Pages

Tuesday, April 17, 2012

Update Berpantang Sendiri

Baru 2 hari berpantang sendiri dengan anak berumur 18 hari
dan 2 tahun.
So far ok. 
Terima Kasih kepada pemilik blog ini.
Tips yang diberikan memang sangat membantu,

Serius.. saya memang agak berdebar.
Jika Kaseh merengek atau tidak dapat dikawal.
Sebab da lama dengan nenek manja nya lain macam.
Lebih kurang sebulan nenek kat sini hanya 2-3 malam je tido dengan saya.
Yang lain semua dengan nenek.

Tapi Alhamdulillah.
Dipermudahkan.
Rutin 2 hari ini.

1. Mama Bersiap
Sebelum suami pergi kerja dia akan masakkan air mandian saya.
Sebelum gerak dia akan kejut saya.
Biasanya saya golek2 dulu.
Kol 8 baru bangun, mandi dan sarapan.
Kalau sempat sapu dulu minyak / berbengkung.

2.  Siapkan Kaseh
Semalam Kaseh bangun dulu dari Awatif.
So mandikan Kakak Kaseh dan siapkan pakaian.
Alhamdullillah dia agak senang plak diuruskan.

3. Siapkan Awatif
Awatif bangun, siapkan Awatif plak.
Mandikan dan siapkan pakaian.
Nenenkan sambil saya pun berehat juga.
Baring2 sambil berehat.


4. Masak Lunch
Bila Awatif dah tido, saya kembali beraksi.
Siapkan makan tengahari.
Tak kisah pukul berapa sekali pun masa tu.
Pukul 10 skli pun sebab saya tak tahu Awatif akan bangun pukul berapa.
Lagi pun kena buat pelan2.
Masakan dalam pantang ni simple je.
Semalam masak asam ikan haruan dengan ulam daun salem.
Hari ini bakar ikan cencaru dengan buat sup sayur. 
Yang untungnya Kaseh boleh makan sekali lauk ni.


Apa Kaseh buat masa saya masak?
Berkawan dengan saya.
Ajak borak ajak potong sayur sama-sama.
Jangan sisihkan dia.
Sebab bila dia boring mula la dia mintak itu ini yang tak terlayan.
Ajak basuh pinggan.

5. Lunch Time.
Pun tak kira waktu.
Seawal pukul 12 saya da lunch bersama Kaseh.
Sebab kalau ditunggu-tunggu buatnya Awatif bangun memang tak sempat nak makan nanti.

Hari ni Kaseh makan sup sayur brokoli banyak betul.
Kaseh ni kalau kobis putih tak makan sebab bagi dia sayur hanya berwarna hijau.
Warna lain bukan sayur.
Kaseh sampai da feveret ikan kering.
Sebutnya "Pish kling"
Kaseh pantang sama ngan mama.

Kadang2 bila kami tengah makan Awatif buat2 bunyi 
Kaseh pun " Kejap ye baby, Kaseh kat dapur ni. Jap ye"

6. Rehat.
Bila menguruskan Awatif bermaksud itulah waktu rehat saya.
Kalau Awatif pun nak "lunch" ngan nenen mama ke.
Tukar diapers ke.
Tak pun mamabaring rehat2 sama ngan Awatif.
Kaseh pun beraktiviti bebas jugak la.

 7. Dinner.
Biasanya makan lauk tengahari je.
Tambah la ikan kering buat penyeri.



Biasanya pagi je sibuk pun.
Da tengahari da lapang skit.
Kaseh pun takder pulak meragam.

Prinsip berpantang sendiri ni,
"Selagi berkesempatan"

Jangan nanti2 sebab new born kita tu tak tahu nak bangun pukul berapa.
Bila ada kesempatan nak pakai bengkung, pakai terus.
Bila berkesempatan nak masak, gi masak terus.
Biar la sikit2 pun.

Bila ada kesempatan nak rehat dan baring-baring.
Rehat.

Alhamdulillah.
Kaseh pun sangat behave sepanjang 2 hari ini.
Baru 2 hari.
Tetap nak update.
Sebab esok saya tak tahu berkesempatan atau tidak.

Terima Kaseh juga kepada En Suami yang sedia membantu urusan rumah walaupun balik kerja lewat.
Terima kasih juga kerana sudi bangun bila si isteri kejut untuk tukarkan diapers baby walaupun pernah tersalah suspek baby tak poo-poo pun.
Terima Kasih Suami.
Kadang2 tersenyum sendiri tengok Si Suami lipat kain.
Takper la ala-ala gulung sekali pun tapi inisiatif awak untuk membantu saya sangat dihargai.

Terima kasih Kakak Kaseh kerana faham yang mama "sakit"
Dengar cakap mama.
Terima kasih sebab tolong mama masak.
Pandai amik air minum sendiri walaupun banjir dapur jadinya.
Pandai makan sendiri walaupun yang masuk mulut sama banyak dengan yang tumpah.
Pandai check diapers Awa-atif "bilak" ke tidak.
Terima Kasih sayangku Kaseh Melissa Lyana.

Terima kasih Awatif kerana behave.
Kerana memudahkan kerja mama menguruskan rumah.

Terima Kasih semua.
I love U All.
Semoga dihari akan datang berjalan lancar.
 
 

 

 

3 comments:

Imaan09 said...

cayalah! best of luck my pren!

Anna Da Lady said...

fulamak..hebat!!!hehe...teruskan usaha anda..dan banyakkan berdoa, bersyukur dengan apa yang berlaku!!!Ikhlas dari saya yang belum ber'anak' sendiri :)

CHeeSYaNa said...

terharu plaks baca ucapan in blue font tu.. huhuuh