti diapers, susu dan sabun saban.
Kebanyakkan keperluan tersebut berada dibawah budget En Suami,
saya just topup sikit-sikit je.
tu yang budget Rm 100 je.
(Kalau saya malas masak dan kena makan luar pun akan masuk budget ni.
Heeeee.. Sapa suruh malas masak.)

@Office

Biasanya kita akan lunch and breakfast kat luarkan kalau kita bekerja?
So saya peruntukan Rm 200.
Saya da gunakan sistem ni selama sebulan, so far cukup jika saya makan di kantin sahaja.
Siap belebih lagi.
Saya memang jarang keluar lunch diluar sebab saya rasa seperti tak cukup waktu untuk rehat.
So lunch di pejabat menjimatkan waktu, tenaga dan wang.

Penyediaan budget makan di pejabat juga mengelakkan saya makan entah apa-apa.
Salah 1 tips diet, kalau tak pantang makcik kantin keluarkan kuih panas-pnas memang semua dibelasah.

Untuk sampul @office ini saya sediakan 1 bag kecil
(free kenduri kawin biasanya)

Lebih kurang macam ni la rupanya.
Boleh letak dalam poket uniform.
So saya tidak perlu bawa purse.
Hari2 sya boleh tengok berapa balance dan boleh kontrol makan.

Macam-macam

Saya baru nak mulakan sampul macam-macam dengan budget yang rendah dulu.
Ini termasuk untuk hiburan / topup mane yang kurang.



***Untuk kaedah sampul ini, lagi specifik peruntukan yang kita buat lagi bagus.
Sebab kita boleh monitor setiap sen yang kita keluarkan.

***Saya dah cuba gunakan kaedah ni selama 2 bulan, so far saya berpuashati.
Dan untuk bulan ini, memandangkan saya bercuti tidak boleh la buat cubaan yang seterusnya.

***Setiap bulan kita boleh buat pengubahsuaian supaya kita selesa dan jadi lebih baik dalam pengurusann kewangan peribadi.
 
 

7 comments:

jamilahamzah said...

sistem sampul ni mmg bagus tapi saya ni x berapa rajin nk asing2kan duit...huhu...

saya pernah gak pergi kursus pengurusan kewangan ni tapi tu la..belum mula lagi apa yg dh diajar... senarai bajet pun saya x buat lagi...huhu...

Unknown said...

Jaa : Mulakan 1 persatu. Pelan2 dulu. Bila kita dah mulakan langkah pertama kita akan tahu apa nak buat next. Mulakan dengan apap yang kita wajib bayar dulu then baru masukkan senarai y lain/ Baru kita tahu sihat ke tak sihat financial kita. Dah pergi kursus lagi bagus just guna je. Saya hanya base on pembacaan je. Nanti share la progress kita sama2 kongsi seronok.

Fizah said...

aku dah mula buat sampul..he nk mention jgk

.Lydia. said...

macam best je sistem sampul ni..thanx for sharing. nak ikot jugak!!~ hihi..

farhani said...

saya baru nak belajar sistem sampul ni..bulan pertama ni mmg terover budget (part belanja makan).. next month mmg nak kena displin sikit.. ehh displin banyak.. hehe

mama leen said...

bagus tips ni.. boleh cuba nanti

durrahnur said...

TIPS NI AGAK BERGUNA..saya dah gunakan utk 2-3 month..efisyen juga,,tapi pastu agak malas nk asing2 duit dlm sampul..hehe..

skrg saya try buat 2 in 1..siatem sampul dan juga catat amount perbelanjaan scra harian dan mingguan..bru nampak flow duit ke mana..

alhamdulillah..membantu..:)